Menangi 50 Pasang Tiket Tayangan Filem The Warriors Gate 24 November Ini

Hiburan

Menangi 50 Pasang Tiket Tayangan Filem The Warriors Gate 24 November Ini

Abang Nara adalah seorang kaki main game. Game kegemaran Abang Nara adalah Dota 2. Fuh. Main Dota ini memang seronok sebab banyak pilihan hero dan kesemuanya ada kuasa yang berbeza. Dalam sehari, adalah 2,3 jam Abang Nara layan main game. Tapi tak adalah ketagih sampai terbawa-bawa ke dunia nyata. Abang Nara boleh bezakan lagi dunia nyata dan dunia game.

 photo 1_12.jpg
(Juggernaut, hero kegemaran Abang Nara dalam Dota 2)

Advertisement

Cuba bayangkan, sekiranya anda seorang kaki game dan secara tiba-tiba dengan misterinya anda telah diteleport ke China. Bukan teleport untuk suka-suka, tetapi anda kena gunakan kehebatan bermain game untuk menjadi seorang pahlawan Kung Fu menyelamatkan orang ramai. Apakah perasaan anda? Cuak? Gembira? Teruja? Takut? Itulah yang terjadi kepada seorang remaja di dalam filem The Warriors Gate.

 photo 4_10.jpg

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November ini, The Warriors Gate menjanjikan aksi-aksi yang cukup mendebarkan dengan teknik CGI yang super duper awesome. Dibintangi oleh Mark Chao, Francs NG, Urah Shelton, Dave Bautista dan ramai lagi, filem ini pasti akan membuatkan diri anda teruja, lebih-lebih lagi jika anda seorang pandai berimaginasi (dan juga suka main game).

 photo 3_13.jpg

Jom kita tengok sikit trailer filem The Warriors Gate ini:-

Khas untuk pembaca BeautifulNara, dengan kerjasama Rainfilm Sdn Bhd, Abang Nara ada 50 pasang tiket filem The Warriors Gate untuk diberikan kepada anda semua. Anda boleh menjadi antara yang terawal menyaksikan filem epik ini. Berikut ialah maklumat lanjut:-

TARIKH: 22 November 2016 (Selasa)
MASA: 9 malam
TEMPAT: GSC Pavilion KL

Mudah sahaja cara untuk memenangi tiket ke tayangan perdana The Warriors Gate ini. Anda hanya perlu isikan borang di bawah dan lengkapkan slogan “Kalaulah saya ada kuasa yang hebat seperti hero filem The Warriors Gate saya pasti akan…”. Suka hatilah nak tulis panjang mana asalkan kelakar, lawak dan kreatif. Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan dan first come first serve.

 photo 2_12.jpg

Sekali lagi terima kasih kepada Rainfilm Sdn Bhd atas tiket-tiket ekslusif ini. Jangan lupa LIKE Facebook Rainfilm sebagai tanda sokongan anda. Selamat mencuba dan selamat menonton.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...