Written by Bella | December 26th, 2016

Penyanyi Zarul Umbrella nampaknya sudah semakin popular dan kembali hangat didalam industri muzik tanah air. Tidak dinafikan beliau mempunyai jumlah peminat yang ramai dan turut menjadi digilai gadis-gadis diluar sana.

Zarul akui beliau menerima pelbagai komen dan “godaan” di media sosial tetapi perkara itu sedikit pun tidak mengundang rasa cemburu didalam hati isterinya.  Menurut Zarul,  isterinya seorang yang cukup memahai kerjaya beliau sebagai artis.

Untungnya dia tidak pernah cemburu bila melihat komen-komen peminat atau berita ‘panas’ di media sosial. Kalau cemburu mungkin agak susah juga tetapi nampaknya setakat ini, dia sentiasa faham dan menyokong kerjaya seni saya sama macam dulu juga. Dia sendiri boleh tahu itu komen daripada peminat. Tak mungkin perkara tersebut akan menjadi isu besar pada kami berdua.

Tambah Zarul, beliau sesekali tidak akan terbuai dengan populariti yang beliau ada sekarang kerana sudah merasakan pengalaman seperti ini dahulu ketika bersama kumpulan Umbrella. Buat beliau, populariti itu bukanlah sesuatu yang kekal.

Saya pernah popular dan digilai satu masa dahulu. Bila senyap, terus tak dikenali beberapa tahun lamanya. Pendek kata saya sudah rasa putaran roda itu. Tak ada apa yang akan berubah dengan peribadi saya termasuklah dalam soal wanita.

Berjaya mana pun kita, jangan pernah lupa diri. Sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Kami sokong dengan kata-kata Zarul Umbrella yang populariti itu tidak kekal lama.

Sumber Berita : Utusan Online

12 responses to Mempunyai Ramai Peminat Wanita : Zarul Umbrella Akui Isteri Tidak Cemburu

  1. minah latoya mulot longkang vazzzz says:

    Aku sorang je ke yg rasa zarul ni bisexual? Cam sesuatu sgt

    4

    10
    • mak jemah tepi tingkap says:

      ko mmg suka sngka buruk. cuba guna klorox. maybe works better

      17

      0
    • hakak lentik says:

      Isteri utk tutup je tuu.. sbab tu isteri dia tak cemburu.. kalau dimadukan dgn jantan pun tak cemburu apatah lagi wanitas2 lain.. hahhahakk..

      hakak cakap jeq.. pramugara bkn semua bleh percaya. termasuk la yg ini.. iyo dakk?

      5

      4
  2. Anonymous says:

    Gadis2 oii berpijaklah dibumi nyata.laki orang kot.GV jer.bukan taraf Star Wars.

    11

    0
  3. Fikirkan says:

    Dah tentu isteri zarul tak cemburu. Zarul hari2 jumpa pramugari cun2. Setakat peminat wanita yang hadoo ni apa la sangat.

    Lagi bagus kalau beautifulnara tak sentuh hal2 rumahtangga artis. Soal isteri zarul cemburu ke idok itu hak diorang la… Ko tulis rumah tangga kedua adi putra bergolak lah… jihan musa tanggung suami laa… zain saidin menumpang kekayaan che ta laa… hape daa ko dapat???? Benda2 rumah tangga jangan di bawak mulut beautifulnara oii…. buruk akibat di akhirat nanti. Nak tulis …tulis je la perkembangan artis …perkara2 positive…. supaya membina kerjaya diorang.

    80

    0
  4. Anonymous says:

    dah tau populariti tu xkekal lama..nape ko nk berhenti kerja

    3

    0
    • Sultan says:

      Menyanyi lagi masyuk. dia show 10 kali je cukup untuk sama gaji ko keje 6 bulan. Asalkan pandai menyimpan. Dah abis popular cari la keje lain. Ok je.

      3

      1
  5. melati says:

    Saya heran , kt mana Handsome nya Zarul…muka pun mcm Kapal Terbang patah sayap pun byk org pompuan Minat…??? Kalau Nora Danish @ Fasha Sanda jumpa mau diaorang lari lintang Pukang..wakakakakakakaaaaaa..

    2

    3
  6. miamor says:

    bukan in the closet ke die nie, igtkan xde isteri ,lol, ngn wanita mmg die x kesah, cube abg sado goda, hikhiikhik

    0

    2
  7. Anonymous says:

    teringat time dia tolong berniaga apam blik masa dgn ex wife dulu

    0

    0

Leave a Comment

Optional