Menangi 60 Pasang Tiket Menonton Filem Before I Wake 6 April Ini.

Hiburan

Menangi 60 Pasang Tiket Menonton Filem Before I Wake 6 April Ini.

Yeah!!! Sesi menonton wayang kembali lagi. Kali ini BeautifulNara bekerjasama dengan TGV Pictures untuk membawakan ada sebuah filem supernatural thriller yang bertajuk Before I Wake.

 photo before1.png

Advertisement

Abang Nara sebenarnya seorang yang penakut dan jarang menonton filem-filem seram. Namun filem Before I Wake ini nampak gayanya macam wajib untuk ditonton. Sinopsis Before I Wake yang diarahkan oleh Mike Flanagan ini sangat menarik. Ia mengisahkan Jessie (Kate Bosworth) dan Mark (Thomas Jane) yang mengambil seorang anak angkat bernama Cody (Jacob Tremblay) berusia 8 tahun. Cody ada satu masalah iaitu takut untuk tidur kerana mimpi yang dialaminya ketika tidur akan menjadi realiti. Fuh!!! Cuak beb.

 photo before2.png

not bad jugak para pelakon Before I Wake

Ok jom kita tengok sikit trailer Before I Wake.

Khas untuk pembaca BeautifulNara, dengan kerjasama TGV Pictures, Abang Nara ada 60 pasang tiket filem Before I Wake untuk diberikan kepada anda. Kalau anda peminat filem genre seram dan thriller, memang sesuai sangat tonton filem ini. Berikut adalah details tayangan:-

TARIKH: 6 April 2016 (Rabu)
MASA: 9 malam
TEMPAT: TGV Cinemas 1 Utama

 photo before3.png

Macam biasa untuk memenangi tiket menonton filem Before I Wake ini, silalah lengkapkan borang di bawah. Jangan lupa lengkapkan slogan “Mimpi paling seram yang pernah saya alami ialah …”. Pemenang akan dipilih berdasarkan tahap keseraman mimpi anda.

Selamat mencuba dan jumpa anda di sana nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...