Agak kecoh juga kami mendengar berita bahawa Rozita Che Wan kini sedang hamil, mana tidaknya hampir semua orang di media sosial mengucapkan tahniah kepada beliau dan Zain.
Walaubagaimanapun, Che Ta menafikan perkara berkenaan. Semuanya berpunca gara-gara satu status yang dimuat naik oleh Che Ta di akaun Instagramnya. Jelas Che Ta, kapsyen tersebut tidak mempunyai sebarang makna.
Buat masa ini, Che Ta tidak mempunyai sebarang perancangan untuk  hamil memandangkan faktor usianya yang bukan muda lagi.
Tidaklah, mana ada saya hamil. Kapsyen yang ditulis di akaun Instagram sekadar suka-suka sahaja. Tidak tahu pula orang lain ambil serius.
Buat masa ini belum ada sebarang perancangan untuk tambah ahli keluarga. Lagipun usia saya bukannya muda lagi.
Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki, Ammar Effendy, 20, dan Aniq Ezzra, 18, hasil perkahwinan pertamanya.
Aaisyah Dhia Rana pula merupakan anak ketiga dan perempuan tunggal buat Che Ta hasil perkongsian hidup bersama pelakon Zain Saidin.
Baru nak merasa teruja yang Aaisyah bakal dapat adik bukan? Nampaknya Zain Saidin kena usaha lebih lagi untuk memujuk Che Ta untuk hamil lagi.Hehe..