Masih Ada Sisa Barang Khurafat Milik Rozana Di Rumah Saya – Awie

Hiburan

Masih Ada Sisa Barang Khurafat Milik Rozana Di Rumah Saya – Awie

Awie satu ketika dahulu pernah mendakwa isterinya, Rozana Misbun menggunakan ilmu hitam dan barang khurafat seperti patung kemaluan, tali pusat bayi dan tangkal untuk menundukkan dirinya. Barang-barang tersebut telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di ruang tamu. Terbaru, menurut Awie, masih ada lagi sisa-sisa barangan khurafat Rozana Misbu dalam rumah kediamannya di Ukay Bestari, Ampang.

awie khurafat

Advertisement

Awie telah menemui barang-barang khurafat tersebut beberapa hari lalu di dalam bantal tidur miliknya. Kata Awie:-

Patutlah saya sering kali sakit jika berada di rumah. Rupanya masih ada lagi barang khurafat yang bersisa di rumah itu. Saya memang tidak akan memaafkan beliau kerana menggunakan perkara syirik terhadap saya dan membuatkan tempiasnya terkena orang lain.

awie rozana

Semakin hari semakin banyak pendedahan yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Masing-masing yakin berada di pihak yang benar. Walaupun mahkamah sudah membuat keputusan menyebelahi sebelah pihak, ada pihak yang tidak mengikuti arahan mahkamah dan terus menerus melakukan sesuka hati. Semoga kebenaran sebenar akan terbukti jua di akhir nanti. Sama-samalah kita nantikan. Sumber Berita Harian.

P.S: Lelaki Jepun bawa kura-kura peliharaannya berjalan jauh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...