Maria Farida Sedih Digelar Perampas Selepas Berkahwin Dengan Bekas Suami Rakan Karibnya

Hiburan

Maria Farida Sedih Digelar Perampas Selepas Berkahwin Dengan Bekas Suami Rakan Karibnya

Sejak sebelum berkahwin dan selepas bergelar isteri kepada Datuk Rahman, aktres Maria Farida tidak boleh lari daripada kontroversi sehingga ada yang melabelkan beliau sebagai perampas.

Masih ramai yang tidak senang melihat beliau dan Datuk Rahman bahagia bersama apabila terdapat lagi komen berbaur penghinaan yang ditujukan buat Maria.

Advertisement

Enggan terus menjadi manga kecaman dan hinaan, Maria baru-baru ini ada meluahkan rasa sedih beliau terhadap mereka yang mengkritik beliau walaupun tidak mengetahui perkara yang sebenar. Buat Maria mengapa soal jodoh beliau harus dipersoalkan.

Saya sedih sebab rata-rata orang Melayu yang komen. Sepatutnya orang Melayu kita lebih beradab ketika bercakap. Tidak tahu perkara sebenar yang terjadi tetapi main teka dan tulis. Hakikatnya, sudah jodoh saya dengan dia nak buat macam mana. Kenapa mahu pertikaikan lagi.

Maria juga menjelaskan beliau tidak menghebahkan majlis perkahwinan tersebut atas permintaan suaminya.

Kami hanya menjemput seramai 50 orang yang terdiri daripada famili dan kawan-kawan terdekat. Lagipun ini perkahwinan kedua saya. Jadi, untuk apa ia dibuat secara besar-besaran.

Perampas atau tidak semua itu tidak boleh di nilai jika kita tidak tahu situasi sebenar yang berlaku antara mereka. Lagipun,Maria sudah bernikah dengan Datuk Rahman apa yang kita boleh buat adalah doakan sahaja kebahagiaan mereka.

Sumber Berita: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...