Written by Bella | July 17th, 2017

Sudah bertunang pada 7 Julai lalu dalam sebuah majlis tertutup,  pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan bersama sebagai salah satu persediaan mereka untuk mendirikan rumah tangga. Berita ini disampaikan menerusi ruangan Diva di akhbar Kosmo.

Minggu ini pula ada yang datang bisik kepada Diva yang pasangan tersebut kini sudah menjalani kursus perkahwinan bersama-sama. Wah, ini baru betul semangat nak berkahwin. Baguslah kalau boleh pergi kursus kahwin cepat-cepat.

Ramai yang tak sabar nak tunggu majlis mereka. Manakan tidak, kalau waktu melamar sahaja pun, Raf sikit punya romantis tabur kelopak Mawar sana sini di rumah yang bakal mereka dudul, ini kalau waktu majlis resepsi silap-silap boleh jadi kebun bunga agaknya.

Untuk anda yang tidak tahu, Raf merupakan seorang duda anak dua. Apa-apa pun, kami berharap segala perancangan pasangan ini untuk mendirikan rumah tangga berjalan lancar. Semoga kekal sehingga ke syurga.

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Foto : kakifoto_

[jetpack-related-posts]

6 responses to Mawar Rashid Dan Raf Yakoob Sudah Hadiri Kursus Kahwin

  1. Yusof says:

    Laaa duda rupanya..
    Mmg musim artis bkawin dgn duda ke skrg ni kah kah

    3

    0
  2. Adudu says:

    If duda, kena pegi kursus kawin lagi sekali ke walaupun perkahwinan sebelum ni dah pegi? Just asking, sbb taktahu bab ni.

    5

    0
    • wekkkkkkk says:

      Siapakah yang boleh dikecualikan daripada menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan Islam?
      Jawapan :
      1. Duda/ janda/ balu
      2. OKU
      3. Warga asing yang tidak memahami Bahasa Malaysia
      4. Berusia 40 tahun ke atas
      5. Permohonan poligami
      6. Keadaan tertentu yang difikirkan wajar (atas kebenaran Pendaftar)

      yg Raf ni nk kursus, nk temankan si mawar je, mana leh dibiarkan sorang2…
      atau..
      bagus jugk kalau nk kursus lagi….supaya “tak cerai/berai lagi…kalau 2 kali kursus..talak jugak…mmg ada someting wronglah org tu..
      wekkkkkkk

      7

      0
      • han says:

        mse aku pergi kursus kahwin dulu..ustaz kursus tu ckp..sijil kursus kahwin xde expired date selagi kita belum berkahwin..makna nya..lepas kita kahwin je..sijil kursus kahwin tu dah xboleh guna lagi untuk perkahwinan kedua..kena hadir kursus lagi..masa aku pergi pejabat agama nak ambil sijil nikah..sijil kursus kahwin aku kne cop telah digunakan..maksud nya xboleh dah guna lagi untuk perkahwinan yang lain..

        3

        0
  3. mak jemah uols says:

    eh ? ade aku kisah berite ni

    3

    0
  4. Anonymous says:

    Semoga berbahagia
    Kahwin la 1 +2+3+4
    Selagi kau mampu dan adil..

    1

    0

Leave a Comment

Optional