Written by AbangNara | February 2nd, 2015

Satu ketika dahulu, nama Mamat dan kumpulan Exists memang tidak boleh dipisahkan. Lagu “Untukmu Ibu” nyanyian Mamat memang menusuk jiwa. Namun selepas satu persatu masalah yang menimpa Mamat, nama penyanyi itu makin pudar. Kata orang, kalau dah rezeki tak ke mana. Nama Mamat kembali disebut-sebut apabila mendapat tempat ketiga di dalam program Gegar Vaganza baru-baru ini. Pasti ramai yang terfikir inilah masa yang paling sesuai untuk Mamat kembali menyinar. Namun sayangnya, empunya badan kini hilang entah ke mana.
mamat gegarvaganza

Antara kisah hitam yang pernah menghantui Mamat ialah kes dadah, kehilangan isteri tercinta kerana kesilapan diri dan beberapa lagi kes yang pernah menggemparkan dunia hiburan satu ketika dahulu. Tidak memikirkan itu semua, komposer merangkap pengurus artis yang bernama Mie Kuarters telah menyelamatkan Mamat dan berusaha keras menaikkan namanya semula. Kemenangan Mamat di Gegar Vaganza adalah salah satu usaha daripada Mie Kuarters. Namun menurut Mie, selepas kejayaan tersebut, Mamat hilang entah ke mana. Kata Mie:-

Duit membuatkannya gelap mata, malah beberapa tawaran persembahan yang sudah diterima terpaksa dibatalkan kerana Mamat tidak dapat dihubungi. Jangan terlalu hidup dibayangi populariti kerana tidak selama-lamanya kita akan berada di atas. Mamat sepatutnya belajar daripada kesilapannya dan tidak mengulangi apa yang pernah dilaluinya.

Sepanjang setahun, sebelum muncul tempat ketiga Gegar Vaganza, Mamat menunjukkan displin yang baik. Namun semua berubah apabila wang berada dalam genggamannya. Saya marah kerana tindakan tidak matang Mamat membuatkan beberapa perancangan terganggu.

Saya memberinya bunga, tetapai Mamat meninggalkan ‘tahi’ yang membuatkan saya begitu kecewa.

mamat gegarvaganza

Sedih juga membaca keluhan Mie Kuarters ini. Iyerlah, penat kita berusaha nak pulihkan seseorang, tengok-tengok ini balasannya. Kalau tahu dari awal jadi begini, memang confirm buat tak tahu je. Apa pun diharap Mamat tidak menggunakan wang kemenangannya itu untuk kembali melakukan aktiviti lampau. Insaflah. Bukan senang peluang kedua sebegini hadir. Kalau kita taknak berubah, takkanlah orang lain mampu nak ubah diri kita. Tak gitu? Sumber Berita Harian.

P.S: LPT2 dibuka sepenuhnya hari ini.

35 responses to Mamat Gelap Mata Kerana Duit Selepas Gegar Vaganza

    • NADYA DANISH JANDA PEMALAS says:

      SAYANG LAH !!!
      MAMAT ZAMANI , SUME OTAI SUARA POWER KORANG DH KENAPA JD GINI ???

      TAK SAYANG NGN BAKAT N SUARA YG ALLAH BG KE ???
      HAIHHHH ,

      0

      0
      • batugiling detektif cari org ilang says:

        Hp masuk air kottttttt …. klu bnyk pekara nk kene slesai. Nape gi mana2 tak bgtau org. Menyusahkn org jerlah. Org dah booking dia nk nyanyi tp dia blh belahhhhh mcm tu je. Call x jawab2. Sian kwn dia sbb dah janji dgn org yg bg tawaran tu. Bayang2 mamat pon lenyap. Gi cari dlm gua batu ada tak?

        Lain kali jgn beri nama ank Mamat sbg gelaran = Maksud buruk tau.
        Ma = Plural , Mat = Mati.
        Jawapan = Mati Bnyk kali. Bukan BG suka2 tau. Ni ostad bg tau.

        0

        0
  1. neffs says:

    hohohohoh..menang RM15000 jer pun takkan sampai lupa diri dengan duit..tak tahu laa aku nak percaya sapa nie..? nara..mie kuarters ..atau mamat..? arghh..percaya tuhan lagi bagus hohohoh

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Kat melodi ada cakap, duit show dah ambik separuh… tapi mamat dah hilang… call pun tak angkat. Ni mesti lepas gian beli dadah.

    0

    0
  3. org singapore says:

    saya bukan nak butakan diri tapi org2 mcm gini seram untuk saya mempercayai kata kata janji untuk berubah. dah hitam, hitam jugak lah jadinya walaupun kita cuba untuk memutihkan balik. im not prejudist tapi ini juga dari pengalaman diri. once bitten twice shy.

    0

    0
  4. kakak tiri cinderella says:

    mamat2…sedar2 la..

    0

    0
  5. Liplap says:

    Kalau betul lah berita nikan…..lor 15k jer.??? Brp lama nak bertahan byk tu utk hidup zaman ni???adoiiii..

    0

    0
  6. Kiah Propa says:

    Mungkin die de alasan sendiri, kita sebagai manusia kena selalu bersangka baik..sama2 kita doa kan mamat, syg bakat yang ada disia-siakan…

    0

    0
  7. Poppy says:

    Ni jenis yang tak nak kerja,malas, tak fikir panjang. Asal ada duit, pejoli habis sakan tak ingat esok lusa.

    0

    0
  8. mawar says:

    mamat2.sian lahaiii aku tengok

    0

    0
  9. insan_biase says:

    Korg pikir lh ..mkin die bnyk hal yg nk kne selesaikan .. jgn nk fitnh org mcm2..pikir dlu sblom ckp

    0

    0
  10. peace says:

    korg kne pikir ..die tu ade tggungjwp ..mungkin ade bnde nk kne selesaikn..bnyk lgi kje die nk buat ..jgn fitnh sesuka hati..

    0

    0
  11. jalan yang lurus says:

    masa konsert gegar vaganza ni nak start, kesian gila aku tgk mamat ni. smpi aku doa dlm hati biar la dia menang dlm contest ni. ye la… sampai makan n empat tinggal tak menentu. alih2 kuar citer camni pulak. ikut suka kau la mamat

    0

    0
  12. bilakakjemahmenulis says:

    eleh 15 ribu pun boleh lupa diri. Allah baru test dengan 15k. Belom 15 juta

    0

    0
    • batugiling detektif cari org ilang says:

      Klu 15mil mamat trus gi Planet Marikh ataupon Pluto. Ilang trus tak balik2 bumi. Dia lupa diri yg dia adalah Manusia sbb 15 mil tu dia nak jd Alien dlm Avata plak. Hallucination and delusional disorder … causes ? … Paham2 sndri la.

      Tp manalah tau dia gi rehab centre nak Brubat …. kot2lah. Tp jgnlah nyusahkn org. Saper2 yg tau mamat ni kat mana2 sila hubungi kwn dia tu. Sian kwn tu. Agaknya kwn tu mesti kena marah dgn org yg dia ambik twrn tu.
      Mamatttttttt …… Manaaaaaa Kauuuuuuu. Cepattttttt balikkkkkk …. skian.

      0

      0
  13. Anonymous says:

    Jgn jadi hamba dadah.

    0

    0
  14. minah jambu tk suka scandal says:

    helo mamat 15ribu bukan nye banyakkkkkk kalau untok minah jambu dlm masa dua minggu dh tingal sikit dh duit yg 15ribu tu ….jangan menyusahkn orang yg mencari2 nk kasi u job tapi u menghilang ngan duit 15ribu tu huh ! jangan2 dia gi umrah takkkk ?

    0

    0
  15. megan says:

    Mamat ni kan suara mg power…dr dulu dah jadi penyanyi..mesti byk dpt duit dr show2 dulu tu. Klau Mamat ni org yg pandai manage atau fkir masa depan, mungkin skg dah jadi jutawan. Sbb artis ni kan kira byk duit gak dpat..tp kalau dok belanja utk kemewahan atau beli dadah..keseronokan tu sementara sj..Kang nanti tua, sakit xda simpanan nak beli duit perubatan baru time tu nak minta bantuan. Fkir lah utk masa depan..bg sy syg sangatlah bakat tu kalau dipersiakan..Mamat ni sbnarnya bleh pg jauh..smoga berubah ke arah kebaikan.

    0

    0
  16. jowo says:

    bagi org lain mungkin 15 ribu tu tak byk..bagi dia..yg mungkin dah lama tak nampak duit nyk tu, andaikatalah masih lagi dengan tabiat lama..ibarat durian runtuh..gelap mata ..apa pun dah tak ingat.dah biasa dengan sifat manusia yg terjebak dengan dadah.. tak payah la duit ribu2..10 hinggit nampak depan mata pun akan lesap jugak. tetapi mudah2 an jgnlah sampai macam tu ye mamat…..kuatkanlah hati

    0

    0
  17. kid says:

    Dia dpt duit 15k terus layan high tak ingat dunia.
    Aku memang tak minat dia ni dlm Gegar Vaganza hari tu. Memang masih jelas muka mat pit. Tak ikhlas langsung nak berubah. Nasib hari tu Ayai yg menang. Kalau Mamat yg menang. kompom terus high sampai kering dia dek duit sebanyak tu.

    0

    0
  18. mojo says:

    Lain kali jgn bagi bunga,hari tu artis bangla pun kes sama bagi bunga.kan dah dapat tahi.

    0

    0
  19. daisy says:

    Len kali jgn bg taik kt org mcm ni…bg jambqn je terus….huhuhu

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Baru je 15k … nampak sangat lama dah sangap duit. Kesian.

    0

    0
  21. sepaun says:

    DADAH musuh negara!

    0

    0
  22. piece says:

    aku tgok kebnykkn komen korg ni semua nya mengutuk, memfitnahlah …korg ptut bgi nasiht bkn nyee dgn cara mcm ni .. mne tau die bkk bnde ni die bace komen korg tkke lgi dia tertekn mungkin? humm aku hrp mamat kembali balik … i miss your voice .. kita doakan knlh dia supaya brubah ke arh lbih baik .. aminnn

    0

    0
  23. Cahya says:

    As salam. Sape kite utk judge org lain. Ye betul salah ape yg die buat tu. Tapi kite x tau ape yg jadi dkt die sebenarnye. Mungkin betul salah diri die sendiri yg menyebabkn die terjebak dgn dadah. Tpi bukan senang nak tinggalkan dunia tu. Ckp memg senang. Org yg pernah menagih je tau mcm mane sakit mcm mane susa nk tinggalkn ketagihan tu. Lagi2 dgn persepsi masyarakat, dgn persekitaran yg kadg2 mendorong utk hisap balik, dgn org2 yg kdg2 sebangsa menarik org lain utk terus menghisap semata-mata nakkan kemewahan diri sendiri. Jgn kite buruk sangka, caci, hina org lain. perkara yg sama bole terjadi keatas kwn2 & keluarga kite juga, hatta bole terjadi keatas diri kite juga. Kite cuba doakan yg terbaik utk die. Semoga die selamat, insaf, kuat, tabah utk lari dari ketagihan tu. Ingat, kite org islam ni semua bersaudara. Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kpd kite semua.

    0

    0
  24. […] menaikkan nama Mamat iaitu Mie telah memaklumkan yang penyanyi tersebut menghilangkan diri kerana gelap mata akibat duit yang dimenanginya dalam program GegarVaganza. Mamat telah ditahan polis 9 malam tadi, selepas ujian air kencing positif Amphetamine. Mamat […]

    0

    0
  25. Anonymous says:

    mat mana kau gentle

    0

    0
  26. Otai Rock says:

    hahaha mana ilang plk penyokong dia anzalna ku putih..tak nasihat dia ke cik kak oi..lu yg beria2 miant dia hari tu..hahahahaha

    0

    0
  27. jes..281174 says:

    Bertaubat lah mamat..

    0

    0
  28. jes..281174 says:

    Bertaubat lah mamat..

    0

    0
  29. jes..281174 says:

    Mamat……,sedar2 lah

    0

    0
  30. […] tempat ketiga di dalam pertandingan Gegar Vaganza. Namun begitu, pengurus Mamat yang bernama Mie Kuarters mendakwa penyanyi itu gelap mata akibat mempunyai wang yang banyak selepas pertandingan […]

    0

    0