Written by AbangNara | September 6th, 2016

Syamsul Yusof adalah pemenang besar dengan merangkul 5 anugerah di Festival Filem Malaysia 28 yang berlangsung baru-baru ini. Filem arahannya Munafik memenangi anugerah Filem Nasional Terbaik sementara dirinya sendiri merangkul anugerah Pengarah Terbaik dan Penyunting Terbaik. Selain itu menerusi filem Munafik, Nabila Huda turut dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik. Secara jujur, Abang Nara dah tonton filem Munafik dan ia memang salah sebuah filem Melayu yang cukup hebat jika dibandingkan dengan filem-filem lain.
syamsul yusofSeperti biasa selepas setiap acara anugerah berlangsung, pasti akan ada kontroversi. Kemenangan besar filem Munafik dipertikaikan kerana Yusof Haslam adalah orang kuat industri filem. Ada suara-suara sumbang menyatakan Yusof Haslam berpengaruh dalam penghakiman. Biasalah. Kalau dah menang banyak macam nie, memang akan ada yang tak puas hati. Ditanya tentang perkara ini, Syamsul Yusof menjawab:-

Mungkin mereka melihat dari sudut sebegitu, sekali gus menilai bahawa saya mempunyai jalan mudah menghasilkan filem. Namun, sekiranya kita sering berfikiran negatif, maka pandangan negatif juga akan timbul. Ya, memang saya anak Yusof Haslam tetapi sekiranya tiada usaha bagaimana saya boleh berjaya? Semangat, kegigihan dan usaha adalah perkara utama.

Sebarang kritikan negatif tidak menjejaskan kerjaya saya kerana perkara itu telah berlaku sejak kali pertama memenangi anugerah Pengarah Terbaik FFM. Justeru, saya lebih memberi fokus dan tumpuan kepada penghasilan produk yang lebih berkualiti berbanding memikirkan sentimen negatif berkenaan.

syamsul yusof

Bagi Abang Nara, kejayaan di dalam sesuatu bidang adalah adalah atas usaha sendiri. Ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan sekadar pendorong dan pemberi semangat sahaja. Kita yang kena kerja keras, ambil inisiatif untuk majukan diri dan sebagainya. Secara jujur, berbanding filem-filem awal arahannya dulu, Syamsul Yusof memang menunjukkan peningkatan yang amat tinggi. Filem-filem arahannya memang berada di kelas tersendiri. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber Kosmo.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 responses to Memang Saya Anak Yusof Haslam Tetapi Semangat, Kegigihan & Usaha Buat Saya Berjaya – Syamsul Yusof

  1. Anonymous says:

    next time tarik dirilah balik2 filem anak beranak..bukan best pun.

    0

    0
    • Anonymous says:

      kalau anak david teo yang menang mesti lagi teruk kena hentam kan….krikkrikkk

      0

      0
      • Pekerja Gomen says:

        Kalau citer Munafik…
        Aku tak pertikaikan kemenangan dia….
        Walaupun dia Anak YH… tp Munafik adalah salah satu filem melayu terbaik yg pernah aku tgk..

        Tp kalau citer dia yg sebelum2 tu.
        Bohsia ke.. KL Drift ke.. dan seantero dengannya…
        Mmg aku tak setuju kalau menang

        0

        0
    • podaaaa says:

      david teo xada anak laaaa…podaaaa

      0

      0
  2. Anonymous says:

    TOLONG JANGAN MENYANYI BOLEH TAK. suara tak sedap, lirik pun tak artistik langsung. ye btul lagu kalah dlm menang mesej nya bagus tp suara kau xsedap n lirik pun xde nilai seni. lbagi jela org lain nyanyi. agu rabbani raihan ade msg baik jugak, tp suara diorang sedap n lirik dorang pun sedap.

    0

    0
  3. Melati says:

    Berjaya dgn copypaste & tipu jumlah kutipan konon juta2 seminggu tayangan … Rosak filem melayuuu???

    0

    0
    • melati says:

      Cukup lah dgn FFM pak usop kontrol…!!! Dlm blog ni pun Pak Usop nk kontrol, semua dislike aper yg saya kater..!!! hmmmmmmm..entah lewwww>>>

      0

      0
  4. Olalala says:

    boring. Nexttt…pls.

    0

    0
  5. enot says:

    Kalau ada kabel besar, buat cite bodoh macam mana pun sure menang dan buka atas dasar gigih sendiri atau kuat kerja…di malaysia ni semua atas nama kroni dan ada duit semua jalan termasuk yg gi buat haji. Melayu suka kerja senang tak yah bersaing. Kau ingat cite kau tu boleh ke compete at international level…ptui!!!!

    0

    0
  6. Anonymous says:

    whatever. ola bola yg patutnya menang. best gila kot ola bola. x layak cte munafik ni nak banding dgn ola bola mcm langit dgn bumi. mmg la bagus ade msg semua, tapi hakikatnya still ola bola lagi best and lagi layak menang. btw ape beza filem nasional n filem kebangsaan? pengarah terbaik pun patut pengarah ola bola yg menang. xyah sembang pasal usaha la. usaha pengarah filem2 hebat mcm ola bola and jagat (yg xde cable) sape yg nak iktiraf? usaha usaha jugak. org lain usaha jugak. dan org lain lbeh berjaya buat filem lebih baik. tp knape munafik yg menang?

    0

    0
  7. what a life!!! says:

    YOLAHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    0

    0
  8. Dolton Bibiyana Layola Al-Muslem says:

    kowang nie asyik gadoh jew,,,drpd kowang gaduh,lebih baik ciom kentot saye..dpt jugak hasilnye…apa hasilnye?

    saya akan kasi 20sen

    0

    0
  9. Yang ikhlas says:

    Syamsul mmg berbakat besar dalam bidang lakonan…
    Cuma satu je, bakatnya lebih menonjol sebagai director dan bukan pelakon.
    Watak lakonan dia tu sebenarnya boleh diberi pada pelakon yang lebih berbakat.
    Impak pun akan lebih menarik..Syamsul punya lakonan sorry to say..mmg kureng..
    Kalau bagi pada zamarul hisham or ashraf muslim..perghh boleh meletup lagi munafik ni…papepn watak jahat ayah nabila memang terbaikkkk..

    0

    0
  10. sebokje says:

    Dah lah tu tak payah jelus..memang Syamsul tu berbakat pun..
    Kepada yang jelus tu, get a life dan jerja rajin2 dalam apa jua lapangan agar menjadi orang yang berjaya.
    Chillllll

    0

    0
  11. Shahrul says:

    Dulu saya pandang rendah si syamsul ni sbb faktor dia anak yusof haslam. Tapi dia berjaya buktikan yg dia adalah pengarah filem yg hebat. Semua filem dia kecuali aku bkn tomboy mmg menjadi. Lakonan dia dlm munafik mmg superb. I salute you bro. Ignore your haters. They just envy your success.

    0

    0
  12. Anynomous says:

    Kpda datuk yusof haslam, sya syorkan datuk jgnla ada kaitan dgn sebrg pjurian dlm sebuah anugrh bg elak fitnah..ksian datk dan anak2 datk d kritik..ckpla apapun..bkn smuanya akan bpuas ati dgn usaha yg d bt..

    0

    0
  13. shahz says:

    Ape pon ni berbalik pada rezeki jgk. Dah rezeki syamsul menang mlm tu…. Kalau rasa ola bola terbaik, pegi mana pon orang akan cakap jgk dia terbaik. X payah nak pertikai sgt.

    0

    0
  14. hcubeshop says:

    Berjaya bukan kerana Datuk Yusof Haslam(bapanya),namun berjaya sampai ke tahap ini atas usaha gigihnya..tahniah buat Syamsul Yusof

    1

    0
  15. Anynomous says:

    Benda ni samala dgn ank ckgu..kalu otaknya hebat, akan sntsala num1 dlm kelas sb rajn bljr n usaha..xkanla mau ckp mentang2la ank ckgu, dptla num1 sb ada kabel..

    0

    0
  16. Mohamed Hither says:

    Seorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

    0

    0
  17. Anynomous says:

    Confirm bapanya jwb ada org xsuka dia..2la bg anak melulu fail..haha

    0

    0