Written by AbangNara | July 30th, 2012

Bulan Ramadhan ini semua orang berlumba-lumba buat kebajikan. Semuanya nak mengejar pahala berganda-ganda yang telah dijanjikan oleh Allah. Dan masa tengah-tengah surf Internet selepas sembahyang terawih, Abang Nara tertarik dengan cara Colgate mengajak kita semua membuat amal kebajikan di bulan puasa ini.

colgate mari beramal

First time Abang Nara tengok kempen “Mari Beramal Bersama Colgate” ini, Abang Nara terasa kegeniusan mereka. Kempen ini sangat sesuai untuk student-student, suri rumah atau mereka yang masih tidak mendapat kerja namun tidak mahu ketinggalan membuat amal ibadah di bulan puasa ini. Kita hanya perlu berjanji untuk membuat kebaikan menggunakan apps Facebook Colgate dan seterusnya Colgate Malaysia akan menyumbangkan RM3 untuk setiap janji yang dibuat. Cool kan?

colgate mari beramal

Janji yang dibuat tak perlu susah-susah sangat. Simple-simple pun ok. Pilih mana-mana gambar yang dilukis oleh Ujang dan buatlah janji yang anda rasakan sesuai dengan gambar tersebut. Contoh janji yang Abang Nara dah buat ialah:-

colgate mari beramal

Jangan lupa untuk tag kawan-kawan anda supaya mereka turut boleh membuat janji mereka. Untuk pengetahuan, kalau kawan anda menggunakan apps ini, Colgate akan dermakan lagi RM1 untuk kempen ini. Dan pihak Colgate akan dermakan 50 sen untuk setiap LIKE yang diterima kepada page Facebook Colgate Malaysia. Jadi makin ramai yang join dan LIKE Facebook Colgate Malaysia, , makin berjayalah kempen ini.

colgate mari beramal
Kalau nak lagi best, gunakanlah janji yang telah dibuat itu sebagai cover photo Facebook anda. Lagi tinggi impaknya. Mana tahu dengan berbuat sedemikian makin ramai kawan anda yang akan join kempen ini. Lagi ramai yang tahu, Insya Allah lagi banyaklah pahala yang kita boleh dapat.

colgate mari beramal

Derma-derma yang terkutip ini akan disalurkan kepada 15 rumah anak yatim di seluruh Malaysia yang diselia oleh JKMM. RM25,000 akan dikumpulkan menerusi Facebook tetapi jumlah derma yang akan dilakukan oleh pihak colgate ialah sebanyak RM150,000. Usaha murni daripada Colgate ini sebenarnya telah bermula sejak tahun 2008 dan telah berjaya mengumpul RM 567,500 yang digunakan untuk membantu rumah kebajikan dan rumah anak yatim di seluruh Malaysia.

colgate mari beramal

Selain daripada kempen secara online ini, sehingga 30 September 2012 ini, pihak Colgate turut akan mendermakan 10 sen untuk setiap pembelian pek tunggal amal dan 20 sen untuk pembelian pek kembar amal Colgate Maximum Cavity Protection dan Kayu Sugi. Abang Nara serius bangga dengan rasa tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Colgate ini. Kepada anda semua, jomlah join kempen “Mari Beramal Bersama Colgate” ini. Macam-macam cara yang telah disediakan oleh pihak Colgate untuk membantu kita turut sama beramal. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/ColgateMY.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 responses to Mari Beramal Bersama Colgate

  1. wewe says:

    mari pula beramal dgn ubat gigi kayu sugi… suci dan murniiiiiiiii.. :)

    0

    0
    • Selitone Bunga says:

      …hurmmm….

      Aku sejak 2-3 menjak nie…. bila dengar perkataan “JANJI”, rasa cam nak penampar orang jer…

      Siyes tatau sebab apa…

      umur belum pun 55.

      Hahahahahahahahahaha

      0

      0
    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

      minah jambu tk pakai colgate colgate semua ni..minah jambu pakai obat gigi DARLIEEEEEEEEEEEEEEEE……hehe..

      0

      0
    • comei says:

      colgate ni sudah jadi trademark.kalo nak suruh husband beli ubat gigi, mesti kata beli colgate.walhal nak beli jenama lain.huhu..seolah2 colgate bermaksud ubat gigi plak.

      0

      0
  2. PacoRabanne says:

    :)

    0

    0
  3. Ini baru beramal..hopefully the campaign will run successfully.

    0

    0
  4. roxannacash says:

    Bagus sungguh campain ni…kesian anak-2 yatim. Tahniah Colgate sesuatu cara yg baik untuk mengalakan umat Islam belajar berzakat…

    0

    0
  5. skunk2 says:

    huhh….lame benor tak tgk kartun nukilan ujang niehh……terbaiiikk la…

    0

    0
  6. […] Bulan Ramadhan ini semua orang berlumba-lumba buat kebajikan. Semuanya nak mengejar pahala berganda-ganda yang telah dijanjikan oleh Allah. Dan masa tengah-tengah surf Internet selepas sembahyang terawih, Abang Nara tertarik dengan cara Colgate mengajak kita semua membuat amal kebajikan di bulan … Continue reading → […]

    0

    0
  7. doublekill says:

    Alhamdulillah semoga Allah membalas dgn pahala yg melimpah kepada yg membuat amal bulan ramadhan nie..Amin

    0

    0
  8. none says:

    actually every time bulan puasa mmg colgate ada campaign ni

    0

    0
  9. Naeekhun says:

    sapu cat ke colgate tu ? 0_o

    0

    0