Malaysia Juara Piala AFF Suzuki, Mari Kita Bergumbira ~~

Hiburan

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki, Mari Kita Bergumbira ~~

malaysia juara aff suzuki cup

Akhirnya Malaysia telah berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki sejak pertama kali piala ini dianjurkan. Jaringan gol Safee Sali ala-ala Fernando Torres menyebabkan sayap garuda Indonesia patah dan berkecai. Walaupun Indonesia menang 2-1 di tempat sendiri, keputusan agregat 4-2 bererti Malaysia bergelar juara.

Advertisement

Semoga kemenangan ini akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan bola sepak Malaysia. Kami sedang sakit tekak selepas berhempas pulas menjerit sepanjang perlawanan berlangsung. Teruskan kebangkitanmu wahai pasukan Harimau Malaya. Kami sentiasa di belakang anda.

Kepada rakyat Indonesia, jangan kecewa. Belajarlah menerima kekalahan. Jangan asyik salahkan orang lain sedangkan pasukan sendiri tak cukup bagus untuk bergelar juara.

By the way, tak nampak pulak laser daripada coli Julia Perez tadi. Kecewa jugak sebab tercarik-carik jugak dia. Yang nampak cuma Manohara je.

Hidup Malaysia! Hidup Malaysia! Hidup Malaysia!

Update: Jumaat cuti sempena kemenangan. Terima kasih Perdana Menteri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...