Setiap kali diri ini membaca mengenai orang awam yang ditipu dalam pelaburan, Abang Nara akan menggeleng-gelengkan kepala. Sedih sangat-sangat apabila mudah sangat mereka ditipu. Jumlah yang ditipu bukannya sikit, cecah puluh-puluh ribu ringgit. Ini semua akibat ingin cepat kaya dengan jalan yang mudah. Walaupun dah diberi pendedahan mengenai pelaburan yang palsu ini di media, setiap hari masih ramai yang menjadi mangsa.
Prihatin dengan kes penipuan dalam pelaburan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau lebih dikenali dengan nama Securities Commission (SC) telah melancarkan satu inisiatif yang diberi nama InvestSmart baru-baru ini. Abang Nara telah menghadiri majlis pelancaran InvestSmart ini di Taylor’s University dan sangat teruja dengan inisiatif yang pasti akan dapat membantu orang ramai mengenali ciri-ciri pelaburan tulen dan mengelakkan daripada tertipu dengan pelaburan-pelaburan palsu di luar sana.
Sementara menunggu kehadiran YB Khairy Jamaluddin untuk merasmikan InvestSmart ini, Abang Nara sempat melihat dengan lebih lanjut mengenai inisatif daripada SC ini. Kebanyakan adalah perkara asas yang perlu kita ketahui sebelum terlibat dalam mana-mana pelaburan. Contohnya periksa lesen sesebuah syarikat pelaburan, ketahui matlamat pelaburan kita dan minta tunjuk ajar daripada mereka yang professional dalam bidang ini. Abang Nara gembira apabila melihat ramai anak muda menghadiri majlis perasmian InvestSmart ini. Satu langkah yang bijak untuk persediaan sebelum masuk ke alam pekerjaan kelak.
Apabila YB Khairy Jamaluddin tiba, beliau telah dibawa untuk bermain beberapa permainan yang disediakan di booth-booth InvestSmart sebelum ke upacara perasmian. Menarik juga lihat YB Khairy Jamaluddin menunjukkan bakatnya menendang bola sepak dan memasukkan bola ke dalam jaring. Mengundang Menteri Belia dan Sukan ini sebagai tetamu kehormat adalah satu langkah yang bijak dan tepat kerana beliau pasti lebih mengetahui tentang situasi pelaburan di Malaysia terutamanya di kalangan orang muda yang merupakan majoriti mereka yang hadir ke majlis pelancaran InvestSmart ini.
Masuk ke dewan perasmian, para hadirin tekun mendengar ucapan alu-aluan oleh Mr Pradeep Nair yang merupakan Timbalan Naib Canselor Taylor’s University yang disusuli dengan ucapan mengenai InvestSmart oleh Datuk Ranjit Ajit Singh, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Menurut Datuk Ranjit, tujuan utama pelancaran inisiatif InvestSmart ini tak lain tak bukan untuk untuk membantu rakyat Malaysia melaburkan wang mereka di saluran yang betul dan juga mengelakkan rakyat Malaysia ditipu oleh pelaburan ‘scam’. Kemudiannya, YB Khairy Jamaluddin turut berharap agar InvestSmart ini dapat membantu golongan belia terutamanya dalam menguruskan wang mereka dengan lebih bijak lagi.
Masa yang ditunggu tiba jua. Akhirnya inisiatif InvestSmart akhirnya dilancarkan oleh YB Khairy Jamaluddin. Apa yang menariknya ialah kehadiran applikasi InvestSmart yang boleh dimuat turun ke dalam smartphone kita. Memang best sangat-sangat applikasi InvestSmart ini. Abang Nara dah gunakan dah. Banyak sangat informasi yang ada di dalamnya yang pasti dapat membantu kita selaku pengguna dan pelabur membuat keputusan bijak sebelum melaburkan wang kita. Memang terbaik sangat-sangat.
Senang je nak muat turun applikasi InvestSmart ini. Hanya perlu search ‘InvestSmart’ dan anda akan terus jumpa. Ada Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai pilihan bahasa jadi lebih mudah buat anda yang tak berapa fasih Bahasa Inggeris. Antara menu menarik pada pandangan Abang Nara ialah ‘Pengantara Berlesen’, ‘Adakah Ia Pelaburan Yang Sah’ dan ‘Kalkulator Kewangan’. Kiranya lepas ini kalau ada orang ajak sertai mana-mana pelaburan, anda Cuma perlu buka applikasi InvestSmart ini dan buat pemeriksaan terlebih dahulu menerusinya. Semuanya di hujung jari. Mudah kan?
Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atas pelancaran inisiatif InvestSmart ini. Memang ini adalah satu inisiatif yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia selama ini. Semoga dengan kehadiran inisatif ini terutamanya applikasi InvestSmart, ia akan dapat mengurangkan kadar rakyat kita ditipu oleh pelaburan palsu. Nasihat Abang Nara, muat turun applikasi InvestSmart sekarang jugak dan sebarkan informasi mengenai InvestSmart ini kepada rakan-rakan serta keluarga anda agar mereka juga boleh mendapat manfaat.
Sekarang ini, ramai yang berminat untuk mencari peluang pelaburan untuk masa hadapan yang lebih terjamin, namun bimbang serta resah kerana terlalu banyak kes-kes penipuan yang telah dilaporkan. Dengan pelancaran InvestSmart pastinya dapat membantu bakal pelabur dengan memudahkan cara untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini tentang produk-produk pelaburan, dalam penyampaian yang mudah difahamkan. Cuma ‘one click away’ untuk informasi yang boleh mengelakkan kita daripada kehilangan wang dalam pelaburan palsu. Selain itu, InvestSmart juga mahu mendidik pelabur-pelabur dan bakal-bakal pelabur untuk mengamalkan sikap-sikap baik dalam pelaburan agar mereka dapat mencapai matlamat pelaburan mereka. Dengan InvestSmart, tak adalah kita melabur membabi buta dan sekurang-kurangnya sudah buat sedikit kajian sebelum melaburkan wang. Tak gitu?
Jangan lupa LIKE Facebook InvestSmart SC untuk mendapat informasi terkini mengenai inisiatif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ini. Banyak perkara menarik mengenai pelaburan turut sama dikongsikan di sana. Marilah kita menjadi pelabur yang bijak bersama Invest Smart.