Written by Bella | August 15th, 2016

Gara-gara terasa hati dengan perkataan kasar yang dikatakan oleh penyanyi Nourul Wahab ketika membuat pesanan makanan menerusi telefon, seorang pekerja restoran makanan segera telah mendedahkan maklumat peribadi Nourul kepada lelaki-lelaki berhidung belang.

Nourul memberitahu, tindakan pekerja berkenaan telah mengakibatkan beliau menerima pelbagai mesej dan gangguan oleh beberapa orang lelaki yang gila seks.

Saya ada menghubungi sebuah restoran makanan segera untuk membuat pesanan, malangnya dia menjawap panggilan saya dengan nada yang tidak mesra dan secara tidak sengaja juga saya terkeluar satu perkataan yang agak kasar.

Selapas itu kira-kira 30 minit telefon saya mula dihubungi oleh orang yang gila seks dan mengajak saya ke hotel. Malah mereka juga menerima maklumat kononnya saya seorang janda.

Susulan perkara berkenaan, Nourul turut menjelaskan situasi yang berlaku kepada dirinya melalui akaun Facebooknya minggu lepas.

Menurut Nourul, pihak restoran segera tersebut telah tampil memohon maaf dan akan mengambil tindakan kepada pekerja terbabit.

Nourul merasakan tindakan tersebut agak melampau dan beliau sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada hari Jumaat lepas dan kini dalam perbincangan bersama peguamnya untuk membawa kes ini ke mahkamah.

Saya juga mengaku bahawa keluar satu perkataan yang tidak sepatutnya sehingga mengakibatkan pekerja itu marah. Tapi tidak sepatutnya dia menyebarkan nombor dan maklumat peribadi saya kepada pihak lain sehingga menimbulkan ancaman keselamatan

Saya buat laporan polis demi keselamatan saya kerana ada yang hubungi saya ugut yang bukan-bukan. Sekarang sedang kumpul bukti dan ikut nasihat peguam saya.

Jika dalam tempoh seminggu masih ada orang kacau saya tidak teragak-agak untuk bawa perkara ini ke mahkamah.

Dalam keadan marah kita mungkin tidak mampu untuk mengawal kata-kata yang keluar daripada mulut kita. Namun, sentiasa cuba untuk bersabar lebih-lebih lagi berurusan dengan mereka yang tidak dikenali secara atas talian. Manusia ini pelbagai ragamnya, kalau rasa sentap dan tidak puas hati, macam-macam perkara yang mereka boleh lakukan.

Sumber Berita : mStar Online

40 responses to Maklumat Peribadi Didedahkan : Nourul Wahab Diganggu Lelaki Gila Seks

  1. melati says:

    mungkin yg Gila Sex tu Buta kot…hihihi…!!

    0

    0
    • Akauntan jer says:

      My chinese boss selalu cakap walaupun customer tu teruk…. kita layan jer customer tu dengan baik. Sebab kita buat bisnes… tanpa customer x jalan lah bisnes. Budak pizza tu kalau owner pizza hut… confirm lingkup pizza hut….itu boss aku cakap. Boss aku cakap lagi… itu customer bukan tetamu yg datang rumah kita … kalau tetamu yg dtg rumah kita ckp buruk2 cam harem.. ko nak marah ker nak halau ker lantak ko lah.

      0

      0
  2. ii says:

    Org skrg banyak yg mental problem. Sikit2 nk bunuh, sikit2 nk sentap…itu je masalahnya..

    0

    0
  3. mawarGST says:

    knp tak cakap ape perkataan tu? sama2 marah,sama2 naik angin,sama2 terkesan… fair and square
    muahaha……………

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Macam mana bole konpemkan penyebar nom tu org yg amik order pizza??
    Kalau benar si dia.. amiklah tindakan sewajarnya.. tp kalau bukan dia? hurmm.. kesian kan x pepasai kene tuduh.

    0

    0
  5. seri says:

    Selama 4 tahun lebih Seri keja angkat call dgn satu bank ni…pelbagai gelagat customer kita jumpa.Ada yg cam cilake, ada yg baik gila. Tapi..kita kena sabar jelah…sebarkan no tepon tu sgt x professional.Tak amanah tu namanya dik….klau kat bank ni silap silap ko bocorkan customer’s info bole kena BAFIA taw.
    Pernah dulu Seri dapat customer yg maki kaw kaw…pastu the next day kawan Seri dapat call dari customer tu. Customer tu mintak maaf kat Seri..Tapi Nurul pon x perlu la kurang ajar pon…ala ko tu nak order pizza je kot kaka……….

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Betullah tu Seri,
      Tp pada abg la…. pmpn yg nak marah2 tak tentu pasal pada orang yg angkat call untuk order pizza lagi gila. Agak2 la… ko call dia nak order makan pastu ko maki hamun dia… seb baik tak jadi order kalau tak silap2 dia hantar pizza racun tikus.

      0

      0
    • Biskut says:

      Btul la tu…kalo kerja angkat2 tepon cmni terutama nya bhgn customer service ka pa, kena la thn jer telinga walau mcm mana pun kna maki customer. pg sebar maklumat customer tu dh pecah amanah n melanggar etika.

      0

      0
    • meow says:

      Hai Seri. nak citer pengalaman sy… sy pernah buat pinjaman peribadi dengan sebuah bank ni.. sy tak pernah buat personal loan dgn mana2 bank selain bank tu. agent pinjaman sy tu seorg lelaki..mcm lembut sikit. yg sy nak marah sgt ni, sejak sy buat pinjaman dgn dia tu, hampir setiap minggu sy dapat SMS drpd mcm2 agent bank tawarkan personal loan. hotak mu lah berapa ribu aku nak gali lobang dgn bank lain pulak??? sgt2 tak amanah… menyebarkan no telefon dan alamat pelanggan untuk kepentingan peribadi… kadang2 nombor personal call nak tawarkan personal loan. sgt2 menggangu la. ape2pun org2 yg bekerja dlm sector customer service, data dan maklumat pelanggan ni RAHSIA.. anda tak boleh sewenang2nya menjual client list kpd org lain. huhh

      0

      0
  6. mawar says:

    hanya kerna sepotong pizza….jadi isu selepas berita ipa roji’ah dpt datuk

    0

    0
  7. Anonymous says:

    hari ni aku g tapau mcd..order brekkie wrap sosej xnak hash brown air milo panas..apa yang aku dapat brekkie wrap dengan hash brown air milo sejuk..adik cashier tu kat sebelah aku je..lepas tengok cutomer belakang aku pun berulang2 kali repeat order aku tanya ‘adik, ko ni mamai ke?’ tapi dalam hati jela..lepas order siap aku amik terus belah..kesimpulannya benda yang tak setaraf masalah dunia let it go jela..buat pe nak pening kepala otak bergaduh

    #keranamulutbadanbinasa

    0

    0
    • bukan vvip says:

      sbb nya mungkin penat..kerja dalam restoran dengan jumpa mcm ragam pelanggan..lagi2 yang cerewet..kena tahan maki..alih2 kalo dpt waiter mcm ni..yg xtahan sabar..trima la ko..ko maki dia..dia bagi ko setimpal..jangan jadikan org keja mcm ni as hamba abdi..dia ada perasaan..org biasa gak..

      0

      0
  8. apeniapeniapeni says:

    i ni kan keje manage 1 restoran famous la juga. tak kira customer i artist ke, baju koyak ke, muka cantik ke, hodoh ke, kurus ke ape.. asal dia nak bejual beli, i akan make sure anak2 buah i yg kat restoren tu jaga mereka walau tak jadi beli. ini pizza hut worldwide service buat mcm ni? kalau kasi viral memang hancur lah nama pizza hut confirm di kaitkan ngan segala teori konspirasi (kan world wide) jual info alamat kita kat us.. adui adui

    0

    0
  9. Jep Sepahtu says:

    banyak pulak ceita masing2 kluar…

    0

    0
  10. Lady D says:

    Aku rasa kau bukak pekong sendiri…dah kau maki dia sape suruh…sabar2 lah sikit nak order pun…dia bukan robot…dia ada perasaan. Pekerja angkat call ni selalu jadi mangsa caci maki orng macam kau. Dasar!

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Pekerja sebar maklumat : salah. Tapi si Nurul ni pun sama je 2×5. Dari cara dia bercerita rasa macam dia yang over lebih macam nak buat order tu. Through phone memang senang nak terjadi salah faham sebab kekadang maybe orang tu penat, so tone of voice dia macam kasar padahal tak pun. And rasanya boleh try buat official complain kat pizza hut dulu kot, tak payah nak buat status dulu. Kalau dah buat and pizza hut pun dah ambil tindakan, then tak payah buat status. Motif?

    0

    0
  12. ntahlenakk says:

    comfirm ke sy sebar tu pekerja pizza? kalau silap kan dah jatuh fitnah. tp pelik kan, bab pakaian tak fikir plak im mother of three tp bila kena usik sikit baru pikir im a mother of three. hehehe

    0

    0
  13. sixcentsnonethericher says:

    Nak order pizza pun berlagak mcm Queen of England dah kenapa? Perangai tak semenggah, mmg mendapat la.

    Org lain order pizza, dapat pizza. Kau order pizza, dapat malu.

    0

    0
  14. Kopirtaim says:

    Ada satu pepatah omputih mengatakan: Kalau nak tahu karekter sebenar seseorang, tengok cara dia cakap dgn pelayan makanan dia (The Waiter Rule). Mana-mana yg tengah cari bakal laki/bakal bini tu hati-hatilah k. Kalau dia kurang sabar dengan waiter/salesgirl atau yg seumpamanya, take note dan lari la jauh-jauh.

    0

    0
  15. Ajaiiiiiiiii says:

    Nak tau je… apa “word yg you said to him” sampai info kena jaja tuuuu? Hihi

    0

    0
  16. Miss pengsan says:

    Tak abis2 la dia ni.byk isu.dr masa jd janda ajai.gaduh situ sini.pastu jadi mangsa panggilan lucah.pakai tu cer elok skit. Pastu tgk dia kat dlm bonda bonding tu nampak over skit.yg dia bgtau ada among mak2 yg kat sekolah masa anak dia kecik duk tya anak dia si ayu tu kenapa dia bercerai.takpayahla duk mention lagi.ni siap bgtau konon dia tau sape org tu n tak maafkan.siap kata bodoh lagi yg tya tu.tu dah mencerminkan perangai dia.jenis susah nak move on.kalau ko takut anak ko pressure sbb hal org duk tya dia pasal bercerai.better ko cek diri ko kola punca sape suh ko bercerai.bodoh.

    0

    0
  17. damai says:

    kdg we order on phone, dpt operator yg sakit down and the way they answer the phone and tonasi dia mungkin buat org jengkel. If i make a call and the operator answer mcm nak tak nak dgn tonasi x peramah, i will just tanya “sorry, yesterday you never get yea, no wonder the way you answer the phone this way really make me lost appetite” go and settle your problem before start work ok

    0

    0
  18. harley quinn says:

    mungkin budak pizza tu tak tahu yang no dia sebarkan tu no retis. sekali tau2 kne saman. tau cuakk. brenti keje trus tanam diri. kehkehkeh

    0

    0
  19. X says:

    Pizza Hut belum ada org saman lg,banyak rest yg masih kosong.apa lg semua…carilah lobang2 kosong utk buat duit mudah.agaknya.sapa yg sakit jiwa pun tak tau la…baq hang!.

    0

    0
  20. shi says:

    haritu mse order pizza y angkat call tu ok je.. y tukang hantar tu pulak y pelik2.. aku xabes ckp lg dah letak tepon.. mmg kurang ajar..

    0

    0
  21. clever girl pulau besar says:

    yg ko belagak diva kenapa? just becoz ko kawin french ko bole maki2? pekerja tu ntah2 dah 10jam keje end of shift so keletihan, ko tak leh tolak ansur ke? berape hengget sejam dia dpt berbanding dgn ko? kerek giler!!!

    0

    0
  22. Apom says:

    Lain kali nak order jgn ckp mcm bullet train. Cakap satu2 biar jelas org yg nak ambik order. Kalau call bomba pun kena bgtau slow2 bukan jerit saja bomba boleh terus sampai. Nak kena tanya lokasi. Nama. Alamat..tgh ok ka ada berdarah ka..apa nak buat dulu sebelum bomba sampai…vuvuvuvuvuu

    0

    0
  23. Roi says:

    Dah la…diorg tu pun byk yang keje sementara. Ada seminggu keje berenti. Maafkan je lah..mungkin dua2 salah..jadi sudah2 la.

    0

    0
  24. Mat Ronggeng says:

    The issue here…si Nourul keling penang ni yg berlagak macam bagus nak marah orang over the phone… you started it first… you reaped what you sow. Bimbo NO BRAIN….!!!

    0

    0
  25. anonymous says:

    asik2 citer jantan nak sex dengan dia ni…jantan mana ni?? takde taste ke apa??

    0

    0
  26. dina says:

    Sooooooo….pengajaran nye ialah:
    1- Jangan sombong
    2- Jangan keluar kata2 kesat atau maki orang
    3- Tak perlu aibkan orang lain di laman sosial
    4- Pakaian tu biar tutup aurat
    5- Belajar buat pizza sendiri.

    Sekian

    0

    0
  27. dina says:

    So pengajarannye ialah:
    1- Jangan sombong
    2- Jangan bercakap kasar, lucah atau memaki orang
    3- Pakaian kena sopan dan menutup aurat
    4- Jangan aibkan orang dan perbesar2 isu yang punca dari diri sendiri.
    5- Belajar buat pizza sendiri

    Sekian

    0

    0
  28. aha says:

    pizza hut ni mmg problem. byk la pengalaman tak best dgn pizza hut. yang paling aku ingat, pernah sekali dpt layanan teruk dekat satu kedai pizza hut . pastu bila komplen kat fb page pizza hut, boleh pula diorg delete. pastu bila post lagi sekali tanya kenapa delete? and then bila ada org lain sempat baca and komen, baru diorang sibuk tanya kenapa. Fb product yang amik byk franchisee ni rilek je layan semua komen orang.

    0

    0
    • Tarabambum says:

      Memang pizza hut servis teruk. Kat kl ke mana ke sama je teruk. Pengalaman sendiri huh… memang taknak dtg dah… sampai la dah tak pergi pizza hut

      0

      0
  29. akutakbuat says:

    dua2 pihak bodoh..yg budak pizza tu dah betul lah bangang, budak lagi..siap share detail customer to public against yr comp’s policy..sah2 tempah masalah dgn kebangangan tak tersurut..

    yg order pun bangang sbb tak fikir panjang nak maki org cos obviously ure a regular so they have yr details and definitely knew who u r eventho ure not famous..menempah tahap ketinggian bebal namanya tu..

    0

    0
  30. abc says:

    kalau malas nak kena verify nama, alamat, no tepon etc, order lah online..
    siap boleh online banking.. ni nak kne treat mcm agong sebab dia celebrity, memang tak lah..

    0

    0