Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk Misha Omar dan Firos Ezzwan bakal bergelar suami dan isteri. Setelah menghadapi pelbagai rintangan, mereka berdua telah sepakat untuk memilih 2 Mei ini sebagai hari pernikahan. Majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi dan majlis resepsi pula pada malamnya. Kedua-dua majlis akan berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.
Misha Omar telah memilih tarikh 2 Mei atas keberkatan bulan Rejab selain memenuhi permintaan ibunya yang mahukan Misha berkahwin pada bulan berÂkenaan. Pastinya Misha dan Firos kini dalam fasa persiapan terakhir menjelang perkahwinan mereka. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar. Tak sabar nak melihat Misha anggun di atas pelamin kelak.
P.S: Perodua Myvi XT akan dilancarkan