Written by Bella | December 1st, 2016

Pelakon Mia Ahmad memberitahu beliau bakal mengumumkan tarikh pernikahannya dan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan dalam satu sidang media khas yang bakal diadakan esok.

Walaubagaimanapun, Mia akui mungkin majlis raja sehari mereka akan berlangsung sekitar bulan Januari depan.

Setakat ini, memang Januari akan menjadi saksi ikatan cinta kami.  Insya-Allah, esok saya akan melancarkan minyak wangi sendiri, Sweetness by Mia Ahmad.Lebih daripada itu, saya juga akan berkongsi berita baik dengan rakan media. Saya mahu kongsi semuanya serentak dengan rakan media yang menyokong saya selama ini.

Pada masa yang sama, Mia turut berkongsi beliau dan Izham sudah pun “terbang” ke New Zealand baru-baru ini untuk menjalani penggambaran foto pra perkahwinan mereka.

Saya pernah berkunjung ke New Zealand. Tetapi lokasi yang diatur syarikat fotografi belum pernah saya jejaki.  Semua ini tidak dirancang… Syarikat CST yang akan merakamkan gambar bertanya apakah saya berminat pergi ke New Zealand. Selepas saya bersetuju, Izham juga kebetulan dapat turut serta. Semuanya dipermudahkan… Alhamdulillah.

Wah, kalau dah jodoh InshaAllah segalanya akan dipermudahkan. Sama-sama kita nantikan setiap butiran pernikahan Mia Ahmad dan Izham Tarmizi Roslan esok.

Sumber Berita : BH ONLINE

32 responses to Mia Ahmad Bakal Adakan Sidang Media Khas : Umum Tarikh Nikah Dengan Izham Tarmizi

  1. Smile says:

    Alhamdulillah…
    Semoga sentiasa dipermudahkan segalanya .. Amin

    22

    0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      pelakon bertudung ni cepat cepat kawin lah pastu jangan berlakon lagi buat semak aje !

      0

      8
  2. Mawar says:

    Alhamdulillah .
    gembira dengan berita ini. tak sabar nak tengok korang berdua. saya doakan kalian berdua sukses selalu :D

    11

    0
  3. Anonymous says:

    tahniah.. =)

    tp tu la asik mia je yg kuor statement…hmm

    15

    2
    • Moga kita semua diredhai says:

      Mia kan artis.. so, apa2 wartawan lebih banyak bertanya pada artis la.. huhuhu

      21

      0
    • Anonymous says:

      Kang kalau yang lelaki keluarkan statement kena kutuk “siapa ni, tak kenal pun” Hehehe.

      5

      0
  4. Moga kita semua diredhai says:

    Alhamdulillah.. akhirnya… ! Tak sabar nk tgk korang berdua disatukan. Moga kekal bahagia hingga ke Jannah..

    4

    0
  5. Yg Tak Faham says:

    x dengki, jauh sekali nak jaki sbb x minat langsung kt MA ni..tapi kenapa nak kena buat press conference kalau nak kahwin? Kalau artis terkenal kira logik jugalah..Edar sajalah kad kahwin mcm biasa tu..

    31

    2
    • perlu ke says:

      samalah. perlu ke nak buat press conference bagai? sedangkan diri tu tak femes pon!

      18

      3
    • kutu says:

      subjek utama dia nk soft launch perfume dia..sekali harung la dengan PC nk kawen.

      10

      0
    • miss red says:

      Dia terasa cam popular…

      0

      4
      • minah jambu - safety first says:

        pastu buat sidang media lagi kali kedua umum kan untok batalkn perkahwinan pulak..

        0

        5
    • not a fan says:

      cakap bodoh kang marah si org yg tak faham ni.. ARTIS buat press conference sbb NAK BAGI ADIL pada semua media. ko ingat surat kabo ade sejenis je ke kat malaysia ni.
      Klau buat 1 majlis, pggil semua, cerita benda yg sama.. kan elok tu.. x payah nak kena cerita 24 kali dekat 24 org yg jumpa & tanya.. pastu xde lah mane2 pihak ambil hak exclusive jd org pertama yg dedahkan tarikh kahwin ke hape.. sekian. harap faham dah.

      3

      0
  6. dlm lindungan Allah says:

    kan dia ckp nk lancarkan perfume dia..so skali jln la ngn berita dia nk kwin tu..aduhla ‘yg tak paham’..mmg sungguh hang xphm nie..

    32

    1
    • izzy says:

      mmg x paham pun dgn perangai artis yg bajet glamor ni, ko igt kau dato’ siti?.. but nobody cares pun. pttttf..

      5

      12
  7. ROSE BIRU says:

    Sis.. Alhamdulillah dan smg dipermudahkan segala urusan aamiin… take care.

    2

    0
  8. Anonymous says:

    Sorry but nampak MA lebih matang dari BS nya but anyways congratulatiions!!! All the best ya…. In Shaa Allah di permudahkan semua urusan

    0

    2
  9. anon says:

    haha
    bila si perempuan terlebih2 gini lah
    nak buat conf bagai
    ko kahwin sbb dia tu penjaga gol JDT
    kalau bukan JDT tak de nya ko nak pandang
    ko jgn lelebih sgt sbb..ditakuti mcam kes ada palyer tu
    bila bini lebih dari laki …ahh apa lagi ..kick off lah hahaha

    1

    8
    • kumbang says:

      doa yang baik2 saja sudah
      kata2 yg buruk akan berbalik pada kita semula.
      hati-hati bila menulis.

      #bukanpeminatmia

      11

      0
    • Mumia says:

      Isk…isk…tk baik la komen gini.
      Dah jodoh mia ngan izham. Kalau Allah swt tk izinkan tk jadi gak.
      Tkda salahnya mia nk adakan sidang berita umumkan hal baik ni. Wartawan hiburan memang kejar berita mcm ni.
      Aku doakan jodoh korang kekal hingga ke Jannah. Amin..

      7

      0
  10. Anonymous says:

    Sy doakan kesejahteraan mia ahmad. Mmg patut berita baik diwar2kn kpd msyarakat. Tp ak sedih sgt. Kenapa drama melayu x berkualiti..pelakon pn xberkualiti..pengarah pn ampas kelapa..lps tu konon glemer konon gempak..kalau ko g luar ngr xde spe pn pdg dik. Sedih..org2 kg je tgk crite melayu.

    1

    0
  11. Bukanpemina says:

    Alhamdulillah . Baguslah mcm tu benda baik perlu dikongsikan . Pernah terserempak dgn mia dpn2 sopan saje . Suka senyum . May you always stay humble mia.

    9

    0
  12. Manusiabiasa says:

    Alhamdulillah bagus dik berita baik bagus dikongsikan . Walaupun tak kenal sgt dgn mia nie tpi pernah terserempak beberapa kali dgn mia . Sopan je dia nie. Suka tersenyum manis dipandang. May always stay humble dik

    6

    0
  13. Anonymous says:

    Muka nk mcm shahrul gak laaaaaa

    0

    3
  14. jurgen klopp says:

    comey nya minah ni.
    aummmm

    1

    1
  15. gisele says:

    Artis2 ni kenapa smp nak kena buat press conf bila nak kawen eh?x paham

    1

    2
  16. Anonymous says:

    selain Johan Ashari, Mia Ahmad ni antara artis yang muka keluar drama je, aku tukar channel.

    6

    2
  17. tahniah, semoga semua berjalan lancar

    1

    0
  18. Cik green says:

    X popular pun…

    1

    1