Written by Bella | March 29th, 2016

Maya Karin, mempunyai wajah yang cukup jelita beliau menjadi idaman setiap jejaka di luar sana. Malah, Maya mengakui beliau ada dirisik oleh seorang jejaka misteri kira-kira seminggu lalu. Lebih dasyat lagi, lelaki itu bertindak agak berani kerana bertemu dengan ibu Maya sendiri dengan membawa sebentuk cincin.

Walaubagaimanapun, Maya nampaknya tidak akan memberikan sebarang kata putus dan mengabaikan perkara berkenaan kerana bimbang dirinya berada dalam keadaan bahaya kerana beliau sama sekali tidak kenal dengan jejaka itu.

Saat diberitahu ibu ada lelaki datang memberi hadiah sebentuk cincin untuk melamar, bulu roma saya terus meremang. Yalah, saya sifatkan lelaki itu seorang yang pelik dan berani kerana terus berjumpa dengan ibu saya, namun saya langsung tidak mengenalinya.

Apa yang boleh saya katakan, mengabaikannya adalah tindakan paling wajar harus saya buat kerana saya langsung tidak mengenali tuan empunya diri dan bimbang akan mendatang ancaman bahaya pada diri saya kelak.

Ramai yang bertanya adakah Maya sudah serik untuk bergelar isteri selepas gagal dalam perkahwinannya sebelum ini? Namun, Maya menafikan perkara berkenaan dan memberitahu beliau sedang dalam proses untuk mencari seseorang yang betul-betul sesuai buat dirinya.

Agak sukar memperkatakan soal pengganti sekarang. Bukan kerana saya tidak mencari, tetapi sehingga sekarang masih belum jumpa. Selalunya orang yang saya nak, dia tidak serius. Tetapi bila ada yang serius, saya pula tak terbuka hati. Agak rumit juga situasi itu.

Maya lebih selesa jika seseorang itu menerima beliau seadanya dan bukan kerana status beliau sebagai seorang selebriti.

Tidak apa lah Maya, perlahan-lahan cari lelaki yang betul-betul sesuai buat anda dan mampu untuk sayang serta terima anda seadanya. InshaAllah ada tu.

Sumber Berita : mStar Online

21 responses to Maya Karin Akui Dirisik Oleh Jejaka Misteri

  1. belinda says:

    Muka maya ni nak cakap muka matsalleh tak, muka melayu tak, muka india, china pun tak. Arab pun tak. Very unique face.

    But boleh tengok muka dia ni pun kadang2 ery the universal. Muka dia ni, Melayu, China, India, matsalleh memang ada. Muka arab je takde. Very unique face. I tell you ;)

    0

    0
  2. Anonymous says:

    muka maya biasa jer artis wanita melayu yg lain ader yg lebih cantik dari dia. muka maya tak beraper menarik…jgn marah maya fans. lain org lain selera…….aku pernah tengok dia depan2.

    0

    0
  3. janda meletop says:

    dah 37 tahun maya ni masuk 40 tahun kurang lah dapat tawaran belakon wayang anyway dia dah jadi jutawan pun. tak pernah pun nampak muka dia belakon dalam drama.

    0

    0
  4. melati says:

    Dh tua tuuu…entah lah..hmmmmmm

    0

    0
  5. Hurts.... says:

    yg satu ..lelaki sampai antar resume
    yg nie pulak…lelaki misteri
    ada lagik????

    0

    0
  6. Puteri Jelita Rupawan says:

    Tiak ushuk

    0

    0
  7. Anonymous says:

    macam aku jer dulu…suka kat orang tu, orang tu tak suka aku…bila orang tu suka aku, aku pulak tak suka…sampai orang kata kena pelalau.
    akhirnya bertemu jodoh dgn kawan baik sendiri :)

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Jodoh di tangan Allah maya,, sy doakan anda dpt jodoh yg tbaik nanti

    0

    0
  9. Anonymous says:

    pernah Nampak dia live..sangat simple orangnya takde pakai mekap tebal seinci cuma pakai jeans ngan tshirt simple…tak sombong juga and low profile..murah ngan senyuman..bukan cam retis lain mostly pakai mekap tebal seinci pastu eksen gaya2 nk lari dari public eye..macamlah fames sangat takut org dok kejar…pui

    0

    0
  10. Anti ND says:

    Dia ok…x pretentious. Bukan mcm Nora Danish tu wei..pakwe pon loser!

    0

    0