Mesin Basuh Mini LG Memang Terbaik!!!

Hiburan

Mesin Basuh Mini LG Memang Terbaik!!!

Sudah kira-kira 2 minggu mesin basuh mini LG berada di rumah Abang Nara. Sudah 2 minggu jugalah wife Abang Nara tersenyum girang setiap kali membasuh baju anak kami. “Mudah, pantas dan sangat bersih dan lembut hasil basuhannya”, itulah pandangan wife Abang Nara mengenai mesin basuh mini LG ini.

mesin basuh mini lg

Advertisement

Pemasangan telah dilakukan oleh staff LG di atas. Tak sampai 20 minit kesemuanya selesai. Memang cekap dan pantas. Penerangan yang jelas dan panjang lebar turut diberikan. Siap buat demo lagi cara-cara nak gunakan mesin basuh mini LG ini. Memang Abang Nara dan wife puas hati dengan tunjuk ajar yang diberikan.

mesin basuh mini lg

Selesai sahaja penerangan,wife Abang Nara terus ambil baju anak kami yang masih belum dibasuh. Tak sabar nak mencuba katanya. Banyak pilihan yang ada tapi disebabkan kebanyakan baju diperbuat daripada cotton, wife Abang Nara pilih mode “Cotton”. 30 minit sahaja dah boleh siap basuh. Pantas kan?

mesin basuh mini lgKalau nak basuhan yang paling laju, boleh pilih mode “Speed 17”. Rasa-rasa kalau baju bayi anda tak terlalu kotor, mode ini memang paling sesuai. Wife Abang Nara pun pernah cuba gunakan mode ini. Katanya baju tetap bersih walaupun hanya dicuci 17 minit. Memang hebat teknologi yang digunakan oleh LG di dalam mesin basuh mininya ini.
mesin basuh mini lg
Masa nak kutip baju untuk dijemur, anak Abang Nara mesti nak datang tolong emaknya. Agaknya bau wangi baju-baju ini menarik perhatian dirinya. Apa yang Abang Nara paling suka mengenai mesin basuh mini LG ini ialah adanya fungsi “child lock”. Jadi keselamatan anak Abang Nara lebih terjamin. Tak adalah tiba-tiba terperosok dalam mesin basuh. Hehehe.
mesin basuh mini lg
Satu lagi perkara yang Abang Nara rasa best mengenai LG Mini Washing Machine ini ialah saiznya yang kecil. Senang nak letak. Sebelahnya boleh letak satu lagi mesin basuh. Jimat ruang. Nak bawak pindah pun senang. Namun yang paling penting, kebersihan baju yang dipakai oleh anak Abang Nara terjamin. Lagi best sebab baju yang dibasuh terasa seperti dicuci oleh tangan kita sendiri. Lembut je~~~
mini

Jangan lupa yang anda boleh memenangi mesin basuh mini LG ini dengan menyertai peraduan yang sedang berlangsung hasil kerjasama LG dan BeautifulNara. Boleh baca di artikel ini tentang cara-cara nak menyertainya. Hanya perlu jawab 3 soalan mudah sahaja. Untuk makluman, sudah ratusan penyertaan yang Abang Nara terima. Jadi korang cepat-cepatlah join.
e.
mesin basuh mini lg

Wife happy, anak happy, Abang Nara pun happy. Banyak lagi fungsi-fungsi menarik LG Mini Washing Machine ini. Boleh baca di artikel yang pernah Abang Nara tulis sebelum ini atau korang layari je laman web LG Mini Washing Machine untuk maklumat lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...