Sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga, Ratu Rock Malaysia Ella Aminuddin dan suaminya Azhar masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Namun, Ella tidak pernah putus asa untuk mendapatkan anak tetapi pada masa yang sama merencana untuk mengambil anak angkat selepas melihat beberapa rakan selebriti berbuat demikian.
Memandangkan kami masih belum mempunyai anak, saya dan suami terfikir juga untuk mengambil anak angkat. Rasa seronok pula melihat rakan-rakan yang menjaga anak angkat. Terpengaruh pula. Apatah lagi kita membuat kebajikan membantu anak-anak yang tiada keluarga.
Walaubagaimanapun, perancangan untuk mengambil anak angkat itu bukanlah dalam masa terdekat kerana buat masa ini Ella masih lagi sibuk dengan jadual kerjaya beliau yang agak padat sehinggalah tahun hadapan.
Suaminya Azhar pula berkata, niat mereka untuk mempunyai anak angkat bukan kerana merasa tertekan kerana tidak boleh mendapatkan zuriat. Pasangan ini percaya akan rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT.
Sehingga kini kami masih lagi berusaha untuk mendapatkan anak dan jujurnya kami tidak tertekan kerana kami percaya Allah tentukan rezeki kami. Kita hanya mampu merancang.
Malah setiap hari orang bertanya, ‘bila nak ada anak’, dan kami dah lali dengan soalan seperti itu.
Kami tahu Ella sudah agak berusia untuk hamil, tetapi jika Allah SWT ingin memberikan mereka peluang untuk mendapatkan zuriat sendiri pasti satu hari ia akan termakbul jua. Kalau hendak ambil anak angkat pun ok tidak ada salahnya, sekurang-kurangnya ada juga peneman serta penghibur hati buat Ella dan Azhar.