Written by AbangNara | February 16th, 2015

Bila dah ada 2 orang anak, kebanyakan masa, tenaga dan wang ringgit memang dihabiskan untuk mereka. Selaku ibu bapa, mestilah kita nak yang terbaik untuk anak kita kan? Baju nak yang cantik-cantik dan selesa. Makanan nak yang terbaik dan berkhasiat. Mainan nak beli yang diorang suka. Contohnya macam anak lelaki Abang Nara si Aariz tue, suka sangat dengan kereta mainan. Mcqueen lah, Hot Wheels lah. Nasib baiklah anak perempuan si Arissa tue kecik lagi tak tahu nak mintak mainan lagi. Kalau takk…..

memento nipponAariz bulan ini Insya Allah akan berusia 3 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Abang Nara dan wife dah berbincang untuk pastikan Aariz tidur di bilik sendiri bermula tahun hadapan. Dah besar dah dia. Dah jadi abang dah pun. Lagipun kitoarang berdua memang dah siapkan bilik dia sejak berpindah ke rumah baru. Tapi biasalah masa tue nak cepat dan nak siap je. Tak ada nak hias apa-apa. Anak laki-laki warna biru jadi kitoarang pun cat lah warna biru satu bilik. Hehehe.

memento nippon

katil beli kat IKEA, comel tak bumbung tue?

memento nippon

perabot semua pun warna biru. Hehehe

Bilik yang anak perempuan pulak kitoarang catkan dengan warna pink. Barulah macam princess gitu…

memento nippon

langsir pun pinkkkk. Princess sangat-sangat!!

Diakui memang bilik kedua-dua anak kitoarang memang agak sepi, hambar dan tidak ceria. Tak ada hiasan apa-apa kat dinding. Warna pun semua sama je. Bila tengok gambar kat Google bilik anak orang lain, pergh kagum gila rasanya. Kreatif-kreatif diorang nie.

memento nippon

contoh carian di Google. Ada rusa!!!

Jadi bila Nippon Paint Malaysia datang buat tawaran untuk mencantikkan lagi bilik anak-anak Abang Nara, memang teruja diri ini dibuatnya. Pucuk dicita ulam mendatang. Kata orang rezeki jangan ditolak. Tapi sebelum proses mengecat dimulakan, kenalah buat perbincangan terlebih dahulu. Bab-bab bincang ini Abang Nara serah kepada orang perempuan. Selaku seorang lelaki, Abang Nara akui yang perempuan lebih kreatif bab-bab menghias ini.memento nipponBincang punya bincang kami bersetuju untuk menggunakan Nippon Momento Special Effect Paint. Tak adalah dinding hanya ada satu warna sahaja. Ada design-design sikit. Orang kata ada ‘coating’. Memang tengah popular cat jenis ini sekarang. Ia bakal memberikan special effect kepada dinding yang menggunakannya. Lama juga nak buat pilihan sebab ada lebih 10,000 jenis pilihan yang ditawarkan oleh Nippon Paint. Nasib baik bukan Abang Nara yang pilih. Heheheh.

memento nippon

antara contoh special effect bila gunakan Nippon Momento

Setelah berpuas hati dengan pilihan yang dibuat (dengan nasihat oleh pakar dari Nippon Paint Malaysia), hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Hampir 6 orang pakar cat telah datang untuk membuatkan bilik anak-anak kami lebih ceria dengan Nippon Momento Special Effect Paint. Power betul abang-abang ini mengecat. Profesional tahap tertinggi. Kagum Abang Nara melihat mutu kerja mereka.

memento nippon

pakcik nie lek je cat dinding sorang-sorang

memento nippon

ha nie special effect yang digunakan di bilik Arissa

memento nippon

special effect di bilik Aariz. Konsep tangga sebab si Aariz suka memanjat

Dalam tempoh satu hari je siap semuanya. Power Rangers sungguh. Meh sini Abang Nara tunjukkan bilik Aariz dan Arissa selepas dicat dengan Nippon Momento Special Effect Paint. Untuk informasi, warna biru dinding ialah Nippon Satin Glo Ultra Blue 124A. Warna putih yang untuk tangga ialah Nippon Odour-less AirCare Snow White OW201P sementara efek pada tangga itu ialah Nippon Momento Enhancer Series Cloud Pearl Pure Moon CP175.

memento nippon

design tangga tue gunakan Nippon Momento, barulah nampak macam bilik budak-budak kan?

memento nippon

ha warna kat dinding dah ditukar jadi biru gelap untuk nampak ada tona warna sikit

memento nippon

Untuk bilik Arissa warna pink dikekalkan dan kitorang Cuma tambah effect macam ada salji. Kalau dari jauh memang tak nampak sangat. Meh sini Abang Nara fokuskan untuk korang.

memento nippon

Ha yang putih putih tue lah special effect dari Nippon Momento Special Effect Paint (Nippon Momento Enhancer Series Snow Frost 01). Memang cantik sangat-sangat kalau tengok depan-depan mata. Sesuai dengan baby girl punya tema. Nampak lembut dan menenangkan. Abang Nara dan wife memang sangat berpuas hati dengan perubahan pada bilik anak-anak kami. Lebih ceria, lebih segar dan lebih menarik berbanding sebelumnya. Anak-anak pun suka terutama si Aariz yang sampai berlakon panjat tangga kat dinding tue. Hehehe.

Kalau anda nak buat something yang different pada mana-mana bahagian di rumah atau pejabat, Abang Nara memang sarankan untuk mencuba Nippon Momento Special Effect Paint ini. Boleh cuba tengok apa yang ditawarkan di www.momento.com.my. Banyak sangat pilihan yang ada. Boleh juga bincang dengan mereka yang pakar dari Nippon Paint Malaysia. Diorang akan bagi cadangan yang bersesuaian dengan kehendak anda. Selamat mencuba dan selamat berinspirasi!!!

UPDATE: Ramai yang tanya kod warna yang digunakan. Meh sini Abang Nara kongsikan.

Bilik Aariz:
1. Warna biru cat dinding (Nippon Satin Glo Ultra Blue 124A)
2. Warna putih tangga (Nippon Odour-less AirCare Snow White OW201P)
3. Special efek di tangga (Nippon Momento Enhancer Series Cloud Pearl Pure Moon CP175)

Bilik Arissa:-
1. Special efek macam salji (Nippon Momento Enhancer Series Snow Frost 01)

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 responses to Menceriakan Bilik Anak-Anak Dengan Nippon Momento

    • kopi o says:

      boy kalau masuk bilik girl… mesti boy akan ckp bilik tu bau “girly2”..and then boy gosok2 hidung dia, trust me.

      0

      0
    • One Direction says:

      eeee kenapa bilik tu plain semacam jer ???
      kalau bilik i… penuh dengan dengan pic One Direction. Kat belakang pintu masuk ader pic Niall Horan besar gedabak gitu…baru lah puas tengok hari2. Dekat dinding bilik i pulak…penuh dengan pic aksi sweet One Direction. Itu lah baru nama nyer bilik.

      0

      0
  1. wawa jenal says:

    erkk..xcantik pn..huhuhuhu

    0

    0
  2. Anonymous says:

    wahhhh..untungnye jd blogger terkenal..cat rumah pon ade org sponser kann..huhu

    0

    0
  3. CT Kus says:

    Tanteknye bilik anak2 ko nara hoi!

    0

    0
  4. CT Kus says:

    Tanteknye bilik anak2 ko nara hoiii

    0

    0
  5. CT Kus says:

    Tanteknye bilik ank2 ko nara hoiii

    0

    0
  6. buruksiot says:

    SERIUS BURUK…langsung x kreatif….tapi ok lah ..sesuai dgn tuan rumah…muahahaha

    0

    0
  7. mommy says:

    cantiknyaaaaaaaaa bilik anak.. :)

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Sirius mmg buruk…x nampak pon kreatif tu kat mane.tolonglah…

    0

    0
  9. marsh says:

    sweet sgt bestnya

    0

    0
  10. ooolala says:

    cantik.. comel….. yg ckp x cantik tu jeles je tu…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    okelah biasa sngt. x nmpk apa2 yg kreatif.

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Yes…mmg x nmpk ape2 pon yg kreatif kat c2. nothing special….sirius
    just tukar 1 dinding to dark blue n buat tangge?
    Ikhlas bgtau….mmg buruk gile “tangge” tu
    better x yah buat corak, just kekalkan dark blue tu jer.
    yang bilik pink tu ok jer…cam2 biase2 jer
    cume pd pndpt sy..ade nye “snow” atau x de “snow” tdk memberi ape kesan. Makin cantik pon tak, makin hodoh pon tak.

    Nippon momento ni “indah khabar dr rupe”

    0

    0
    • Momo says:

      Nippon momento kalau kena gaya mmg cantik..rumah nampak berseri mcm psg wallpaper..tp aku taktau la yg bilik anak nara ni sapa punya idea..

      0

      0
  13. aku says:

    Setuju ngn pndgn eko…100%
    Langsung x nmpk mane cantiknye

    0

    0
  14. Aku BukanKau says:

    Haah.. Series tak cantik… Biasa2 jer.. Takde ‘wahhhh’ pun…

    0

    0
  15. Tokioo says:

    Untong lah disponsor Nippon

    0

    0
  16. burn says:

    ha ah ikhlas mmg x derk serinya x cantik..klu abg nara uat sendiri mungkin lebih kreatif kn byk sticker jual or print kt tenet2 tu pastuh lekat2 or mau bilikanak tu besar lekat gambar pintu or window n tukanak ppuan letakcermin mirror whos pretty tuh

    0

    0
  17. wawa jenal says:

    hahahaha kan betul aku cakap..xcantik lgsg nara oii…kesian…

    0

    0
  18. CikTipah says:

    weiiii bole tak ko delete adv ni.. semakkkkkk laaaa…. org nak tgk gossip nak scroll down plak gamba bilik anak dia! bukan santek mane pon.. biase je

    0

    0
  19. Iza says:

    wah Nippon sponsor Abg Nara…bestnya..:)

    0

    0