Written by AbangNara | December 28th, 2016

Peminat-peminat filem seram, inilah peluang anda untuk menaikkan bulu roma!!! Abang Nara ada 40 pasang tiket tayangan perdana filem Eloise untuk anda semua.

eloise

Tengok poster pun dah seram kan? Rileks, rileks jangan menjerit dulu. Filem Eloise ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Januari 2017. Ia menceritakan tentang 4 orang kawan yang memecahmasuk ke sebuah pusat orang gila yang telah ditinggalkan untuk mencari satu sijil kematian yang bakal memberikan harta yang cukup banyak pada mereka. Kalau dah katanya masuk ke tempat orang gila yang ditinggalkan, confirm lah banyak benda-benda seram, pelik dan menakutkan yang akan menjelma.

Khas untuk pembaca BeautifulNara, 40 pasang tiket filem Eloise untuk anda bakal diberikan dengan kerjasama RAM Entertainment. Cuma pastikan anda berusia 18 tahun ke atas kerana filem ini di”rated” 18. Berikut adalah informasi tayangan istimewa ini.

Tarikh: 3 Jan 2017 (Selasa)
Tempat: GSC Mid Valley
Masa: 9.00pm

Untuk memenangi tiket, anda hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Aku seorang yang penakut sehinggakan…”.

Tulis sekreatif dan hantar secepat yang mungkin. Pemenang akan dihubungi menerusi email. Jangan lupa layari www.ram-ent.com.my dan LIKE Facebook RAM Entertaiment sebagai tanda terima kasih. Selamat mencuba.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to Menangi 40 Pasang Tiket Tayangan Perdana Filem Eloise

  1. aaaaa says:

    nara buat peraduan macam2.. tapi takde pun announce pemenang..

    1

    2
    • lalaland says:

      kau buta ea…
      kan last sekali dia da bagi tau “Pemenang akan dihubungi menerusi email”.
      golongan yg malas membaca nih laa mcm kau

      3

      0
  2. bbb says:

    ok.. kalau gitu siapa antara pembaca nara pernah menang?

    2

    0
  3. cikkilata says:

    pernah menang sekali… tiket wayang citer hotel transylvania 2… masa tu mmg hantar awal… dpt email bgtau dah menang tiket… dlm email tu ada inform masa and tempat utk collect tiket… so, rasanya nara pilih pemenang yg hantar awal kot…

    3

    0
  4. aaaa says:

    kenapa comment saya 3 kali tak keluar bila saya tanya pasal peraduan li-ning?

    0

    0
  5. Odah de oditer says:

    Yg mana rasa rasa duduk jauh dr mid valley tu, x yah la masuk peraduan ni…nti menang x gi pun…kesian kat peserta yg duduk dekat2 midvalley dan berangan nk menang tiket ni…huhuhu…tp kalau korg mmg dh plan nak dtg dari jauh sana nun, silalah join peraduan ni…hehe

    2

    0
  6. Anonymous says:

    Download torrent. je.

    1

    0
  7. muzaku says:

    wah, boleh nih kita coba abang nara :D

    0

    0