Written by AbangNara | June 26th, 2013

Setelah 2 kali menangguhkan, akhirnya hari ini Misha Omar mengumumkan yang tarikh pernikahannya bakal berlangsung pada bulan Februari 2014. Untuk makluman, Misha telah pun bertunang dengan Fiross Ezzwan Rosly sekitar bulan Februari 2012 yang lalu. Pastinya orang yang paling gembira dengan pengumuman ini adalah Misha dan tunangnya.

misha kahwin

Berita gembira ini telah disampaikan oleh Misha sendiri ketika sidang media pelantikannya sebagai duta pertama jenama cat ternama tempatan, Colourland, bertempat di The Bee, Publika. Namun begitu, tarikh tepat majlis pernikahan masih belum ditentukan dan akan dibincangkan selepas Hari Raya kelak. Kata Misha:-

Alhamdulillah setelah ditangguhkan sekali lagi pada September lalu, akhirnya keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk memilih Februari 2014 untuk menyatukan ikatan cinta kami. Namun tarikh sebenarnya belum lagi ditetapkan sehingga mereka berjumpa dan berbincang secara lanjutnya.

Kami memilih Februari tahun hadapan sempena genap dua tahun kami bersama setelah mengikat tali pertunangan pada Februari 2012. Kebetulan kami berdua lapang pada bulan tersebut dan tidak terikat komitmen kerja. Harap-harapnya, semua berjalan lancar.

misha tunang

Semoga kali ini tidak akan ada halangan lagi buat Misha dan Firos untuk bergelar suami isteri. Diharap kedua-duanya akan mengosongkan jadual masing-masing demi hari bersejarah tersebut. Sama-samalah kita doakan agar segalanya dipermudahkan untuk bakal pengantin kita ini.

P.S: Teaser Mazda 3 2014 dipertontonkan oleh Mazda US

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Misha Omar Umum Bakal Bernikah Pada Februari 2014

  1. Lola says:

    Tahniahh

    0

    0
  2. den la ni says:

    ok gud luck!!!

    0

    0
  3. kakigosip says:

    Nak kawen pun tangguh2.cuba lah segerakan.lagipun bertunang dah lama.belum berkahwin dah sibuk semacam.haish..artis2..lagipun kenal dah lama.elok la disegerakan benda yg baik ni

    0

    0
  4. ina says:

    Kalau korang tak suka dgn statement aku ni sila dislike.”AKU TAK SUKA MISHA OMAR.”

    0

    0
  5. lynn says:

    biarlah dorang nak kawin ke ape ke. tak payah lah nak cakap tak tentu pasal pasal dorang. it’s better to stay quiet if you have nothing good to say :)

    0

    0
  6. Anonymous says:

    what ever lah…

    0

    0
  7. Jemah Jematon Jr says:

    Mcm…dah basi jer…x excited pon…mungkin sbb lama sangat tangguh n Cik Misha ni Makin sendu kot..

    0

    0
  8. sal?xpuas hati?? says:

    setianya misha omar nie..

    0

    0
  9. goh eun chan says:

    PTPTN dah habis byr belum wahai cik misha omar….wakakakakaka…….

    0

    0
  10. kucinghitam says:

    bagus la benda elok

    0

    0
  11. Norihan Nordin says:

    Tahniah!! Doa kami semua untuk Misha dan pasangan kejinjang pelamin dimakbulkan Allah SWT . InsyaAllah

    0

    0