Written by AbangNara | August 8th, 2016

Nampaknya kontroversi pengasingan filem terbaik mengikut bahasa di Festival Filem Malaysia yang ke 28 telah berjaya mencuri perhatian para pemimpin negara. Selepas Afdlin Shauki memaklumkan akan memboikot festival ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan turut sama memberikan pandangannya tentang isu ini. Menurut beliau, di dalam industri kreatif dan perfileman, bahasa tidak boleh menjadi isu kerana ia akan membunuh kreativiti mereka yang terbabit dalam bidang ini.
rahman dahlan

Pendapat ini telah diutarakan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi akaun Instagramnya. Dengan memuatnaik poster Ola Bola dan Jaga, beliau telah menulis:-

Ola Bola & Jagat are epitome of hard work, creativity & passion of Malaysians. To Finas & PFM… Lighten up please! There is no place for language profiling in creative industry. Don’t use it to curtail their creativity. Let them be & see the spark! .

There are many talented BM speaking talents behind the camera, let’s not deny them recognition just because some feel over patriotic about BM! I hope the good people in Finas and PFM will reverse their decision because it seems to me they are killing the very industry they are trying to save. .

I am a big supporter of creative industry including those hard working & talented ppl in the movie industry. They are the faces of the nation!

rahman dahlan

Kalau dialihbahasakan, ia berbunyi lebih kurang begini:-

Ola Bola dan Jagat merupakan lambang kerja keras, kreativiti dan semangat rakyat negara ini dalam menghasilkan filem yang berkualiti tinggi. Kepada Finas dan PFM, bukalah hati anda. Tiada tempat untuk profil bahasa dalam industri kreatif dan jangan gunakan perkara ini untuk menyekat kreativiti mereka. Biarkan mereka dan lihatlah mereka bersinar.

Ada ramai bakat yang berbahasa Melayu di belakang kamera, jangan nafikan hak mereka untuk diiktiraf hanya kerana sebahagian daripada anda terlebih patriotik tentang Bahasa Melayu. Saya berharap orang-orang di dalam Finas dan PFM akan menarik balik keputusan mereka kerana pada saya, keputusan ini seolah-olah membunuh industri yang mereka cuba selamatkan.

Saya penyokong besar industri kreatif termasuk mereka yang bekerja keras dan artis berbakat dalam bidang perfileman. Mereka adalah wajah-wajah negara

rahman dahlan

Secara jujurnya, Abang Nara juga pelik dengan keputusan PFM dan Finas untuk mengasingkan filem terbaik mengikut bahasa. Bagi Abang Nara, asalkan ia diterbitkan dan diarahkan oleh rakyat Malaysia, itu sudah cukup untuk melayakkan mereka bertanding. Tak perlulah nak tengok bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Mentaliti sebegini memang akan merosakkan industri perfileman kita yang tak seberapa. Silap-silap tahun depan langsung semua orang tak nak masuk FFM dan buat festival filem yang lain. Masa itu barulah nak menyesal. Diharap mereka yang terbabit akan segera menarik balik keputusan ini sebelum terlewat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 responses to Menteri Gesa Finas & PFM Tarik Balik Keputusan Asingkan Kategori Filem Terbaik Mengikut Bahasa

  1. OSCAR AWARD says:

    ola bola tak best…
    ok bye..
    sorry i tak layan ffm..
    no class..

    0

    0
    • minah jambu - safety first says:

      sokong afdlin ..! idop umno ! idop jalur gemilang ! idop 1malaysia ! idop pak najib ! lov u pak najibbbb eemmuah..!!

      0

      0
    • Anonymous says:

      BN ni kau layan plak yer? Class sangatttt

      0

      0
  2. Anonymous says:

    kahkahkah kalau tak asing takde harapan la anak beranak yusof haslam cte munafik (shamsul) n mat moto (syafiq) nak menang.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    OLA BOLA FANTASTIC … AGREE WITH THE REMARK MAKE BY THE MINISTER >>SIGN OF HOPE AS THERE ARE NON MASLAN MINITER IN THE CABINET

    FROM ANOTHER MALAY GUY

    0

    0
  4. semah says:

    menteri2 kat mesia pon tk ble pakai… semua bantai berucap dlm bahasa inggeris..
    cer follow menteri jepun…

    0

    0
  5. kakinakkaki says:

    komen pun dalam bahasa inggeris. no wonder la..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Patut la yg menang anugerah best actress selalunya yg lawa2 jer…tak pandai act pon dpt..kabel rupanya..yg best best berlakon betahun tahun pon tak dpt award

    0

    0
  7. melati says:

    patut asing citer Munafik tu byk copy paste..citer seram Omputih & Thai…!!!

    0

    0
  8. Anonymous says:

    eleh..industri hiburan kat malaysia memang dah nazak..cer jadi professional macam kat hollywood tu..diorang relax je terima filem buat duit tu xsemestinya filem yang boleh raih award..ni orang malaysia tamak rasa boleh buat duit je award pun nak sapu..dahtu rasuah sana sini..bila orang cakap taknak ngaku..bila singapura tersenarai dalam senarai negara yang mengamalkan pemerintahan cara islam pun nak pertikaikan padahal boleh pikir logik kot..peraturan ketat negara bersih rasuah takde..laki aku keje f&b kat singapura bagitau relax je customer tinggal laptop kat meja pas 10 minit tinggal laptop tu masih kat situ..cuba kalu kat malaysia orang tak tinggal barang kat meja pun gigih nak sapu..malu seh

    0

    0
  9. melati says:

    patut gesa Filem2 pak Usop tu byk sgt tiru …!!! camner Filem Melayu nk maju pastu menipu org konon kutipan juta2 dlm seminggu tayangan…..hahahahaha….Rosaaaaaaakkkk Filem melayu….P.Ramlee juga Best…!!!

    0

    0
  10. kole susu says:

    Macam mana nak tarik balik keputusan apabila menteri sendiri adalah dari parti politik yg berlandas kan rasis dan sikap ketuanan. Selagi umno wujud benda2 seperti ini akan sentiasa ada.

    0

    0
    • Yoi says:

      Semua parti politik kat malaysia ni rasis & selfish . Kawasan rumah aku kawasan PKR .. sebelum mengundi bukan main lagi stay kat area rumah aku turun padang… lepas mengundi orang PKR tu stay kat Pahang…jadah apa dia stay kat Pahang pulak ? Aku nak mintak dia sign borang pun susah..lepas menang sekali pun x nmpk batang hidung, lepas tu aktiviti area rumah aku jadi hura hara… kampung sebelah org lain perintah selalu dpt ole2, kawasan aku habuk pun tadak.. padan lah muka orang2 kwsan aku undi PKR…aku nasib baik stay Johor jadi x rasa sangat lah ahli PKR tu yg x jalankan tanggungjawab tu

      0

      0
  11. Apa dah jd.... says:

    Menteri pun ckp omputih.. dah x reti ckp melayu.. bkn ke 1 masa dahulu mcm2 iklan ade dlm tv utk memartabatkan Bahasa Melayu?? Apa dah jd skrg????????? Krn nak jaga hati pihak lain, perlu kah kita mghancurkan bahasa kita sendiri?? Jgn kesal jika hak Melayu jg akn hilang sedikit demi sedikit pd masa akan dtg.. kesian pd ank cucu kita………….

    0

    0
  12. Hohoo says:

    Nie malaysia bkn amerika xyah nak ‘speaking’ bagai

    0

    0
  13. Miss Hello says:

    Tk ada dah konsep..memartabatkan bahasa melayu

    0

    0
  14. Burung Gagak says:

    Sepatutnya mmg elok diasingkan…..nanti semua cerita kt malaysia ni jd bahasa omputih….lama2 pengisian pun ke barat…

    0

    0
  15. haha says:

    sebenarnya kategori tu dibuat untuk menunjukkan betul2 filem malaysia..sbbnya bahasa kebangsaan kita bahasa melayu. jadi untuk orang luar tau budaya dan bahasa org malaysia melalui filem mcm ni la. kalau dh full bahasa inggeris, org luar mmg tau yg buat filem tu org malaysia tp diorg xdpt pendedahan budaya dan bahasa sbnr malaysia. bg ak, ini cabaran kepada pengarah untuk buat skrip fully bahasa melayu. xseronokla asal sentuh bahasa melayu aje, dilabel sebagai racist. sampai skang ni orang melayu sndiri pon BM SPM xdpt A dh. sbbnya dh semuanya dirojakkn. jd kalau bkn kita sndiri yg mempertahankan bahasa sndiri, sapela lg yg mempertahankannya. bila sentuh melayu, mulala racist..bila sentuh bahasa mandarin, bahasa lain, dilabel sbgai hak plak. sedih dgn bangsa melayu skang. ikut kata hang tuah, TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA. mmg akan hilang la sbb bila sebut MELAYU aje semua malu n semuanya racist.

    0

    0
  16. Melor says:

    Takde masalah pn asingkan.
    BM kan Bahasa Malaysia.
    English is only a 2nd language.
    Pulun nak buat filem bahasa inggeris dpt lah pencalonan 2nd category. Tu pun tak boleh fikir ka?

    0

    0
  17. propa says:

    Kalau betul nk cakap melayu, jgn la guna slang negeri masing2. Cakap macam A.Samad Said, itulah bahasa melayu sebenar.
    Bukan saye kite.. eww. Xyah nak fanatik sgt dgn bhs melayu. Xbleh bwk ke mana pun perangai tu. Nak martabatkan bhs, jdlah pengguna bahasa yg betul. Dan jgn lah kerana fanatik, bhs yg jauh lebih penting dipelajari pulak diabaikan.

    0

    0