Written by Bella | April 13th, 2017

Pelakon Mia Ahmad dan suaminya, Mohd Izham Tarmizi Roslan baru-baru ini telah mengadakan sebuah majlis respsi perkahwinan di Terengganu. Selepas itu, mereka merancang untuk mengadakan majlis yang sama di sebuah hotel terletak di Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung pada 22 Mac lalu. Walaubagaimanapun, majlis itu terpaksa dibatalkan berikutan jadual Izham yang agak padat sebagai penjaga gol pasukan JDT.

Ramai juga yang menantikan untuk melihat pasangan ini bersanding di Kuala Lumpur. Sedar ia mengecewakan ramai pihak, Mia telah tampil memohon maaf di atas pembatalan majlis tersebut.

Memang sejak awal lagi, majlis berkenaan sudah dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur. Namun, berikutan jadual suami yang terlalu padat, hasrat itu terpaksa dibatalkan.  Jujur saya katakan, jadualnya memang tersangat padat. Kami memang tidak boleh nak selitkan apa-apa lagi.

Akhirnya, kami terpaksa mempertimbangkan juga perkara itu walaupun tentunya saya rasa sedih kerana ada teman rapat di ibu kota, termasuk rakan media, kru produksi dan pengarah, yang tidak sempat datang ke majlis kahwin saya sebelum ini. Saya harap mereka dapat memahami kesulitan ini.

Walaupun serba salah, Mia harus membuat keputusan sedemikian kerana enggan membebani  mana-mana pihak , terutama suami tercinta.

Tidak mengapalah, kerja juga satu amanah yang harus dilaksanakan dengan baik apatah lagi ia melibatkan satu pasukan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : sbxs

17 responses to Mia Ahmad Dan Suami Batal Majlis Resepsi Perkahwinan Di Kuala Lumpur

  1. telur ayam says:

    Tak ada duit kot? Tapi guna alasan jadual suami pulak. Busy sanagt ke, semua kuat kelentong macam umno

    5

    7
    • Vida Janda says:

      Ada aku kisah!!!! Hoi harga Minyak naik melambung korang tak kisah ke? Menyusahkan rakyat je. Belanja mahal2 tapi 2-3 tahun lagi cerai…ptui!!!!!

      11

      0
      • Lol says:

        Nak buat resepsi kat hotel KL mau terbang at least RM100k! Baik kata jadual laki padat teramat sampai tak boleh menyelit terselit lit lit. Phewww selamat duit aku.

        16

        0
      • Anonymous says:

        Tugas laki lebih penting dari majlis kahwin sendiri? Huhuhu tahniah! Tapi kan… setakat penjaga gol je kan? Bukannya askar atau polis yg tetiba dipanggil bertugas mempertahankan keselamatan negara sampai kena kensel kenduri kawin. Hmmm.

        6

        0
    • telur abah ko says:

      Patamak koo..!!!

      0

      0
    • kutu says:

      dia dpt byk sponsor la cuma tak canang je…baju, pelamin tu sume dpt tajaan.
      tp sebab suami dia bz tepaksa cancel.

      18

      1
    • minah latoya vazz mulot longkang says:

      sama2 padan. sama2 cantik. husband handsome. mia plak cantik sgt2

      3

      5
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      alaaaaaaaaaaa kalau tak buat majlis resepsi pon takpe dh nikah pe !! lain kali lain hari kalau ada rezeki leh buat majlis anniversary macam shuib sepah leh jmput kawan2 ok pe ! semoga bahgia n semoga di murahkn rezeki….

      8

      0
  2. Miami says:

    Dah-dah la tu…… dah basi pun…… tapi izham tenggelam disebalik kecantikan mia

    3

    0
  3. Nanashememeh says:

    Tomei tomei nye Mia hawaaa… ishk, sukewnye itew.. sukew sukee terrrowxx angat angat itew ngan mia…. itew taa kuad naa tantek mcm mia… itew namo nanges…

    0

    8
  4. Shhh says:

    Alahai kekawan ko semua paham lah..dalam keadaan ekonomi skrg baik simpan je duit tu..kalo nak buat je rumah terbuka time raya nti…ajak kekawan ko dn laki ko yg tk dpat dtg majlis kawin ari tu..da basi nk wat majlis

    15

    0
  5. Eyeeee says:

    elehhh..takde bajet lettewwww… HAHAHAHA
    lagi pun dah bangas dah ko tu..pengantin lama dah..xyah la nk resepsi bagai.

    5

    5
  6. kurma taiyob says:

    its ok mia & izham..uols pon dah buat di kampung masing2 kan.
    cuma nk raikan dengan kawan2 je la tak dapat.
    semoga bahagia hingga akhir hayat.

    13

    0
  7. Aku says:

    Malaysian, at least dia kahwin secara sah dan halal. Even 1M tau kut.. Sekadar resepsi kedua itupun buat dekat KL bukan kg halaman.. Its ok Mia.. Berbanding artis tu kahwin senyap kat Siam sampai anak beso takde resepsi takde pulak org bising ek..

    15

    1
  8. sentap says:

    baru kawin xyah tjk manja romantik tu lebih sgt kat umum…simpan tuk diri sendiri…

    6

    4
  9. Kiahhhhhh says:

    Takde duit sebenarnya,terus terang jelahhh u olls

    7

    0
  10. ketam batu says:

    Buat majlis selepas 6 tahun kahwin macam Siti Sarah tu pun boleh.
    Mengaku terus terang macam Shuib bahawasanya dulu tak ada duit, kan mudah.

    6

    0

Leave a Comment

Optional