Pelakon Mia Ahmad memberitahu beliau bakal mengumumkan tarikh pernikahannya dan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan dalam satu sidang media khas yang bakal diadakan esok.
Walaubagaimanapun, Mia akui mungkin majlis raja sehari mereka akan berlangsung sekitar bulan Januari depan.
Setakat ini, memang Januari akan menjadi saksi ikatan cinta kami. Insya-Allah, esok saya akan melancarkan minyak wangi sendiri, Sweetness by Mia Ahmad.Lebih daripada itu, saya juga akan berkongsi berita baik dengan rakan media. Saya mahu kongsi semuanya serentak dengan rakan media yang menyokong saya selama ini.
Pada masa yang sama, Mia turut berkongsi beliau dan Izham sudah pun “terbang†ke New Zealand baru-baru ini untuk menjalani penggambaran foto pra perkahwinan mereka.
Saya pernah berkunjung ke New Zealand. Tetapi lokasi yang diatur syarikat fotografi belum pernah saya jejaki. Semua ini tidak dirancang… Syarikat CST yang akan merakamkan gambar bertanya apakah saya berminat pergi ke New Zealand. Selepas saya bersetuju, Izham juga kebetulan dapat turut serta. Semuanya dipermudahkan… Alhamdulillah.
Wah, kalau dah jodoh InshaAllah segalanya akan dipermudahkan. Sama-sama kita nantikan setiap butiran pernikahan Mia Ahmad dan Izham Tarmizi Roslan esok.