Written by shahzeeq | October 30th, 2015

Nama Mia Ahmad mula popular selepas membintangi drama Hati Perempuan. Watak Yuhanis yang dibawakan oleh Mia Ahmad telah menjulang namanya. Daripada seseorang yang tidak dikenali, terus popular sekelip mata. Ramai jejaka-jejaka di luar sana yang berangan ingin menjadi Tengku Zaril, sekaligus mencuri hati Mia Ahmad. Kalau tak silap Abang Nara, drama Hati Perempuan telah ditayangkan sekitar April yang lalu.

pesona ayu

Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan dalam drama Hati Perempuan

Abang Nara bukan nak bercerita tentang drama Hati Perempuan yang pernah menjadi fenomena satu Malaya ini. Abang Nara cuma tertanya-tanya dan mempunyai satu persoalan. Wajah Mia Ahmad ketika membintangi drama Hati Perempuan dengan wajah Mia Ahmad sekarang, ternyata sangat berbeza. Wajah Mia Ahmad yang sekarang memang lebih gebu, lebih mulus, lebih berseri-seri, tampak lembut dan semakin jelita.

Beza kan? Kalau dulu Mia Ahmad tak masuk dalam senarai “10 selebriti yang buat hati Abang Nara bergetar”, sekarang nie dia dah ada di Top 5 dah. Hehehe. Untunglah siapa yang dapat mencuri hati Mia Ahmad.

renungan matamu, dap dup dap

Apa yang bagusnya tentang Mia Ahmad ini ialah dia tak kedekut berkongsi rahsia kecantikannya. Benda baik buat apa nak sorok kan? Kalau semua gadis-gadis di Malaysia ini memiliki wajah semulus Mia Ahmad, kita sebagai lelaki juga yang untung. Rahsianya tak lain tak bukan ialah set penjagaan kulit wajah Pesona Ayu.

patutlah makin melepak-lepak putihnya kulit Mia Ahmad

Mia Ahmad merupakan duta produk Pesona Ayu Skincare ini. Kalau korang tengok kat Instagram Mia Ahmad, memang tiap-tiap hari dia cerita tentang kebaikan serta kelebihan Pesona Ayu ini. Ramuan yang digunakan pun terdiri daripada bahan semulajadi seperti aloe vera yang terbukti dapat mengurangkan kesan parut serta anti radang kulit. olive oil untuk merangsang dan menanggalkanl set kulit mati secara semuala jadi dan juga minyak daripada pokok teh yang berkesan untuk mengecutkan jerawat,

sekata je kemulusan kulit wajah Mia Ahmad. Beautiful!!!

Dengan harga cuma RM79 sahaja, Pesona Ayu Skincare mengandungi pencuci muka, krim siang dan krim malam yang boleh digunakan untuk tempoh sebulan. Kalau korang ada masalah kulit berjerawat, kulit kusam dan tone kulit tidak sekata, memang Abang Nara syorkan guna Pesona Ayu ini. Paling penting Pesona Ayu TIADA bahan chemical berbahaya seperti hydroquinon atau merkuri yang boleh menggelupaskan kulit anda di dalamnya. Ia selamat digunakan 100%.

Ok mungkin ada yang cakap “ala Mia Ahmad muka memang dah cun, guna apa pun confirm cun jugak”. Baiklah untuk menunjukkan keberkesanannya Pesona Ayu, ini beberapa testimonial daripada pelanggan-pelanggan yang telah cuba menggunakannya.

untunglah boyfriend awek nie. Kulit putih dah!!

bintik putih hilang, hati gembira!!!

jerawat kecut dalam masa 2 miinggu je, apa lagi anda mahu?

Puas hati? Kalau nak tambahkan lagi kepuasan hati korang, 1 November ini, satu majlis “Meet & Greet Mia Ahmad” akan diadakan di Giant Batu Caves. Inilah peluangnya untuk korang belek puas-puas muka Mia Ahmad (yang pompuan je, yang laki-laki jangan gatal). Siap boleh ambil gambar dan autograph lagi.

Jadi tunggu apa lagi? Belilah Pesona Ayu Skincare sekarang juga dengan LIKE Facebook Pesona Ayu dan juga follow Instagram @pesona_ayu_skincare. Kalau nak lagi senang, boleh terus Whatsapp ke 017-354-4147. Abang Nara berani jamin ini adalah RM79 yang paling berbaloi korang akan gunakan. Selamat mencuba!!!

60 responses to Mia Ahmad Telah Banyak Berubah, Tak Sama Ketika Awal Kemunculannya

  1. Anonymous says:

    Lohhhhh promote produk

    0

    0
    • Anonymous says:

      alahh bkn sbb produk tu pun dia lawa.
      letak foundation pastu pakai contact lens terus la jd lawa.
      hilang foundation buka contact lens muka pun jd mcm org biasa gak.

      0

      0
    • aku says:

      xpaham kenapa wanita melayu skrg berlumba2 nak jadi pocong.. heee..jgn marah!

      0

      0
      • seri says:

        bukan pocong ye kak..hijab, bgusla ramai yg dh bertudung
        sekurangnya kurg dosa org yg melihat..yg lain tu biarlah Allah yg tahu
        xyah kutuk, xyah nk judge sgt

        0

        0
        • aku says:

          seri… erkkk..sy ckp pocong..sy x maksudkan hijab ye kak..sy nk ckp..putih tu mcm pocong… errr..awk fikir….pakai hijab nmpk mcm pocong ke? sy x terfikir plak mcm tu…hehe..

          0

          0
      • Dato Vida says:

        Qu puteh qu puteh barulah putih. Mmmmuahhhh ha ha ha ha ha

        0

        0
      • You says:

        Hahahahahahah!!! Agree habis comment awak!

        0

        0
      • Drama ssgt says:

        Ramai typical pompuan melayu nk jadi putih sgt sebab laki melayu typical ni bg pandangan mereka putih je la yg paling lawa.
        Mentallity memang cmtu. Aishhh…tgk la kulit si nurul kan hitam manis menawan. Dapat pon laki mat salleh.

        0

        0
    • gatal tengkok mu says:

      Ni blog gossip ke blog promote barang..tengok utube kluar iklan, google kluar iklan..blog kluar iklan..kami letih oiiiiiii..produk sekarang kena pandai cari jalan baru..asik2 bagi nara promote, iklas ke caption kau nara?

      0

      0
    • Anonymous says:

      HGtggghh

      0

      0
    • Jelly says:

      Promote product rupenya..
      But plisssss nara.
      Mia ahmad TAK CANTIK mana pun nak compare dgn our girls celebrities.
      Muka biasa, tak cukup aura artis.
      Artis tang mana aku pun taktau hrpkan lakonan kayu dlm hati prempuan.
      Nasib kau lah labuuuuuuu

      0

      0
      • intan maizura says:

        cantik ka x tu subjektif..ramai orang lain kata dia cantik, ada juga kata xcntik..mcm hang juga la (xtau hang laki ke pmpuan)..ada kata hang cntik/ensem, ada kata hang biasa2 ja, ada kata hang buruk sakit mata memandang..apa2pun tu smua anugerah Ilahi..siapalah kita nak mmpertikai apa yang Allah kurniakan..xphm dengan mentaliti orang yang dok pertikai pasal rupa paras orang nih..klu dia cntik ka dia xcntik ka dia xkacau hang pun..hang xsuka xpyh tengok..dok p tambah dosa ngutuk orang buat apa..hadoii la sedih ngn mnusia zaman skrang nih..sadiss

        0

        0
    • dahlia says:

      hmm bukan nak kata apa lah, tapi jaga jaga lah nak pakai produk kut ye pun kita tak tahu apa ingredients semua dalam tu.. jangan sebab nak putih, cantik,gebu, mulus flawless semua sampai dapat penyakit penyakit lain yang membahayakan.. nanti cantik tapi menyesal di kemudian hari tak guna jugak… baiklah bersyukur je dengan apa yang allah dah kurniakan.. ciptaan allah tu kan dah cukup sempurna, bersyukurlah :)

      0

      0
  2. suresh says:

    Aku tak suka awek bertudung…..buruk dan tak lawa…

    0

    0
  3. lin says:

    sebenar nya kan..kalau pakai contact lens mmg serta merta muka jadi lawa…tak caye?cubalah..ini tips dari make up artis ye..kalau harap makeup je,mmg kurang lawa..

    0

    0
    • aku says:

      ntah ek..tp aku x rs pun gitu…pakai contact lens nampak mcm org sakit…pelik..dan fake… huhu or..aku je kot yg rs mcm tu..sbb kita org melayu malaysia..mostly mmg bermata hitam..

      0

      0
    • senget sangat kannnn says:

      kalau contact lens utk kaler hazel ke ok la.. boleh la terima..
      tp kalau contact lens kaler biru tu..sumpah..
      nampak cam bibik tua dr ulu indon pakai channel sume bagai..
      still nampak hulu oi…jd geng bapuk trus

      0

      0
  4. Asdfghjkl says:

    Saya bukan peminat Mia Ahmad tapi saya tak nafikan Mia ni memang cantik. Pernah jumpa dia sekali. Cantik luaran dan inshaAllah cantik dalaman jugak. Saya doakan awak murah rezeki selalu. Moga maintain humble sampai bila bila.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Biasa je aku tgk. Pakai mekap sesape pun cantik. Suka tgk diana danielle dan sazzy yg muka polos je takde mekap pun kuar umah.. sekadar pkai day creme. Lagi cun.

      0

      0
  5. Anonymous says:

    dia ni perampas kan. aritu berebut si syarul ngan ex girlfren dia. skarang dia pulak kena tinggal. karma!!!

    0

    0
    • kutu says:

      aiikk bila pulak dia kene tinggal? declare pon tak penah..
      jangan main fitnah je sedara/sedari..dosa

      0

      0
  6. Anonymous says:

    Asal nk cantik je kene tepek contact lense. Pakai contact lense kaler biru/light brown/hijau, bedak dan foundation 5 inci, pakai lipstik kaler nude or beige, pahtu lukis kening tebal konon lebat padahal setengah pensil habis, kemudian snap pakai camera 360 dan edit finishing… “natural beauty” katanye. Puihhh.. Ko tengok amoi yang lawa2, retis indon yg natural lawa… ada diorang pakai sume2 tu? Nk tgk diorang pakai contact lense pun susah. Itu baru la natural lawa. Bukannya contact lense, mekap 5inci, kening palsu, camera 360. Paham?

    0

    0
    • aku says:

      kannn..btol tu..perempuan skrg..nk up gmbr..mau pakai filter 100x…ade tu..terlebih filter..smpai muka berkabur.. kih3.. fake gila! aku x dengki..tp..ntah..aku lg suka natural beauty…yg xyah pakai makeup tebal 10inci..n..takyah la nak up gambar selfie mintak puji..kalau ko dah cantik..ko letak gmbr biasa2 je..candid ke apa..org dh ckp cantik..tanpa ko berusaha memfilter smpai 100x..peace!

      0

      0
      • Anonymous says:

        suka komen ko..tu lah smpi berkabur muka hahaha..buat malu je..mintak pujian yg x pdn dgn sebenar…ape kepuasannya cmtu..mcm hidup dlm angan2 dn mimpi..lol..biar org puji kita dgn apa yg real kita ade, yakin pd diri krna stiap kita ada kelebihan..ini x, kabur2 samar2 bagai, xpun terang bnderang, skli tgok dpn, kena kutuk dlm hti je dik non..cuba klu real tu sma ngn gmbr, lg org respek dn x geli menyampah…kui3

        0

        0
    • lin says:

      menipu sangat foundation 5 inci..lipstick nude mmg in aperrr..kening tebal la bagus..abeh ko nak lukis kening nipis macam lukis dgn marker pen..ek eleee

      0

      0
      • Anonymous says:

        Mia detected.

        0

        0
      • Anonymous says:

        Tebal tu kalo natural baguih lerrr… ni lukis sampai nmpk cam kening shinchan, tak ke klako tuuu… nampak sgt unnatural. Nasib dia ckp 5inci, kalo 10inci pun aku caye.. mia ni kalo tak mekap agaknye mcm ne rupa ek. Bermekap pun nmpk besa ja.

        0

        0
  7. padayappa says:

    kenapa muke die yg dulu lg cantik drpd yg skang jd duta tu?scary je makeup..

    0

    0
  8. kucing says:

    love u mia…semoga terus sukses..lakonan awak pon dah improve..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Mia ahmad ni kalau tak pakai tudung, biasa2 jer.. dahi luas sangat. opss

    0

    0
  10. otak nara says:

    nara sedaq diri k…..

    0

    0
  11. lara alana says:

    haii, macamana nak mekap macam mia ahmad ni? cantik bukan main lagi kan.

    0

    0
  12. flygurl says:

    Aku skeptikal ngan produk mcm tu sbb skang ni nak cepat putih, cantik & kulit mulus gebu ko pi wat rawatan kat klinik estetik jerrr…Byk artis buat camtu. Pas dah cantik, dpt offer jadi spokeperson utk produk skin care or supplement.

    0

    0
  13. roy says:

    agak agak orang india ataupun negro pakai boleh terus jadi putih tak kulit diorang?

    0

    0
  14. Anonymous says:

    mia ahmad ni mmg btudung ke tak? confius aku..dlm drama papa yibbie, tv9 hari tu knp dia tak btudung n pakai skirt pendek? aku ingatkan tajuk yg nara buat ni berkait dgn perubahan dia tak btudung rupanya produk.

    0

    0
    • aku says:

      anon..aku rs citer papa yibbie tu citer lama la…sbb si bella daly pun x bertudung kan citer tu… skrg bella dh elok bertudung da…harap maklum

      0

      0
    • zuraaa says:

      kenapa orang kat sini busuk hati sangat eh..xphm btui..xpenah jumpa depan2 pastu cakap cntik sbb makeup tebal la, putih fake la..haihhh..si mia ni klu xmakeup lg cantik baqhang..mekap tebal xcntik, dia xmakeup lg cntik..kulit putih smula jadi, bukan sbb pki produk..

      anyway papa yibbie tu drama lama dik..hat awak tngok2 ulangan..drama2 dia blakon sblum bertudung..harap maklum..tq

      0

      0
  15. saya says:

    Tak baik ngate org..jumpa mia dah byk kali memang dia cantik dan humble..

    0

    0
  16. Anonymous says:

    awat depa on blk cite lama2 masa dia tak btudung dulu..kan dh semua org confiused.

    0

    0
    • kutu says:

      tanye la media prima tv9..nape mainkan citer lama..
      patutnya stesen TV alert hal2 perubahan artis..yg mana dah berhijab jgn la mainkan lg drama dia yg tak berhijab tu..

      0

      0
  17. Joyah sport grand says:

    Jembu jembu cam ni ada ke masa nk massk ???
    Pakai tudung tapi bab pat pinggang tu fitting la sesangat..

    0

    0
  18. bukan alim says:

    its best kalau dah berhijab ,we observe our focus iaitu menutup aurat, menutupi kecantikan dan mengcover dada macam al quran cakap. Maafkan saya takde ruang lain nak komen, bukan mia saja tapi ramai yang pakai contact lens berwarna , bulu mata palsu supaya mata nampak cantik menggoda.Nawaitu harus jernih untuk menutup aurat dan tidak berhias untuk tatapan bukan muhrim .Tapi sekarang fenomena dah terbalik , mejadi malaikat dengan hanya menutup kepala tetapi mendedahkan dada, endorse product kecantikan -menggalakkan riak supaya satu malaysia boleh lihat akan kecantikan , kemulusan dan tenungan selfie wajah manja

    At the end of the day, there are no retis malaysia yang angel or devil behijab or not they are all the same involve in kenikmatan hiburan yang melekakan.None of them are ever role models jangan salah tafsir nak jadikan artis kita role model , as a muslim our role model should be our prophet.
    A woman’s beauty should only be for her husband.

    Jangan ikut mentalit arab atau melayu pengikut luncai…baca al quran bukan sekadar baca.Fahami al quran .

    0

    0
    • Anonymous says:

      Well said girl..
      Xad selebriti wanita even yg berhijab ak amik as role model. Even bertudung tp menayang kecantikan sana sini buat mata2 yg bkn milik mrk. For me, bsederhanalh dlm kecantikkan, asalkn bersih dan kemas sudah ckup. Dunia hiburan mmg melekakan..ada baiknya elakkan ataupn jk terjebak sebarkan sesuatu lebih berfaedah dan berpengajaran buat yg lain, hindari bersentuhan dan pupuk cinta terhadap sang pencipta dan kpd keluarga.

      0

      0
    • Melor Hashim says:

      Setuju sangat.. Rasanya baik la kita balik ke zaman Radio lagi baik.
      Artis pun takat keluarkan suara aje .
      Muka tahap mak mah atau kak Jah pun blh berlakon watak seksi.
      Kalau nk lakon tercekik biji Derian pun senang., wuekkkk.,
      Kita peminat pun tak dapat fitnah .

      0

      0
    • nini says:

      mahram ye, bukan muhrim. muhrim orang yang sedang berihram.

      0

      0
  19. mar says:

    Aku pernah tengok kak Mia ni berlakon dulu sebelum pakai tudong, tak berapa lawa lah. Tapi setelah bertudong cantik pulak. Tak tahulah mungkin perasaan aku aje. Good luck kak Mia!

    0

    0
  20. blablabla says:

    pakai make-up 8 inci..
    apa yg berubahnya ..
    jumpa time muka tak letak apa2..
    biasa je…
    dia dulu berlakon kat opis aku kot

    0

    0
  21. melati says:

    lantak lah ..yg penting kuar kan Nabil dari Vaganza..esok..

    0

    0
  22. mia ahmad says:

    woi yg korg dok ktuk2 ak pasepa ak dh mmg cntik smlajdi nk wt lgu mna ak twla korg ni smua dngki yg pmpuan mka x lwa cm ak yg laki plk mka awek depa x lwa mcm ak jgk,ak dri ats smpai bwh prfect k n still dara lgi pting ak pn pink lgi 2 so jgn nk dngki dgn ak k,bye…….

    0

    0
  23. Nas says:

    Aku cakap ni secara terbuka utk Wanita melayu yg semua gila nak putih tapi bila beranak anak hitam juga ikut gen asal mak dia. Hahaha sia2 terpaksa suuruh satu keturunan makan produk bagi putih.

    0

    0
  24. Lara says:

    Hat Melayu sibuk nak putih, hat mat Salleh sibuk nak gelapkan kulit. Manusia tak pernah puas.

    0

    0
  25. Anonymous says:

    Sapo pulak shah zeeq ni? Hahaha! Terperasan nama tukang type article.

    0

    0
  26. mia ahmad says:

    to ann sy btl2 mia ahmad k sya orng taiping xnk caya xpe sy x ksah tpi tlng jgn hina sya lgi ckp sya kayu la mekap tbal la n byk lgi,k asslmkum…

    0

    0
    • kutu says:

      hahahaha sadissss..
      teringin nak jadi mia ahmad ke dikkk.
      mia ahmad takkan tulis komen mcm awak tu.
      dia seorang yg positif..

      0

      0