Nampaknya rating program Nona masih tidak dapat dinaikkan walaupun Maya Karin digunakan sebagai pengacaranya. Dan yang terbaru, Maya Karin bakal digantikan oleh pengacara lain setelah suatu kajian dilakukan oleh kumpulan fokus Nona. Mungkin pihak terlibat berjaya mengesan impak yang diharapkan dengan penglibatan Maya Karin sebagai pengacara Nona tidak menjadi kenyataan.
Bagi kami senang je benda ini. Pengacara memang penting tapi paling penting adalah pengisian program tersebut. Kalau pengisian tak ada, buat apa kita nak tonton sesusatu rancangan tue kan? Kami dah lama tak tengok Nona, tapi kali terakhir kami tengok kami rasa rancangan Nona ini macam menunjukkan kehidupan orang-orang kaya di Malaysia. Padahal yang tengok TV3 kebanyakkan orang yang hidup sederhana. Itu yang rating jatuh merudum tue.
Mungkin pihak yang terlibat dengan Nona kena kaji secara menyeluruh tentang tujuan sebenar program Nona. Kalau pengacara sahaja yang ditukar tapi pengisian tetap sama, kami rasa rating tetap akan sama je. Mungkin perlu lakukan post-mortem besar-besaran. Susah-susah sangat tukar penerbit je. Buat balik rancangan Nona nie daripada kosong balik. Biar sesuai dengan masyarakat Melayu. Tak gitu?
Apa pun semoga pengacara baru program Nona ini akan lebih bermutu, berkeyakinan dan banyak ilmu pengetahuan tentang isu-isu yang dibincangkan. All the best untuk Nona.