Menangi Sebahagian Daripada RM50,000 Dalam Peraduan Telinga Power Suria FM

Hiburan

Menangi Sebahagian Daripada RM50,000 Dalam Peraduan Telinga Power Suria FM

Suria FM kini memberi peluang kepada semua pendengar untuk memenangi sebahagian daripada RM50,000 di dalam peraduan, Telinga Power Suria FM. Peraduan ini akan bermula pada 1 September hingga 26 September 2014, setiap Isnin hingga Jumaat.

Telinga Power Suria FM memerlukan pendengar menjadi pemanggil pertama di talian 03-77242115 selepas isyarat memanggil keudara dan teka klip bunyi yang dimainkan dalam masa 10 saat.

Advertisement

telinga power suria fm

Setiap bunyi yang berjaya diteka, akan membawa pulang wang tunai RM500 sebagai ganjaran dan jika tidak, wang berkenaan akan digandakan ke segmen-segmen yang seterusnya. Telinga Power Suria FM akan keudara menerusi lima segmen iaitu :

1. Segmen Ceria Pagi – 5 pagi – 10 pagi

2. Segmen Santai Ceria – 10 pagi – 1 petang

3. Segmen R&R Suria – 1 petang – 4 petang

4. Segmen Ceria Petang – 4 petang – 8 Malam

5. Segmen Ceria Suria – 8 malam – 10 malam

telinga power suria fmPembayang bunyi akan diberikan dari semasa ke semasa oleh penyampai. Kalau ia adalah jam BONUS VIVO, anda akan menang VIVO Xshot Smartphone Extreme Hi-Fi & Video Capture bernilai RM 1, 599, tidak kira jika jawapan anda betul atau salah. Untuk makluman, peraduan yang sama telah dilakukan pada Mac 2014 dan ia kini diadakan kembali kerana sambutan hangat oleh para pendengar Suria FM.

telinga power suria fm

Buktikan ketangkasan telinga anda di dalam Telinga Power Suria FM. Bermula 1 September ini, layari www.suriafm.com.my untuk maklumat lanjut dan ikuti kami di Facebook www.facebook.com/SuriaFMRadio. Suria FM, Menceriakan Telingamu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...