Written by serenity | January 7th, 2016

Datin Maria Farida, 47, menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal dalam tempoh yang lama sebelum berkahwin dengan Datuk Rahman Shakur, 63. Namun begitu, setelah perkahwinan mereka, bekas anak tiri Rahman telah tampil baru-baru ini dengan cerita bahawa Maria ialah punca dia dan empat adiknya yang merupakan anak kandung bekas isteri Rahman terabai.
 photo 917841_319946201462557_1333315931_n.jpgBercakap pada Utusan Online, Maria memberitahu anak-anak tiri Rahman mungkin telah dihasut:

Saya sendiri tidak faham apa yang berlaku sebenarnya. Sehari sebelum saya dan suami pergi menyambut tahun baharu, saya ada melawat Anis (Nurshazleen Anis) di hospital. Ketika itu semua baik, malah saya dan dia sendiri memang sangat rapat. Bila perkara ini timbul, saya dan suami agak bingung sebenarnya. Tidak tahu apa yang dia mahu. Memang ikutkan suami saya ada memarahi dia, tetapi itu juga selepas adik-beradik dia yang lain mengadu tentang apa yang kakak mereka sudah lakukan. Jadi saya fikir mungkin dia marah sebab soal itu.

Maria juga menjawab dakwaan bahawa suaminya tidak lagi menanggung kehidupan mereka seperti sebelumnya:

Dia berbohong, sebetulnya selepas kami bernikah, memang saya dan suami sudah bersetuju hanya mengambil dua anak kandung suami, Aisyhea dan ?Qalif Ryan tinggal bersama. Namun bukanlah kami membiarkan mereka begitu sahaja kerana dalam masa yang sama suami turut menyediakan sebuah kediaman mewah untuk dia (Anis) tinggal bersama adik-beradiknya yang lain.

Malah setiap minggu juga suami dan saya akan membelikan keperluan rumah untuk mereka. Tidak sekadar itu, untuk keselesaan mereka juga, suami turut memberikan sebuah kereta mewah buat kegunaan harian mereka. Sehingga ke hari ini juga, suami saya tidak mahu mereka terasa hati dengan apa yang berlaku. Jadi dia ambil tanggungjawab menyediakan kehidupan yang sama seperti sebelum ini. Jadi di bahagian mana, suami saya atau bekas bapa tiri mereka ini membiarkan mereka?

Maria juga dituduh mengawal keputusan Rahman. Menjawab dakwaan itu:

Antara sebab saya jatuh cinta dengan suami kerana sikap penyayangnya. Bayangkan walaupun keempat-empat anak tersebut bukan darah dagingnya. Namun dia tetap mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka seperti seorang ayah kandung. Malah selepas bercerai dengan bekas isterinya sebelum ini, mereka lebih jelas sebenarnya suami saya hanya bertindak sebagai penjaga sahaja.

Dalam keadaan ini saya tidak pernah mahu menghalang suami meneruskan tanggungjawabnya seperti yang dilakukannya sebelum ini iaitu menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan menyediakan segala keperluan, itu yang tetap diberikan suami saya sehingga saat ini. Malah saya sendiri cukup selesa dengan hubungan yang terjalin sebelum ini dengan anak tiri suami saya. Sebab saya tahu suami terlalu sayangkan mereka.


 photo 12356319_1494019404237244_973750547_n.jpg
Sementara itu, Maria mengakui dia berasa sangat bahagia setelah bekahwin dengan Rahman:

Saya sangat bahagia, malah memang berbaloi sebenarnya untuk saya solo dalam tempoh yang panjang. Mungkin jika berkahwin awal saya tidak akan bertemu dengan suami saya kini. Bagaimanapun bukan mudah sebenarnya, kalau ikutkan rumah tangga saya memang selalu diganggu bekas isteri suami saya.

Bayangkan ada suatu hari dia boleh menghantar pesanan ringkas maki hamun, dan keesokan hari dia merayu pula.

Mujur suami saya seorang yang sangat penyabar, malah dia langsung tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku kerana fikirnya fokus dia kini adalah untuk membekalkan kasih sayangnya sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya sahaja.

Untuk tahun 2016 fokus Maria adalah untuk menjalani kehidupan baharu sebagai isteri dan ibu. Maria juga berharap anak-anak tiri Rahman akan meneruskan kehidupan dengan perasaan yang lebih positif kerana masing-masing juga sudah besar dan matang.

Memang nampak bahawa Datuk Rahman seorang yang bertimbang rasa kerana tetap menyediakan keperluan seperti rumah dan kereta untuk anak-anak tirinya yang tiada pertalian darah sedangkan ramai anak anak-anak muda lain perlu berusaha sendiri untuk membeli rumah dan kereta buat diri mereka. Semoga Maria dan Rahman bertabah menghadapi dugaan ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

45 responses to Maria Farida Tidak Tolak Kemungkinan Bekas Anak Tiri Suami Dihasut Untuk Memburukkannya

  1. Anonymous says:

    kjap je kawen dah berbulan

    0

    0
    • Rita Rudatahi says:

      Boring giler….lantaklah.

      0

      0
      • blurkk says:

        aku suka statement maria yang kat dalam tv “budak2 tu anak mak kandung sendiri, bapa kandung sendiri, biarla mak kandung dengan bapa kandung dia sendiri yang menjaga mereka” hahahaha, padan muka dengan budak2 tu, hidup bukan reti nak mengenang budi, nampak sangat cuma nakkan kemewahan je. pandai2 la korang korek duit bapa kandung korang pulak ye.. tu pun kalau ada. sapa suruh main2 dengan orang maria. memang mendapat la..

        0

        0
        • Anonymous says:

          semua salah….bapak, mak, mak tiri, anak2…..balik lah ke jalan islam.

          0

          0
        • AKU RASA MARIA SHARAPOVA NI KAKI MANDREM LAA
          DATUK NI LAYAN JE SI MARIA NI..HERAN JUGAK..
          MASA DATUK NI DGN KAREN, MARIA MANDREM DATUK DGN ANAK TIRI DIA SMPAI ANAK TIRI DIA YG CAKAP MAK DIA JAHAT,
          SEKARANG BILA DAH DAPAT DATUK, MARIA DAH TAK MANDREM BUDAK TU LAGI SO BUDAK TU BARU CELIK MATA N TUKAR STATEMENT..
          GILA LAA NAK KAWEN DENGAN ORANG TUA KEREPOT BERKEDUT TU SEBAB $$$$$$..YAIKS

          0

          0
        • Duit Tak Masuk Kubur says:

          Kenapa pula panggil Datuk Rahman tu dah tua kerepot dan tdk sesuai dgn maria. Masalahnya Farida tu pun umurnya dah dekat 50 tahun. Cuma body dan rupa dia mmg awet muda. Sesuailah dgn Datuk Rahman dr segi umur. As long as he still gud on bed ok lah. Ank bongsu dia pun baru 6 tahun. Mampu nafkah zahir dan batin. Cuma Datuk x pandai didik istri jd seorg muslimah. Itu dia tanggung lah sndri di akhirat. Manalah tahu mrk diberi Hidayah esok lusa. Datuk Bks Datin Istri Baru dan ank kandung serta tiri. Bw masalah kluarga dlm kluarga shj. Kita ni bkn budak2 lg. Kecoh 1 msia.

          0

          0
    • ahkak tak kesah says:

      bagi ahkak lah kan…ahkak tak heran pun org cantik kawen org tua kerepot…just most of them duk diam2…i think u should do the same lah maria,,very soon u will feel u need a young strong guy than money. so enjoy while its still new..hehh

      0

      0
    • Anonymous says:

      alahai.. bapak tiri je rupanya.. kalau ikutkan, kena minta nafkah dan perhatian dekat bapa kandung la.. adoi.. bersyukurla.. bukan bapa kandung pun dia masih boleh bagi kemewahan… pasni balik rumah dekat mummy pulak ye.. jangan harap pada orang yg xde kena mengena pertaluan darah langsung..

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Lantak korang la..

    0

    0
  3. manusia says:

    kak tak baik cerita aib keluarga iaitu pertelingkahan bekas isteri dgn suami. lebih baik keluarga sahaja tahu. maaf jika tertegur

    0

    0
  4. NASIB NASIB says:

    sepatutnya maria farida ni jgn komen pape kalau benda betul ke salah sebab nnti org kata dia menceritakan aib bekas isteri suami dia dan anak2 , dia na tunjuk dia paling sempurna tapi org lain akn bcerita dia yg punca segalanya .. diam2 sudah ..

    0

    0
  5. ChanteQ says:

    Sabarlah kak Maria. Banyakkan berdoa agar semua baik2 saja.

    0

    0
  6. SMN says:

    Hmmm…anak-anak tiri Datuk tu kena faham juga yang Datuk tu memang tak ada tanggungjawab untuk jaga kebajikan dieorang. Tapi itulah, kesian juga. Adik-adik kecik-kecik lagi tapi mak buat perangai, ayah kandung tak tahu apa cerita. Akhirnya menumpang kasih bekas ayah tiri.

    0

    0
  7. sara says:

    umo dah 26 nak harap duit bapak lagi ke…pegi la la keje cr duit…sampai bila bapak nak tangung…dasar anak org kaya pemalas

    0

    0
    • Diyana says:

      kan! dah tbiasa hidup senang tanpa perlu berusaha gini lah jadinya. bapak hidup lagi blh la menanggung, esok klu dah takda….

      0

      0
    • ikan pekasam says:

      bukan 26 …. tapi dah 28 tahun umur dia.
      kenapa dia x balik jer rumah mak bapak kandung… buat apa lah suruh datuk tua yg tak ada kena mengena darah langsung tu tanggung dia ????

      0

      0
      • Nana says:

        28? OMG!! aku ingatkan bdk2 hingusan lagi, rupanya dh 28.. tak matang langsung, apalah nak jadi!!

        0

        0
  8. Anonymous says:

    tu antara suami dengan anak-anak. tayah masuk campur la..wat hal sendiri sudoh

    0

    0
    • igau says:

      maria ada hak nak masuk campur. sebab tu hanya BEKAS ANAK TIRI husband dia. if anak kandung tu lain la

      0

      0
    • anonononon says:

      die bkn msk campur, die menjawab smbil membela diri, sbb org menuduh die mcm2, tgk komen2 kt cni je dh nmpk, tuduh die kaki mandrem lah ape lah..

      0

      0
    • exid says:

      hal suami dgn anak2 celah mane? hal suami dia dgn BEKAS ANAK2 TIRI … dah la anak2 tiri,,dah jd bekas lak tu..mesti la dye nak pertahankan..family dye..bukan family BEKAS anak2 tiri dye lagi dah..dh xde kaitan pun dgn maria and husband dye

      0

      0
    • Gi cari kerja says:

      Aduhai … pengomen2 semua. Bukan ‘ BEKAS ANK TIRI ‘. ANK TIRI shj ataupun ANK TIRI BEKAS ISTERI. Mrk tdk boleh brkahwin dgn Datuk Rahman sampai bila2 krn ibu mrk telah berkahwin dgn bapa tiri mrk. Isteri jk bercerai itu barulah boleh diguna istilah BEKAS ISTERI. Srupa juga Ibu bapa mertua wlpn stlh brcerai suami istri. Sampai bila2 hingga meninggal pun tetap Ibu bapa mertua. Istilah BEKAS tu slalunya putus ikatan. Cuma Datuk Rahman tdk wajib menafkahi ank2 tiri bekas Istrinya. Datuk ni baik juga dgn sifat kemanusiaan masih lg beri nafkah pd ank2 tiri. TAPI anak2 tiri yg dah TUA tu sila kerja jgn menyusahkn bapa tiri. GI KERJA !.

      0

      0
  9. Anonymous says:

    Dulu sokong sgt maria skrg kutuk pulak.. Utk ank tiri yg paling bodoh bkn dia x tau klu bpk tiri dah berpisah dgn mak kandung dorg jd xde la jd tjawap si bpk tiri lg nk bela ank tiri tu.. Skrg padan la muka pun.. Mcm lalang kjp sokong kjp kutuk..

    0

    0
  10. sentap says:

    berdose tak kalau aku gelakkan anak2 tiri dia? weii, umor 28thn kot. takkan mudah terhasut. kasihan kau. maria dah highlight kan yg tuh anak2 tiri suami dia sahaja. tapi sediakan rumah, kereta bagai. anak2 tiri tak rase segan ke malu ke? Datuk Rahman tuh bapak tiri kau je. bapak tiri je. tu la manusia. bile dah terbiase senang, meroyan bile susah..

    0

    0
  11. peah bunting says:

    sudah2 la tu kak…hal keluarga pun heboh kat orang…macamkan umur baru doplohan la..aku rasa lagi matang najwa latif handle press masa kes dengan ayah dia dulu…apa la kakak ni…

    0

    0
  12. korek hidung says:

    serupa dah macam cerita novel .michael ang lepas ni buat lah telemovie

    0

    0
  13. hihihihiiii says:

    keluarga psyco

    0

    0
  14. Anonymous says:

    keluarga 69 betul la depa ni. Ak rs yg bukak aib ni semua bermula dgn anak tiri die ni. Someone tolglh bagi kesedaran ckit kat minah tu..sekali ak sekeh kepala trus setel. Rimas n sedih tgk keporak perandaan keluarga mcm ni.

    0

    0
  15. n says:

    semacam je statement maria ni..tak habis lagi nak laga-lagakan orang ke.. you’re so scary!!!

    0

    0
    • sje je menyebuk says:

      dia just pertahankan diri & suami dia je..klau x jwb kang org fikir semua salah dipihak dia je so bila dua2 buka mulut yg mmbc fikir le sndri..setidak2nya ada org yg akn berpijak dibumi yg nyata… fikir positif…

      0

      0
  16. Nara lintah says:

    Iklan beautifulnara dah jadi butohuruhara

    0

    0
  17. sje je menyebuk says:

    hakikatnya ank tiri dia 2 kn berpijak didunia nyata bhw awak2 2 xde apa2 ikatan ngan fmly nie.. dah besar pnjang so xle nk tuntut apa2 drpd org yg xde kaitan dgn awak..so fhm2 la yg ayah tiri awak ada dah keluarga bru & t/j baru setidak2 nya dia x biarkan awak semua merempat..klau org lain, silap2 awak semua dah kn cmpak kelongkang dah.. bersyukur dgn apa yg ada…

    0

    0
  18. Anonymous says:

    y tu salahkn ni..y ni slhkn tu..tpi pd aku kn…kn bagus klau anak tiri dia org tu ikut mak.bapak kandung dia org..wlpn suami maria tu bukanya bpk kandung dia org..klau aku malu wei..numpang kasih ngan bekas bapak tiri…dh d bgi segala ngan bekas bpk tiri…tpi ttp masih berbunyi..x kenang budi tu namanya…

    0

    0
  19. mee kari says:

    On the surface nampak anak tiri Datuk ni bukan org baik and uneducated. Lemah sangat sampai senang makan hasutan. Hasutan mak kandung dia makan, haustan MF dia makan jugak pastu salahkan orang lain. Takde otak nak menilai dan takde pendirian. Grow up, get a job, move out from rumah ayah tiri (that is not even married to ur mom anymore), and take responsibility for your own action.

    0

    0
  20. Mariamah says:

    Yg si anak tiri laki Maria tue, mana bapak kandungnya?
    Drpd org X tahu hal sebenar, abis terbongkar segalanya…ooppss…mcm2 hal daaa…

    0

    0
  21. ain suzana says:

    maria bukan masuk campur cuma dia cuma jwb tuduhan yg dilemparkan. kalau dia tak dibabitkan,rasanya dia pun tak ingin nak explain.

    0

    0
  22. Ikanpari says:

    Hati2 dgn batu api.. mmm
    Jgn nak tambah dosa lg… doakan yg terbaek utk diorg.. yg dah sedar buat silap.. pintu taubat allah tu sgt luas..

    0

    0
  23. din says:

    Padan muka ngan ank2 si karen ni…..dulu duk puji pompuan lain lps tu kutuk mak sndiri…patutnye buruk mana pn mak kita jgn diceritakn pada org lain…skrg ni mmg padan muka korang….pompuan yg kau puji tu pn bukannye baik sgt pn…klu tak xde dia beria2 nk cerita kt org ramai yg korang tu ank tiri laki dia je….

    0

    0
  24. anon says:

    ALA CUME ANAK2 TIRI PUN SEBOK NAK TUMPANG GLAMOUR….. Dia org tu cume anak2 tiri je, takde pertalian darah pun. Betol sngt kata maria tu, mak bapak kandung kan ade, kenapa nak kacau mak/bapak tiri pulak. Gihlah kat mak bapak dia org…. Anak2 tiri yg mengada2…

    0

    0
  25. kaki tabur says:

    rumah da siap tapi pahat masih berbunyi…ahahaha

    0

    0
  26. Minah senget says:

    buat karen rahman and anak2… move on lah!
    kalau dah ada umah mewah plus kereta mewah… bersyukurlah!
    kite sebagai manusia jgn terlalu tamak… bersyukurlah apa yg ada dan berusahalah utk berdikari…
    byk lagi adik2 di luar sana tiada tempat tinggal, makan minum, sekolah dsb

    0

    0
  27. Anonymous says:

    aku suka anak dia yang cahayanilam tu lawa betul walau baru form 3. dengan damia caldia.

    0

    0
  28. Anonymous says:

    laaa ANAK TIRI je ke?.. ni kira anak tiri menumpang kasih kemewahan BAPAK TIRI la ni…pastu nak buruk buruk kan orang pulak…eiiii dasyatnyaaaa…tp sesuaila dpt mak tiri pun mulut sama dasyat…makan dalam la dgn statement “suruh mak bapak kandung diorg jaga la” bagusssss

    0

    0