Written by Bella | October 2nd, 2015

Agak ramai selebriti yang memilih bulan November tahun ini untuk berkahwin termasuklah Mila AF5 atau nama sebenarnya Mila Jirin.

Menikah dengan lelaki yang sudah berkawan baik dengan beliau seawal usia 18 tahun, Mila bagaimanapun enggan menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak bagi majlis raja sehari beliau nanti.

Bukan niat beliau untuk berlagak tetapi Mila lebih selesa dan lebih berpuas hati jika dapat menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri untuk mjalis tersebut sekali seumur hidupnya.

Jika mereka masih mahu menghulurkan bantuan dalam majlis itu boleh, cuma izinkan saya dan bakal suami untuk memberi token penghargaan pada kerja mereka. Kalau dapat harga istimewa, apa salahnya. Rezeki jangan ditolak.

Berbicara mengenai perkembangan seni, single terbaharunya yang bertajuk Bukan Isteri Sempurna sudah mula berkumandang di corong-corong radio.

Di samping itu, juara Akademi Fantasia (AF5) ini juga rancak dengan perniagaannya Bizz Milla Katering, Baju Kurung Milla dan Restoran Embun Urai yang sekarang semakin maju.

Sumber Berita: Kosmo!

19 responses to Mila AF5 Bakal Tamatkan Zaman Solo November Ini : Tidak Mahu Tajaan

  1. N says:

    Errrrrr ada ke orang nak taja?

    0

    0
    • katija haron says:

      MILA AF5 BUKAN AF4 LA ADOIIIIIIII BELLAA

      0

      0
      • Rooney says:

        kahwin la dgn zarina ann joulie.. sepadan

        0

        0
        • apple says:

          hello korg jgn jadi bangang boley tak ? dia takmoh sponsor sbb 1st dia terlajak mampu lar,,, semua bisnes dia sapu,, spa ,,catering,, bridal. ,,bkn biase2 ok.,, ramai artis amik pakej bridal dgn dia. kat fb aku hari2 terpampang kt feeds bizmilla catering,,2nd pasai sponsor ni tak boley ikut tekak kita..mila ni nk kahwin sekali jew tak salah pown nk ikut tekak sendiri…kesian hakak dgn melayu yg mentality masih di tahap 3 cer buka mata otak cikitt tau nak kondem jerrk

          0

          0
        • Anonymous says:

          Lawak laa… machai bek’ap banyak kat sini… ayat cam sama plak tu…

          Cakap terus terang jer la… Tak glamer, sejuk beku, frozen tahap ais membatu… tak de sapa nak taja…

          0

          0
    • minah jambu says:

      kalau ada orang nk taja pon terima aje lahh kenape susah sangat nk terima orang punye tajaan ??????? orang mlayu ni suka sangat tolak rezeki n takot sangat orang akan mengate huh !

      0

      0
      • Bedah says:

        Selalunya Barang Percuma ni tak sama gan Selera kita mahu..
        Ye la org da sponsor ..
        Kena la tutop Mulot.
        Syabas MILA atleast u berdikari.
        Jgn org ingat Artis je sengkek semata …
        Akak SAPORT U

        0

        0
  2. Mila ke? says:

    MILA AF 5 Laaa, adoiiiii.

    0

    0
  3. anon says:

    Tak nak tajaan ke mmg takde yg nak taja. Sb dia bknnya popular pun..

    0

    0
  4. Rembes says:

    Dia ni katanya peguam kan ?
    Mesti la da banyak duit agaknya tu la tk nk org taja

    0

    0
    • qwertyuiop says:

      Peguam? Bukan skolah sampai spm je ke? Eh.

      0

      0
      • Mislia says:

        Ari tu masa interview pernah dia cakap dia ni ada ijazH dalam Guaman ..

        0

        0
        • qwertyuiop says:

          Nah, then dia tipu semua orang la kot sebab lepas menang af dulu dia cakap kat interview newspaper “tak ada peluang habiskan pelajaran di peringkat tinggi atas sebab sebab tertentu” lol mila

          0

          0
  5. jeni says:

    Dia ni tak payah jadi retis dah,….dengan bisnes dia mampu nak buat wedding of the year setaraf che ta…income buat bisnes masyukkkk punya…bukan takat katering, butik pengatin, spa semua dia sapu…katering sampai nooo sana penang….hangpa ingat dia tak mampu?????…

    0

    0
  6. melati says:

    Lantak lah ko Mila….janji jgn kawin gan Pelakon Sekolah macam Che Ta ,,,,ok Mila…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Dia tak ckap pun nk tolak rezeki mentah2..cam dia ckp la dia akan terima tp ttp byr dgn hrga istimewa…saya fhm mksd dia,dia nk lebih kepuasan bila majlis dibuat dgn titik peluh sndiri..lantak diala dia mampu…

    0

    0