Mawar Rashid Harap Doa Peminat Mampu Buka Pintu Hatinya Untuk Berhijab

Hiburan

Mawar Rashid Harap Doa Peminat Mampu Buka Pintu Hatinya Untuk Berhijab

Ramai yang memuji betapa manisnya pelakon Mawar Rashid berhijab menerusi drama Suamiku Paling Sweet. Mengakui dirinya selesa mengenakan hijab, Mawar bagaimanapun masih belum bersedia untuk menutup aurat sepenuhnya.

Advertisement

Namun, Mawar berharap doa peminatnya mampu untuk memberikan beliau hidayah dan sekaligus membuka pintu hatinya untuk berhijab satu hari nanti.

Saya gembira watak bertudung dan saya selesa dengan watak itu. Dengan bertudung saya mudah menjiwai watak, bersopan dan kelihatan manis. Itu keistimewaan dalam drama ini, tiada babak bersentuhan. Dengan tiada babak bersentuhan, orang tengok pun sejuk hati saja.

Setiap wanita mesti ada keinginan untuk bertudung, cuma masa tidak tahu bila. Saya berharap hati saya terbuka dan ada yang mendoakan Mawar untuk berhijab, jadi wanita menutup aurat. Buat masa ini saya gembira dengan diri saya. Saya cuma mengikut rentak dan gerak hati sendiri.

Hidayah datang dalam pelbagai cara, janganlah kita mengkritik Mawar tetapi sebaliknya terus mendoakan yang terbaik buat beliau. InshaAllah, akan tiba masanya Mawar untuk menutup aurat sepenuhnya dari kerelaan hatinya sendiri.Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE
umccedP.S: Buat adik-adik yang baru dapat keputusan SPM dan mahu melanjutkan pelajaran, Abang Nara cadangkan agar mengambil program Diploma Universiti Malaya. Banyak kursus-kursus menarik seperti perakaunan dan pengurusan. Boleh sambung belajar sama ada di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan atau Johor. Inilah peluang yang bagus untuk menyambung pendidikan anda. Maklumat lanjut layari www.umcced.edu.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...