Memey Suhaiza Mahukan Cahaya Mata Sendiri

Hiburan

Memey Suhaiza Mahukan Cahaya Mata Sendiri

Pejam celik pejam celik sudah 6 bulan rupanya Memey Suhaiza mendirikan rumah tangga dengan Norman. Adat orang berkahwin sudah pasti mahukan cahaya mata sendiri. Dan Memey sememangnya sudah tidak sabar untuk bergelar seorang ibu.

memey suhaiza

Advertisement

Memey mengakui yang sebelum ini dia merancang keluarga, namun perasaan untuk bergelar seorang ibu semakin kuat. Kata Memey:-

Saya rasa sangat gembira dan perasaan tersebut memang payah untuk dijelaskan. Yang nyata kini saya merasakan kehidupan sudah sempurna. Sebelum ini memang merancang juga… tapi lama-kelamaan, saya rasa macam hendak ada anak sendiri. Perasaan itu sudah datang. Cuma pada ketika ini, memang saya teringin sangat untuk mengandung dan mempunyai cahaya mata sendiri

Semoga impian dan cita-cita Memey untuk bergelar ibu akan tercapai. Banyakkan berdoa, mana tahu tak lama lagi akan ada berita gembira untuk anda dan suami di tahun 2012 ini. Sumber berita Utusan Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...