Membeli Belah Lagi Di Hishop.my

Hiburan

Membeli Belah Lagi Di Hishop.my

RM300 untuk membeli belah di Hishop.my sememangnya satu jumlah yang banyak. Wife Abang Nara gembira betul sebab dia memang suka barangan yang ada di Hishop ini. Mana taknya, HiShop.my adalah Malaysia’s No. 1 Online Beauty and Cosmetics Store dengan lebih 3000 produk dan 140 jenama. Memang puas hati sangat-sangat dengan pilihan yang ada.
hi shop
4 kelebihan Hishop.my yang paling menarik bagi Abang Nara ialah:-

  • Penghantaran PERCUMA
  • Sample PERCUMA
  • Cash on delivery
  • Diskaun untuk hampir kesemua produk

Kepantasan penghantaran barangan yang dibeli daripada Hishop.my memang sangat mengkagumkan. Beli hari ini, esok sudah sampai. Melonjak kegembiraan wife Abang Nara melihat bungkusan Hishop di atas meja. Abang Nara senyum je. Wife suka Abang Nara pun suka.

Advertisement

hi shop

Bukak-bukak kotak, memang banyak free sample yang diberikan. Barangan yang dihantar pun tak ada yang rosak. Kesemuanya betul seperti yang dibeli. Banyak juga yang boleh dibeli di Hishop.my dengan RM300. Bolehlah pakai untuk 2,3 bulan.

hi shop

Antara barangan yang wife Abang Nara beli ialah:-

1. Ciracle Blackhead Off Sheet
– boleh digunakan untuk membuang bintik hitam, bintik putih dan sebum. Hanya RM58 sahaja. Berbaloi-baloi.

2. TT Charcoal Detox Brightening Mask – wife Abang Nara suka sangat dengan topeng muka ini. Katanya lepas pakai memang segar kulit muka. Terasa berseri-seri. Memang makin cun lah bini Abang Nara lepas ini. Hehehe. Hanya RM10 sahaja. Murah kan?

3. Stylerush Mini Hair-Styling Iron – terbaik gila benda ini. Abang Nara pun guna kat rambut Abang Nara. Boleh buat macam-macam style tanpa merosakkan rambut. Siap ada jaminan setahun lagi. Memang terbaik punya!!!

hi shop

Banyak lagi produk menarik yang boleh didapati di Hishop.my ini. Wife Abang Nara kalau masuk website Hishop, confirm lebih daripada sejam. Khas buat pembaca BeautifulNara, jangan lupa gunakan code “NARAHS” ketika membuat pembelian di sini. Kalau beli lebih daripada RM99, akan dapat voucher RM20. Terbaik kan? Nasihat Abang Nara, subscribe newsletter dan jangan lupa LIKE Facebook Hishop untuk mendapatkan informasi, promosi dan maklumat terkini daripada mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...