Written by Bella | July 29th, 2015

Pernah memaklumkan kepada media beliau bakal mendirikan rumah tangga pada 7 November depan, Mimi One Nation Emcees hari ini menerusi portal Harian Metro mengesahkan beliau sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya Mohd Firdaus Hajar sejak 16 Mei lalu atas permintaan bapanya.

Mimi terpaksa menyembunyikan perkara tersebut kerana belum bersedia dengan keadaan kesihatan bapanya Norhisham Nasir yang tidak begitu mengizinkan pada waktu tersebut.

Saya minta maaf. Ketika itu saya belum bersedia ditambah dengan keadaan kesihatan bapa tidak mengizinkan. Keputusan untuk bernikah segera adalah permintaan ayah. Mengikut perancangan asal, majlis sepatutnya berlangsung pada November depan.

Selepas 12 hari  bernikah, Mimi memberitahu bapanya meninggal dunia akibat barah hati dan pendarahan dalam perut pada 28 Mei lalu. Menurut Mimi, sehingga hari ini dia dan suami masih belum menjalani kehidupan sebagai suami isteri kerana tidak tinggal sebumbung.

Majlis persandingan Mimi dan pasangan Mohd Firdaus bakal diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 7 November depan. Pasangan ini sebelum ini juga bertunang secara senyap-senyap tanpa pengetahuan media.

Syukurlah anda sudah bernikah, apa yang penting doakan yang terbaik sahaja buat mereka dalam melayari bahtera rumah tangga. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Harian Metro

10 responses to Mimi One Nation Emcees Mengaku Sudah Berkahwin Mei Lalu

  1. Anonymous says:

    eh memang haritu dah bagitau nikah mei kan..aku tau je..igt blog saje xnk update

    0

    0
  2. Lovelyvic says:

    Tahniah….

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Bella tak tanya ke dia dah pregnant ke belum? #joyahbertanya hahaha

    0

    0
  4. No Wonder says:

    no wonder macam nampak berkepit peluk sakan kat bazaar ramadhan ari tu…rupa2nya dah kawen….maaf la bersangka buruk bulan Ramadhan hari tu…

    0

    0
  5. hampeh says:

    alahaiiiiiiiiii sedihnya baca artikel najib bgtau MY kurang sejam je yg dia akan digugurkan.. aduhhh kesian kat MY..

    0

    0
  6. waaaa says:

    Mimi ni anak yang bagus kerana dah menyampaikan hasrat ayah.

    0

    0
  7. mei mei says:

    Dia ni org alor setar ek?ari tu nmpk mcm dia kt Giant Alor Setar raya ketiga.muka x brapa cam tp rmbut berkarat tu rasa mmg dia

    0

    0