Dah lama Abang Nara nak tulis mengenai hal ini tapi asyik-asyik terlupa je. Maklumlah dah tua. Hehe. Alang-alang hari ini Maya Karin dah buat penjelasan di dalam Berita Harian, marilah Abang Nara ceritakan tentang hal ini. Kononnya sebelum ini Maya Karin semasa ditemuramah dikatakan telah menggunakan perkataan “Alhamdulillah” untuk melahirkan rasa kesyukurannya berjaya melakonkan adegan ranjang bersama Aaron Aziz.
Berikut ialah kata-kata yang kononnya digunakan oleh Maya Karin semasa interview tersebut.
Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakon babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak berkenaan sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar
Memang nampak sangatlah tak sesuai penggunaan perkataan Alhamdulillah di atas sana kan? Namun sebenarnya Maya Karin tak guna pun perkataan tersebut. Itu semuanya ditulis salah oleh wartawan-wartawan yang menemuramahnya. Kata Maya Karin:-
Saya tahu tempat mana nak cakap (Alhamdulillah). Saya cuma cakap gementar… saya terkejut… yang saya ingin lakukan itu (adegan ranjang) pun tak cakap. Saya tak perlu diperbesarkan (isu ini)… dah disalah tulis… ada juga title (tajuk) lain yang saya tak sebut langsung.
Macam-macam sungguh kontroversi yang membabitkan filem Ombak Rindu ini. Yang pastinya pihak penerbit pasti tersenyum riang seperti kanak-kanak mendapat choki-choki melihat jumlah kutipan yang semakin meningkat setiap hari. Apa pun Abang Nara sangat respek Maya Karin kerana cepat memperbetulkan kontroversi yang boleh menyentuh sensitivi masyarakat Islam di Malaysia. Good job.