Written by AbangNara | May 17th, 2015

Alhamdulillah. Gembira Abang Nara mendengar perkembangan terkini Zamani Slam yang kini sedang menjalani rawatan pemulihan di pusat pemulihan Persatuan Pengasih Malaysia di Jalan Syers, Penyanyi tersebut semakin pulih selepas menjalani rawatan selama 3 bulan. Kalau tengok gambar pun memang badan Zamani semakin berisi. Nampak lebih sihat dan ceria. Berat badan Zamani telah naik 11 kilogram. Kalau dulu hanya 45 kilogram sahaja.

zamani slam

Hendak bebas daripada ketagihan dadah sepenuhnya bukanlah satu perkara mudah. Paling penting adalah keazaman dalam diri. Yang penting Zamani kini dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang. Kata Zamani:-

Dari segi pemulihan dadah, saya semakin sihat. Alhamdulillah tetapi saya sekarang mengalami sakit tulang belakang bengkok. Penyakit itu memang sudah lama saya hidapi, tetapi apa yang penting sekarang minda saya tenang dan lapang…itu yang paling saya bersyukur.

Perubahan yang paling ketara saya alami sepanjang berada di sini ialah dalaman diri saya iaitu kerohanian di mana saya perlu berjuang melawan diri sendiri (melawan nafsu dadah)…dan saya berazam untuk berubah bagaimanapun saya masih perlu meneruskan rawatan ini

zamani slam

Selain daripada rawatan pemulihan, orang yang paling rapat dengan hidup Zamani juga perlu sentiasa memantau orang-orang asing yang mahu menghampiri penyanyi ini. Iyerlah, pengedar dadah ini memang cekap. Masa terluang 5 minit pun sempat jual ‘barang’. Diharap Zamani sentiasa ditemani seseorang untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku. Apa pun tahniah buat Zamani yang kini semakin sihat. Harap-harap lepas ini dapat menyanyi dan buat konsert semula. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 responses to Minda Saya Sekarang Lebih Tenang & Lapang – Zamani Slam

  1. paul says:

    semoga akan sembuh dan bebas sepenuhnya dari gejala dadah..nak kongsi pengalaman ckit..ada org paling rapat dgn sy pnh masuk pemulihan 3 bulan..mmg tenang dan sihat dia kat sana..tp bila keluar balik..jd terumbang-ambing balik…ntahlah..mungkin diri sendiri kena kuat utk melawan nafus tu

    0

    0
    • Anonymous says:

      dadah, kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan.

      0

      0
    • Anonymous says:

      pengaruh rakan2. bila keluar drp pemulihan, jangan join lagi dgn budak2 yg main barang tu.

      0

      0
      • minah jambu terlaak habis says:

        memang betol ape yg kau cakap tu..jangan salahkn kawan kalau se2orang tu terjebak ngan dadah.pucok pangkal hati..hati n semangat mesti kuat mengate kan TIDAK pada DADAH ..zamani kite semua sayangkn anda jadi bila u dh selesai menjalani dari pusat pemulihan u kena jaohkn diri dari kawan2 u untok sementara waktu dulu n jaohkn diri dari DADAH ..lov u Zamani..

        0

        0
  2. oh artis says:

    lpas ni aku xkan prcaye dh artis yg krus cgkung smpai tinggal tulang ckp ade penyakit!

    0

    0
  3. Anonymous says:

    hensem

    0

    0
  4. ZamaniFan says:

    MashaAllah.. makin kacak nye… Alhamdulilah..

    0

    0
  5. anonymous says:

    Zamani handsome dari dulu but pasal dadah ????

    0

    0
  6. cik mek molek says:

    Alhamdulillah . Dah berisi skit.. Bru la nmpk mcm org normal. Klau mkn makanan bkhasiat kmfem bdan naik.Tp kalau mkn dadah hari2 kurus melidi la jwbnya.

    0

    0
  7. mai says:

    Semoga Zamani lebih sihat dan terus bersih dari dadah…

    0

    0
  8. unknown says:

    aihh hensemnya laaaaaa..

    0

    0
  9. peminat zamani says:

    Tidak mudah Bila kita nk berubah ke arah kebaikan. Pasti akan ada & cabaran harus dihadapi. BersedialAh dr segi mental. Serapat mana pun kita dgn seseorang, org itu tak upaya nk pantau kita 24 jan. Masing2 ada tanggungjawab sendiri utk diutamakan. So utk zamani jadikan ALLAH tempat berlindung, bergantung harap & perisai. Jadikan alquran & tafsirnya sbg sahabat karib. Basahkan lidah dgn zikir. Pasti hati akan terus tenang & lapang. Sentiasa Buat solat taubat

    0

    0