Maya Karin Akui Dirisik Oleh Jejaka Misteri

Hiburan

Maya Karin Akui Dirisik Oleh Jejaka Misteri

Maya Karin, mempunyai wajah yang cukup jelita beliau menjadi idaman setiap jejaka di luar sana. Malah, Maya mengakui beliau ada dirisik oleh seorang jejaka misteri kira-kira seminggu lalu. Lebih dasyat lagi, lelaki itu bertindak agak berani kerana bertemu dengan ibu Maya sendiri dengan membawa sebentuk cincin.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Maya nampaknya tidak akan memberikan sebarang kata putus dan mengabaikan perkara berkenaan kerana bimbang dirinya berada dalam keadaan bahaya kerana beliau sama sekali tidak kenal dengan jejaka itu.

Saat diberitahu ibu ada lelaki datang memberi hadiah sebentuk cincin untuk melamar, bulu roma saya terus meremang. Yalah, saya sifatkan lelaki itu seorang yang pelik dan berani kerana terus berjumpa dengan ibu saya, namun saya langsung tidak mengenalinya.

Apa yang boleh saya katakan, mengabaikannya adalah tindakan paling wajar harus saya buat kerana saya langsung tidak mengenali tuan empunya diri dan bimbang akan mendatang ancaman bahaya pada diri saya kelak.

Ramai yang bertanya adakah Maya sudah serik untuk bergelar isteri selepas gagal dalam perkahwinannya sebelum ini? Namun, Maya menafikan perkara berkenaan dan memberitahu beliau sedang dalam proses untuk mencari seseorang yang betul-betul sesuai buat dirinya.

Agak sukar memperkatakan soal pengganti sekarang. Bukan kerana saya tidak mencari, tetapi sehingga sekarang masih belum jumpa. Selalunya orang yang saya nak, dia tidak serius. Tetapi bila ada yang serius, saya pula tak terbuka hati. Agak rumit juga situasi itu.

Maya lebih selesa jika seseorang itu menerima beliau seadanya dan bukan kerana status beliau sebagai seorang selebriti.

Tidak apa lah Maya, perlahan-lahan cari lelaki yang betul-betul sesuai buat anda dan mampu untuk sayang serta terima anda seadanya. InshaAllah ada tu.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...