Nampak gayanya berita putusnya hubungan percintaan antara Nazim Othman dan Bella Dally yang heboh diperkatakan baru-baru ini adalah tidak benar. Mereka berdua masih bercinta seperti dulu. Malah Abang Nara yakin rasa cinta Nazim Othman terhadap Bella Dally semakin meningkat apabila kekasihnya itu mengambil langkah untuk berhijab sepenuhnya baru-baru ini.
Bercerita kepada Mstar Online mengenai keputusannya untuk berhijrah, Bella Dally memaklumkan yang perasaan ingin bertudung itu datang secara tiba-tiba. Kata Bella:-
Sejujurnya, saya tidak ada apa-apa mimpi pun atau kisah di sebalik penghijrahan ini. Tiba-tiba saja saya rasa seperti ingin bertudung dan saya juga tidak sangka akan ‘berhijrah’ secepat ini. Cuma apa yang saya lakukan, sebelum bertudung saya mula memperkukuhkan amalan solat saya serta mempelajari Islam dengan lebih mendalam.
Alhamdulillah keluarga dan peminat turut menyokong dengan perubahan ini. Buat masa ini saya cuma padankan baju-baju yang saya ada dengan gaya yang lebih sopan. Apa-apa pun saya akan melakukan perubahan ini secara berperingkat.
Siapa kata saya dan dia (Nazim) sudah berpisah? Dia menyokong apa saja yang saya lakukan
Abang Nara perasan sejak kebelakangan ini memang ramai artis muda yang mengambil keputusan untuk bertudung sekaligus tampil menutup aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam. Bagus sangat-sangat. Lebih cepat berhijrah, lebih bagus. Semoga semakin ramai selebriti, tak kira tua atau muda yang akan mengikut jejak Bella Dally. Sememangnya Abang Nara akui mereka yang bertudung tampak lebih jelita dan menawan. Tak gitu? Apa pendapat anda?
P.S: Dapatkan segera promosi PERCUMA bernilai Rm468 yang ditawarkan oleh London Weight Management ini. Memang sesuai untuk anda yang mahu kuruskan badan. Dijamin dapat hilangkan 3kg pada sesi pertama rawatan anda. Untuk informasi lanjut, layari http://tinyurl.com/mrp774g dan juga Facebook London Weight Management.