Written by AbangNara | June 12th, 2014

Sejak menjadi seorang ayah, barulah Abang Nara mengerti betapa susahnya membesarkan seorang anak. Tabik hormat kepada ayah Abang Nara yang bertungkus lumus bukan sahaja mencari rezeki tetapi turut sama membantu ibu Abang Nara mengendalikan kami  7 beradik.  Abang Nara jaga anak seorang pun dah kelam-kabut.  Antara pengalaman menarik ketika menjaga anak Abang Nara yang bernama Aariz ialah apabila dia tidak membuang air besar selama beberapa hari. Memang cuak dibuatnya.  Tak tidur malam dibuatnya memikirkan masalah tersebut.

dumex mamil

Jadi apabila dijemput menghadiri majlis pelancaran Dumex Mamil baru-baru ini, Abang Nara rasa teruja. Iyerlah, dapat belajar dengan lebih mendalam tentang sistem pencernaan kanak-kanak daripada yang pakar. Kalau sebelum ini Abang Nara terus bawak pergi ke klinik je, mana tahu ada ilmu baru yang boleh Abang Nara perolehi dan boleh dipraktikkan untuk melancarkan lagi sistem pencernaan Aariz. Dan sesungguhnya kehadiran Abang Nara amat berbaloi apabila mendengar penerangan menarik daripada Ms. Goo Chui Hoong yang merupakan pakar nutrisi .

dumex mamil

Rupa-rupanya masalah sistem pencernaan untuk kanak-kanak adalah satu perkara biasa. Namun sebagai seorang ibu bapa, kita harus lebih peka dan sentiasa mengambil tahu kadar kekerapan anak kita membuang air besar setiap hari. Untuk makluman, setiap kanak-kanak berbeza kadar pencernaannya. Contohnya kalau anak kita biasanya sehari 2 kali buang air besar dan tiba-tiba satu hari langsung tak ada pembuangan berlaku, maka itu bermaksud ibu bapa perlulah memberikan perhatian sepatutnya. Langkah yang sepatutnya harus diambil kerana masalah pada sistem pencernaan akan turut sama memberi impak kepada kesihatan kanak-kanak itu secara keseluruhannya.

dumex mamil

Ini adalah carta pemakanan yang seharusnya diberikan kepada anak-anak kita. Menarik kan? Abang Nara rasa bersalah juga sebab kurang bagi sayur-sayuran kepada Aariz. Nasib baik Aariz suka makan buah-buahan. Satu lagi informasi menarik yang Abang Nara pelajari daripada Ms. Goo Chui Hoong ialah kita dapat mengetahui tahap kesihatan sistem pencernaan anak kita berdasarkan bentuk tahi yang dikeluarkan. Kalau sistem pencernaan yang sihat, tahi yang dikeluarkan berbentuk seperti sosej. Kalau terlalu cair atau bulat yang berketul-ketul, itu bermakna ibu bapa perlu memberi perhatian ke atas sistem pencernaan anak kita dan mungkin memerlukan nasihat pakar kesihatan.
dumex mamilSebenarnya mudah sahaja nak memastikan sistem pencernaan anak kita berada pada kondisi terbaik. Pastikan anak kita mendapat fiber yang secukupnya, minum air dengan banyak, melakukan aktiviti fizikal yang sepatutnya dan mengambil produk yang mengandungi prebiotics seperti yang terdapat dalam Dumex Mamil. Untuk makluman anda, prebiotics ini akan melawaskan lagi usus anak-anak kita . Selain daripada Dumex Mamil, prebiotics juga boleh didapati dalam sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan.
dumex mamilSerius Abang Nara rasa beruntung dan gembira kerana dapat mempelajari ilmu baru mengenai sistem pencernaan kanak-kanak di majlis pelancaran Dumex Mamil ini. Lepas ini kalau anak Abang Nara ada masalah nak buang air besar, dah senanglah nak kenal pasti puncanya. Tak adalah risau tak tentu arah. Paling penting, kena tahu apa yang dimakan oleh Aariz. Abang Nara dah pun kongsikan informasi yang diperolehi dengan wife tercinta. Lepas ini kami akan cuba beri makanan yang seimbang untuk Aariz agar sistem pencernaannya sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
dumex mamilSekarang ini, Abang Nara sedang berikan Aariz Dumex Mamil untuk lihat sejauh mana keberkesanannya dalam membantu sistem pencernaan. Daripada pemerhatian Abang Nara 2,3 hari ini, memang tahi yang dikeluarkan oleh Aariz ialah tahi normal. Ini pasti kerana Dumex Mamil mempunyai Prebiotics Oligosaccharide Mixture yang disahkan secara saintifik membantu sistem pencernaan kanak-kanak. Dumex Mamil turut mempunyai kandungan DHA yang tinggi dan nutrien yang lengkap untuk membantu tumbesaran kanak-kanak. Kalau anak anda ada masalah tidak lawas dan susah buang air besar, apa kata cuba Dumex Mamil. Mana tahu berkesan ? Informasi lanjut layari www.mamil.com.my dan Facebook Dumex Mamil.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to Mari Menjaga Kesihatan Sistem Pencernaan Anak-Anak Kita

  1. bagus ke susu nie? ade sape2 yg dh gune? mintak pendapat skit…tq

    0

    0
  2. Noli says:

    tu la..nak tau jugak bgos ke x..anyone yg penah gne..plizz..

    0

    0
  3. me says:

    Dumez mamil gold bagus utk anak2 yang ada masalah dlm perut. Anak sy dulu ada masalah buah pinggang. Najis dia keras dan selalu tak berak jugak. Doktor yg syorkan mamil gold. Mungkin susu ni memang lembut dan senang hadam. Tapi harga mahal sikit la.. Mamil biase tu tak tahu la pulak.

    0

    0
  4. nuwlie says:

    Saya lihat makanan / sayur yag dicadangkan dalam carta pemakanan itu bukan sayuran tempatan. malah ada yg tidak boleh didapati di malaysia..ada yang harganya mahal…kenapa pihak penganjur tidak sensitif dengan local content …mengarut sungguh..

    0

    0
  5. mama says:

    anak saya minum susu ni.. mmg bagus.. sblum ni pn anak saya susah nk buang air..
    harga berbeza ikut pringkat..

    0

    0
  6. Keturunan Nabi Adam says:

    Ni sumer poyo…haktuihhh

    0

    0
  7. ju says:

    Anak sy minum susu jenama ni.Rasa sedap. Skg kerap minum susu berbanding sebelum ni minum susu lain kuantiti sikit je tp sembelit .skg Buang air besar pon lancar n hari2. Hehehe. Susu terbaik utk ank sy setakat ni :)

    0

    0
  8. […] memulakan hari dengan senyuman bukan saja boleh menceriakan hidup, tetapi ia memberi banyak manfaat kepada kesihatan.Ada juga berpendapat, apabila kita senyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. […]

    0

    0
  9. […] Mari Menjaga Kesihatan Sistem Pencernaan Anak-Anak Kita (10) […]

    0

    0
  10. […] Mari Menjaga Kesihatan Sistem Pencernaan Anak-Anak Kita (11) […]

    0

    0
  11. […] Mari Menjaga Kesihatan Sistem Pencernaan Anak-Anak Kita (12) […]

    0

    0
  12. […] Mari Menjaga Kesihatan Sistem Pencernaan Anak-Anak Kita (13) […]

    0

    0
  13. […] Mari Menjaga Kesihatan Sistem Pencernaan Anak-Anak Kita | […]

    0

    0
  14. […] Mari Menjaga Kesihatan Sistem Pencernaan Anak-Anak Kita (15) […]

    0

    0