Abang Nara sebenarnya turut terkejut apabila Zizan gagal memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012. Seperti yang anda tahu, Abang Nara meramal yang Zizan akan membawa pulang trofi tersebut. Sayangnya, undian tidak mencukupi dan trofi itu menjadi milik Shaheizy Sam.
Berkata kepada portal Murai, Zizan mengakui dirinya agak terkilan kerana tidak memenangi anugerah tersebut. Memang layak untuk Zizan kecewa kerana tahun 2012 namanya memang meletup-letup. Hampir kesemua filem lakonannya berjaya dan popularitinya memang mencanak naik. Kata Zizan:-
Memang saya berharap untuk menang. Itu pun kerana saya mahu hadiahkan kejayaan itu kepada peminat yang bertungkus lumus mengundi dan menyokong. Adalah sedikit rasa terkilan, kerana apa yang diniatkan dari awal itu tak dapat ditunaikan.Tetapi seperi semua sedia maklum, ini adalah anugerah berdasarkan undian. Untuk peminat saya yang memang tidak jemu menyokong, InsyaAllah saya akan adakan sedikit majlis sebagai penghargaan buat mereka agar mereka terus menyokong karier Zizan Razak
Abang Nara respek Zizan kerana walaupun kalah, dia tetap akan mengadakan majlis penghargaan buat peminatnya. Itu memang satu langkah terpuji. Mungkin kali ini bukan rezeki Zizan. Boleh cuba lagi tahun hadapan. Hidup Zizan!!!