Sudah beberapa bulan mengenali hati budi seorang pemuda kacak yang dikenali sebagai S yang merupakan teman lama Dynas Mokhtar semasa zaman persekolahannya, ramai yang bertanya bilakah saat beliau akan melangkah ke jinjang pelamin bersama kekasihnya itu?
Walaubagaimanapun, buat Dynas perkara tersebut masih terlalu awal untuk dibicarakan kerana hubungan mereka masih lagi baharu meskipun bersikap terbuka kepada umum mengenai percintaan mereka.
Kalau dia terbuka mengenai hubungan kami, saya OK saja. Kami rapat. Perhubungan kami terjalin dalam tempoh yang masih baharu. Daripada kawan tiba-tiba jadi rapat. Tapi saat ini, soal nak kahwin belum terfikir lagi. Masih awal untuk menebak semuanya.
Membuat keputusan untuk berpisah bersama suaminya Hafizy Hafiz sekitar bulan Februari lepas selepas 6 tahun mendirikan rumah tangga, kedua-dua mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga dua orang anak mereka iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.
Hari sekolah kebiasaannya anak saya dengan bapa mereka. Saya selalunya akan bersama anak pada hujung minggu. Jadual giliran itu boleh berubah ikut kelapangan masa.
Tentu sekali, Dynas Mokhtar tidak mahu pisang berbuah dua kali. Eloklah beliau ambil masa untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan benar-benar bersedia untuk berkahwin.