Memang Saya Akan Berkahwin Dengan Zain Tapi Bukan Julai Ini – Rozita Che Wan

Hiburan

Memang Saya Akan Berkahwin Dengan Zain Tapi Bukan Julai Ini – Rozita Che Wan

Membaca komen anda, baru Abang Nara perasan yang bulan Julai adalah bulan Ramadhan. Takkanlah Che Ta dan Zain nak menikah time puasa kan? Kuranglah sikit kemesraan yang dapat dijalankan di siang hari. Kang tak pasal-pasal batal puasa.

rozita dan zain

Advertisement

Apa pun Rozita Che Wan sudah tampil menerusi portal Murai untuk memperbetulkan laporan Harian Metro hari ini. Che Ta mengakui yang dia bakal bernikah dengan Zain tahun ini tetapi bukan pada bulan Julai. Kemungkinan besar majlis tersebut akan berlangsung pada hujung tahun 2013.

Saya pun tidak tahu macam mana boleh terkeluar cerita mengatakan saya akan berkahwin pada bulan Julai. Untuk pengetahuan semua, jadual saya dah betul-betul padat sampai penghujung bulan Julai. Memang saya ada beritahu kami akan berkahwin, Insya-Allah pada penghujung tahun ini. Sekarang saya sibuk dengan rakaman rancangan Primadona. Rakaman daripada pagi hinggalah ke malam. Sebab itu ada kenyataan mengatakan Zain terkejut mengenai hal ini kerana saya pun tidak sempat berbicara dengannya mengenai hal ini.

rozita dan zainJadi kepada anda semua yang sudah tidak sabar untuk melihat Zain Saidin dan Rozita Che Wan bersanding, sabar-sabarkanlah diri anda. Abang Nara pasti mereka berdua mahu bernikah secepat mungkin tetapi biarlah masa menjadi penentu. Amboi ~~ Ayat syahdu pulak Abang Nara nie.
rozita dan zainP.S: Dapatkan Bedak Arab Kokuryu yang sedang hangat di pasaran sekarang ini. Hanya RM60 termasuk penghantaran. PM kami di Facebook CantikNara atau email ke [email protected] untuk info lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...