Mizz Nina Bagi “Hint” Minta Noh Berhenti Menyanyi

Hiburan

Mizz Nina Bagi “Hint” Minta Noh Berhenti Menyanyi

Selepas berhijrah dan mula mendalami ilmu agama, Mizz Nina telah pun mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi sepenuhnya. Satu langkah yang amat baik dan harus dipuji. Menariknya, Mizz Nina turut memberikan “hint” kepada suaminya, Noh Salleh untuk mengikuti jejak langkahnya.

mizz nina dan noh

Advertisement

Namun Noh masih belum bersedia untuk meninggalkan dunia muzik sepenuhnya buat masa ini. Kata Noh menerusi MalaysianDigest:-

Nina tak desak cuma dia ada lah bagi hint suruh saya berhenti menyanyi. Bukan saya tidak mahu. Tapi dengan rezeki muzik ini saya menyara keluarga saya. Walaupun Nina ada pendapatan dia sendiri tapi tanggungjawab saya sebagai suami untuk memberi nafkah kepada dia.

Lagipun dunia muzik dah jadi sebahagian daripada hidup saya. Kalau saya tinggalkan dunia muzik, saya tak tahu kerja apa yang boleh saya buat. Tapi hint-hint Nina tu buat saya berfikir lah. Cuma buat masa sekarang saya belum bersedia. Tapi saya dah mula memperlahankan aktiviti nyanyian saya sekarang

mizz nina dan noh

Pastinya satu kehilangan besar sekiranya Noh Salleh berhenti melibatkan diri dalam industri muzik tanah air. Noh antara mereka yang sangat berbakat besar. Namun kalau ini adalah langkah terbaik buat Noh, apa salahnya kan? Perlahan-lahan fikir dan buatlah keputusan selepas segalanya dipertimbangkan. Apa pun, Abang Nara yakin makin ramai peminat yang menghormati dan menyayangi pasangan ini sejak perubahan yang berlaku terhadap Mizz Nina.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...