Menonton TV Lebih Mudah Dengan Astro PVR + Wifi

Hiburan

Menonton TV Lebih Mudah Dengan Astro PVR + Wifi

Salah satu perkara paling awal Abang Nara lakukan apabila berpindah ke rumah baru ialah memasang Astro. Mana boleh hidup tak ada Astro lebih-lebih lagi dengan Piala Dunia 2014 yang bakal menjelang tiba. Sebelum ini di rumah lama Abang Nara gunakan Astro Personal Video Recorder (PVR), kali ini di rumah baru, Abang Nara upgrade kepada Astro PVR + Wifi. Ini adalah dekoder Astro yang terbaru.

astro pvr dan wifi

Advertisement

Selesai pemasangan (terima kasih kepada pihak Astro yang bertungkus lumus naik bumbung rumah Abang Nara), perkara pertama yang Abang Nara lakukan tak lain tak bukan ialah setting wifi di Astro PVR. Senang sangat caranya. Gunakan remote tekan Home – Setting – Network – Network Preference. Tukarkan dari “Ethernet” kepada “Wifi”. Lepas itu dekoder Astro akan “restart” secara automatik. Lepas itu pergi balik ke pilihan tadi dan masukkanlah kata laluan Wifi korang. Senang kan?

astro pvr dan wifi

Jadi apa kelebihannya Astro PVR + Wifi nie sebenarnya? Sebelum Abang Nara bercerita lebih lanjut, untuk makluman korang, dekoder terbaru Astro ini mempunyai kapasiti 500GB ruangan penyimpanan. Ini bermakna korang boleh rakam sehingga 100 jam kandungan HD bersamaan dengan 50 filem penuh berkualiti HD. Kalau saluran SD pula, rakaman boleh dilakukan sehingga 290 jam. Banyak kan? Jadi di sinilah gunanya Wifi sebab ada isi kandungan selama 6,000 jam yang boleh dimuat turun menerusi Video On Demand dan juga Catch Up TV. Download banyak-banyak pun tak perlu risau sebab kapasiti rakaman yang amat besar disediakan oleh Astro PVR + Wifi ini.

astro pvr dan wifi

Dengan hanya menekan butang “VOD” di remote Astro, maka keluarlah pilihan menu seperti gambar di atas. Wife Abang Nara dengan pantasnya suruh beli cerita Frozen walaupun dah tengok dekat 10 kali. Untuk VOD ini, kebanyakkannya perlu dibayar untuk ditonton. Iyerlah, kesemuanya cerita-cerita terbaru kot. Tapi korang jangan risau, kalau nak tengok yang PERCUMA pun ada. Cuma perlu pergi ke Catch UP TV dan anda boleh layan balik program-program seperti Maharaja Lawak Mega, Meletop, Oh My English dan banyak lagilah. Jadi lepas nie kalau terlepas tengok Neelofa di Meletop, tanpa perlu tunggu siaran ulangan lagi dah. Boleh tengok bila-bila masa yang anda suka . Inilah gunanya Wifi dalam Astro terbaru ini.
astro pvr dan wifi

Pembaharuan yang paling Abang Nara suka ialah user interface Astro. Yang ini rasanya semua orang dapat tak kira jenis dekoder. User interface baru ini senang untuk dinavigasi, sedap mata memandang dan nampak lebih professional. Selain itu, kalau korang gunakan dekoder Astro PVR + Wifi, pasti korang amat berpuas hati dengan remote controlnya. Semua butang-butang penting ada pada kedudukan yang mudah digunakan. Tekan sekali terus keluar. Tak perlu nak kelam-kabut cari satu-satu kat menu. Butang yang selalu Abang Nara guna sudah tentu ialah butang “R” untuk record. Hehehe.

astro pvr dan wifi

Disebabkan baru je dapat Astro PVR + Wifi ini, tak banyak lagi program yang Abang Nara rakam. Tunggu lagi sebulan dua confirm penuh. Setakat sekarang ini, Running Man memang wajib dirakam. Setakat ini dengan Astro PVR, memang tak pernah terlepas satu episode pun. Sebabnya Abang Nara dah rekod Running Man menggunakan “series link”. Maksudnya semua episod Running Man akan dirakamkan secara automatic. Tak perlu nak pilih satu-satu. Lagi best, program yang boleh dirakamkan bukan untuk esok lusa sahaja, tetapi sehingga 7 hari ke hadapan. Siap boleh guna remote record lagi. Terbaik kan? Cara nak gunanya pun amat mudah. Kalau korang tengah tengok program kegemaran korang dan rasa nak rakam kesemua episodnya, cuma tekan butang “R” di remote Astro. Siap!!!
astro pvr dan wifiSatu lagi fungsi hebat Astro PVR yang baru ini ialah Dual Tuner. Buat anda yang suka merakam banyak program TV, ini memang fungsi yang dicipta khas untuk anda. Dengan Dual Tuner, anda boleh merakam 2 program secara serentak sambil menonton program yang telah sedia dirakam. Sebagai contoh, pagi Sabtu yang indah Abang Nara tengok episode Running Man yang telah dirakam malam sebelumnya sambil merekodkan kartun Upin & Ipin serta filem Mission Impossible di saluran 411. Dah habis tengok Running Man, Upin & Ipin serta Mission Impossible juga sudah selesai dirakam. Tak perlu nak kelam-kabut sekejap alih channel lain. Boleh fokus satu persatu. Senang kan?
astro pvr dan wifiMacam biasa kalau benda baru awal-awal pasti akan ada kekeliruan jugak. Abang Nara jenis cepat belajar so tak ada masalah nak gunakan TV Guide baru dari Astro ini. Namun korang jangan risau. Kalau rasa tak dan blur je, terus tekan saluran 100. Ini adalah saluran Panduan TV yang berbilang bahasa (Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil & Mandarin) tersedia untuk memberikan pengalaman menarik dan lebih bermakna kepada kita untuk memilih, mencari dan menonton program kegemaran anda dalam bahasa pilihan masing-masing. Paling power enjin carian yang digunakan dalam Panduan TV ini membolehkan anda mencari program kegemaran berdasarkan kategori seperti bahasa, tahun dikeluarkan, tarikh penyiaran dan masa penyiaran. Hebat kan? Dah macam Google plak.
astro pvr dan wifiAbang Nara dah beralih kepada Astro PVR + Wifi. Korang bila lagi? Jangan lambat-lambat sebab banyak benda best yang korang terlepas. Untuk informasi lanjut, layari www.astro.com.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...