Written by AbangNara | May 20th, 2014

Baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang peneroka Felda minggu lalu, timbul desas-desus bahawa perkahwinan Ruminah Sidek (Mak Mah) kali ini tidak direstui oleh anak-anaknya. Salah seorang daripada anak Mak Mah iaitu Adlin Aman Ramli yang menggelar bapa tiri barunya itu sebagai “suami baru mak” menimbulkan persoalan. Ditambah pula Adlin meninggalkan majlis yang masih meriah secara tergesa-gesa menguatkan lagi desas-desus itu.

mak mahMalah anak bongsu Mak Mah juga tidak hadir dipercayai kerana sebab peribadi dan tidak merestui perkahwinan tersebut. Namun Mak Mah menafikan desas-desus ini dan menganggap pihak tertentu sengaja menyebaarkan cerita berdasarkan tanggapan masing-masing yang tidak mengetahui hal sebenar. Kata Mak Mah menerusi Harian Metro:-

Memang anak bongsu tak datang sebab dia jauh. Kalau mengenai Adlin itu, kata-katanya yang menganggap Al Fatah sebagai suami saya dan bukan bapa tirinya, dia tidak bermaksud begitu.

Lagi pun, apa yang orang cakap hanya berdasarkan apa yang mereka nampak atau dengar mengenai majlis. Orang luar tak tahu cerita sebenar pun.

mak mah

Hmmmm. Restu atau tidak, perkahwinan ini telah sah dan Mak Mah kini adalah isteri kepada Al Fatah. Nak tak nak anak-anak Mak Mah kenalah belajar menerima kehidupan “ayah baru”. Apa pun diharap perkara ini tidak betul dan perkahwinan Mak Mah direstui oleh semua pihak terutamanya anak-anak Mak Mah sendiri. Semoga Mak Mah berbahagia bersama suami tercinta.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 responses to Mak Mah Nafi Perkahwinan Tidak Direstui Oleh Anak-Anak

  1. Bulat says:

    Der gak perasan dlm melodi aritu gaya Adlin cam kurang selesa bile Emylda kate ayah baru.. Apepun harap mak mah bahagia dengan pasangan hidup baru.. Jodoh tuu rahsia Allah… semua manusia ada nafsu dan keinginan berpasangan.. doakan yang terbaik buat mak mah..

    0

    0
    • anak mak says:

      Betik tua dgn pisang ranum…..sapa suka?

      0

      0
      • jah says:

        Biasa la, umur2 depa tu nak khwin bkn sekadar utk bersama tetapi ingin mempunyai teman utk berbicara dan menjaga mkn minum.

        0

        0
        • Silvia Suntos says:

          orang tua sunyi mungkin. restukan aja lah. anak2 pun macam tak de otak.

          0

          0
        • K.A.A says:

          adlin tu pon kadang2 mmg cara dia ckp mmg begitu..

          0

          0
        • Olga says:

          mana Rizman Ruzaini? Pak Abu? Pak Engku? Rafflesia? Jimmy Choo? semua?? knp x nak sponsor majlis perkahwinan Mak Mah ni?
          Mak Mah pun teringin nak bergaya seperti Che Ta dgn majlis bernilai 13 juta! knp Astro xde buat live telecas majlis dorang? xde buat episod khas Wlimatul Urus Mak Mah & Peneroka Pelda ke?

          0

          0
        • Tahniah & Slmt Pengantin Baru.. says:

          TAHNIAH MAK MAH & SUAMI … Jodoh hingga ke Syurga Firdausi…
          @ jah @ Bulat @Olga Terbaikkkkkkkkkk …..
          Syurga Ank lelaki bwh telapak kaki Ibu …
          Syurga Anak Perempuan di bwh telapak kaki Ibu.
          Syurga Isteri atas Ketaatan mengikut Syariaat & Keredhaan suami terhdp dirinya.
          Tak kiralah sesiapa pun masing masing ada tugas yg di beri iaitu Tunaikn IBADAH. Jd tunaikan tanggungjwb sbg Hamba yg Hina lg Kerdil kerana ia Perintah Allah swt. Selamat kita dunia akhrat. Selamatlah Jiwa2 yg tenang dr azab api neraka di akhrt.

          Cinta Agung Penyerahan Jiwa Raga Scra Total hnya kpd Allah Swt yg Maha Esa.
          Cinta kpd Rasulullah Saw tiada tandingan & melebihi dr hamba2 & makhluk di Dunia yg Fana ini.
          Cinta kpd Ibu bapa bw ke Syurga.
          Cinta Suami Isteri buat Peneman di Syurga
          Cinta sesama Saudara Seislam membw Keberkatan & Kerahmatan dr Allah Swt bg seluruh Umat Islam. Allah swt suka org yg berkasih sayang.
          Cinta kpd Bf & Gf tunggu jer lps Nikah.. rasa sayang fitrah tp klu sampai maksiat. Itu bkn Cinta ITU NAFSU. Letakkan 1 jari ats api, rasa2 sanggup tak?. Sekian. Walallahu a’lam.

          0

          0
      • mutiara says:

        orang tua biasanya kalau kawen lagi di usia begini sebab sunyi nak teman je..ada naka2, cucu tak same dengan teman sebagai suami.

        0

        0
    • Bedah says:

      Biarlah Mak Mah berbahagia menghabiskan sisa hidup berteman.. Kesian org tua2 ni.. Anak2 bukan selalu ada mengadap Mak.. Org tua2 kawen pon sebab diaorg nak peneman…

      0

      0
      • Anak Dara Tua Optimistik says:

        Betul tu. Companionship itulah kata kuncinya. Aku ni pun di kala nak mencecah umo 40 teringin sangat nak menghabiskan sisa hidup berteman. Eh. Tetiba.

        0

        0
    • mimi says:

      Ada kenal sorang makcik ni, perkahwinan gagal tapi dia tak serik kahwin lagi walaupun org mengata sebab dia kata besarnya pahala wanita yang berkahwin. Senyum dekat suami pun dapat pahala. rugi tak rebut pahala tu,

      0

      0
  2. Baby AA says:

    kesian nyer….

    0

    0
  3. unka says:

    orgtua pon berhak utk merasa bahagia ……..

    0

    0
  4. nice says:

    semoga berbahagia hingga akhir hayat !
    ala ape salahnye mak mah nak kahwin,jodoh ajal maut semua dah ditentukan,siapala kita nak halang..lagipun mak mah tu kan manusia,ada perasaan ada keinginan, biarla dia nak rasa bahagia dlm dunia ni..doakan yang baik2 ye anak2 tuk parents kita :)

    0

    0
  5. sentap says:

    biarlah mak mah kawen. dye nak bteman. anak2 bukan ade 24jam nk teman mak mah kan. adat org tuwe..awk2 tu sume pon bakal jadik org tuwe.. tu pon kalu sempat mrase. ingat janji Allah. mati tu pasti.

    0

    0
  6. kami says:

    apa perasaanya bila anak-anak tak restu? selalunya parent tak restu plihan anak-anak dan berkeras.tp bila turn parent.. ntahlahhh nakk

    0

    0
  7. nsi says:

    Org tua pon mcm org muda jgk…nk kn peneman hidup..peneman org tua bkn tujuan nk enjoy2 tp lbh kpd peneman d kala sunyi sepi..selain itu org tua hatinya sensitif..bila hati trguris mrk lbh selesa utk luahkn kpd pasangannya brbanding dgn anak2 nya…walaupun ada ramai anak yg blh mnjaga tp naluri hidup brteman tu pasti ada n kita sbg anak seharusnya merelakan apa yg brlaku klu itu blh mmbhgiakan mrk…mrk bhgia kita sbg anak2 pon akn turut bhgia..yg paling penting adlh sntiasa mndoakan mrk dunia akhirat..maaf, ini pandangan sy secara general…

    0

    0
    • kami says:

      kan..betul tu. cuma ak still wonder kenapa mak ayah takleh berfikiran cam anak2 ni.macam kau cakap.doakan dunia akhirat.nk peneman semua. nowadays punya parent pandang segala benda. ke sebab parent da tua..da takde future sangat so boleh laaaa kawen sapepon..

      0

      0
  8. nok gebuzzz says:

    biar la org tua nak kawin….mungkin tu peneman dy masa anak2 sibuk,yg penting niat….

    0

    0
  9. bilakakjemahmenulis says:

    redhakan lah kalau mak ayah kita satu hari nanti nak kahwin lain walaupun bila dah usia lanjut. sunyi dia mana la kita yang anak anak boleh nak tutup. peneman tidur, peneman makan, peneman borak.

    0

    0
  10. mak enon says:

    susunan ayat nara macam ayat dalam paper hari ni….wartawan paper tersebut narakah?

    0

    0
  11. jemi says:

    aku ada masa kenduri mak mah tu. mmg muka adlin nampak x happy.

    0

    0
  12. ahh says:

    bagus la…inilah indah nya perkahwinan…. kalau suaminya maafkan dia segala dosa… syurga menanti dia.. amin..
    semoga berbahagia….

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Warga emas berkahwin bukan kerana nafsu tetapi mereka lebih memerlukan teman . Kebanyakan anak2 hanya pandai komen tetapi tidak memahami perasaan mereka. Kalau boleh mereka tidak mahu membebankan anak2 untuk menjaga mereka. Kalau Mak Mah tak kawin sanggup kah Adlin dan adik beradik yang lain menjaga Mak Mah hingga ke akhir hayat. Ambil berat tentang sakit pening dia dan makan minum dia. Anak2 sendiri sebuk dengan urusan peribadi masing2. Mak Mah bukannya berkahwin dengan lelaki muda atau suami orang seperti Wan Maimunah di mana memang patut anak2 marah. Tapi dia berkahwin dengan warga emas juga . Sebaya pulak tu. Apa salahnya dia menghabiskan sisa2 hidup dia happy dan bahagia jatuh cinta lagi. Doa kan la semoga mereka bahagia.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Kenapa anak2 nak marah. Patutnya happy sebab dah ada orang yang sanggup jaga mak mereka. Orang2 tua ni badan je berkedut2 tapi hati dan naluri mereka tetap sama macam orang2 muda. Mereka juga punya keinginan untuk jatuh cinta lagi. Apa salahnya mereka bercinta lagi. Best tau kalau jatuh cinta… Mandi tak basah , makan tak kenyang. Asyik teringat si dia je.

    Kalau mak mah kawin dengan orang muda macam si Abby Abadi atau dengan laki orang dan lebih muda macam wan maimunah , memang patut la anak2 bising. Ini mereka pasangan yang perfect couple. Sama2 tua, sama2 tak ada gigi, sama2 dah kawin banyak kali , sama2 ada anak dan cucu banyak. Kan sepadan namanya. Ok la tu….

    0

    0
  15. bia says:

    Mak nk kawin x perlu restu anak. Sbgai anak kita doakan kebahagiaan , kesihatan dan pahala syurga utk mak.
    Tiap org Nk bahagia. In this case, mak mah Nk ada peneman. Bole sembang & mkn bersama. Anak2 klu x bole teman mak mkn minum, kuar jalan, & sembang tiap hari, jgn halang mak Klu mak kawin utk Ada org buat sumer tu dgn dia.

    0

    0
  16. Audrey Hepburn says:

    Lantak la diorang kahwin. Mereka hanya mahukan teman di saat-saat akhir usia ni. Bila berpasangan, ada teman nak berbual, makan sama-sama. Hati tu terisi dengan adanya teman hidup. Benda ni benda halal. Apa yang nak difitnah ni. Tolong la masyarakat Malaysia. Tolong la. Bukalah minda anda.

    0

    0
  17. 69 says:

    “Awk kwin boleh??awk nk sy bjang sampai mati”
    Ade org leh jga dn temankn mak awk..
    Mak mah pn xnk ssahkn ank2 dia.

    0

    0
  18. nina says:

    pernah alami situasi begini.awalnye saye tak restu ayah kahwin lain tp lama2 ok je.dieorang nk berteman.sebelum kahwin ayah tak ceria lepas mak meninggal,skarang dah ade wife baru ayah nampak ceria n jarang sakit….saye happy sgt…semoga mak mah pun bertambah ceria dgn husb baru

    0

    0
  19. anon says:

    Bila tua selalu kesunyian sb anak2 selalunya sibok dgn hal masing2 sehingga tak sedar mak/bapak dia org rase terabai & kesunyian. Org2 tua kawin kerana nak teman, takde lah duk sorang2 menunggu hari mati. Bagus betol pengomen2 hari ni….agaknya dia org ni peminat mak mah. Kalau dgn raja azmi (walaupun lbh muda), siap kene kutuk…..mcm2 tuduhan dilemparkan.

    0

    0
  20. Shaklee says:

    smoga mak mah sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang

    0

    0
  21. ungu purple says:

    baju kawen dia cantik. adore gler baju nikah Mak Mah.
    semoga berkekalan hingga ke Jannah..

    0

    0
  22. bunga says:

    my mom ibu tunggal 7 anak selepas arwah ayah meninggal….alhamdulillah skang da ada yang sanggup menjaga die kami adik beradik tumpang bahagia.x kisah die nk kawin ngan sape janji die bahagia bersyukur tak terhingga.walau kami jauh in case ada ape2 kami x risau lagi ada ayah yang boleh diharap.buat ayah baru kami walaupon ayah bukan ayah kandung kami dah anggap ayah cam ayah kami sdri.

    0

    0
  23. kak wok says:

    meriah wey kenduri mak mah…siap nikah live kat nasi lemak kopi 0…

    0

    0
  24. okay aper mak mah kawen…anak2 smua bz memanjang msti dia boring x berteman…baik dia kawen…ada gak peneman sehidup semati…Semoga kekal bahagia hingga ke syurga buat mak mah & suami…amin ;)

    0

    0
  25. Mdm Poppy says:

    Ada anak suka, ada anak yg tak suka. Yg tak suka maybe sebb tak sanggup kongsi kasih sayang mak dgn org lain apalagi if arwah bapa dia sblm ni seorg yg baik hati penuh kasih syg . Iyalah cthnyer kalau kat family lama2 ni ada lapan org tertiba jadi sembilan. Yg ke sembilan ni dia org rasa mcm alien jer. Hakikatnya bukan semua anak -anak rela even bapa tiri tu just jadi teman bicara & tukang garu blakang mak dier. Cucu kan ada…

    0

    0
  26. anak says:

    Biarlah dia habiskan sisa2 hidupnya dengan rasa bahagia. semua org ada hak utk bahagia. Klu anak2 ada perasaan cintancintun, apa salah dia bercinta lg. separuah umurnya dihabiskan dgn berlakon dan mmbesarkn ank2.. skrg ank yg bungsu pun dah kawin jd apa salah dia pula merasa bahagia. ptg2 ada teman minum petang.. ada teman diner, teman lunch, ada teman borak2 sebelum tdo. anak2 mmg tk mampu nk buat 24 jam mcm tu utk ibu. semua sibuk dgn pasangan masing2. jd biarlh dia merasa bahagia.

    0

    0
  27. maria says:

    tak kesah la anak marah ke tak (gossip ni pun belum tentu betul), saya cuma nak ucap pada Mak Mah dan suami “SELAMAT PENGANTIN BARU, SELAMAT BERBAHAGIA HINGGA JANNAH”, insyaAllah..

    0

    0
  28. Nini says:

    Mak mah jauh lebih tulen dan jujur. daripada ada bini orang dah umor 50an perasan muda dok gatal bercinta dengan laki orang pastu ayat2 cinta kalah remaja belasan tahun. eloklah mak mah kawen …lepas ni setan menangis melihat terbinanya mahligai daripada setan dok mengilai berdekah2 tengok pak aji laki orang bercinta ngan nenek bini orang yang perasan muda..tahniah buat mak mah dan kapel yg perasan muda tu korang agak2lah tempat korang sok kat mana yer….

    0

    0
  29. Anonymous says:

    Bila seorang ibu atau ayah nak kawin lagi, ada je anak2 yang bising dan marah. Tapi bila orang tua mereka sakit suruh jaga , macam2 alasan mereka kasi. Ada tu sampai bergaduh dan berkecil2 hati sesama adik beradik. Masing2 cuba elak nak jaga orang tua. Kasi alasan sebuk bekerja la. Duduk jauh la dan macam2 alasan lagi. Si Adlin tu nak marah pada mak mah kawin kenapa.? Selama ni dia ke yang jaga makan minum sakit pening mak mah tu? Kalau dah gitu perangai anak2, biarla orang tua mereka kawin aje. Tak la menyusahkan anak2 nak menjaganya. Mereka pun ada hati, perasaan dan keinginan untuk bercinta lagi. Mereka semakin happy sebab ada kawan bercakap dan melakukan aktiviti seharian bersama. Tak la sunyi. Yang penting dapat share polident bersama.

    0

    0
  30. hamba Allah says:

    saper la bawak cerita kata anak2 mak mah tak restu … bff saya anak mak mah … ader jer gambar famili diorang bergambar ngan pengantin and adlin ngan melda pown ader … tak baik betul org yg bwk cerita nie

    0

    0
  31. poi says:

    kalo ye pon nak kawin, nikah jer la. tak payah la sanding bagai. kalau aku jadi anak dia p[on aku malu. lagi2 org ternama. hmm

    0

    0
  32. abe wo says:

    Cinta itu anugerah allah. Tak kira usia.
    Mak mah juga berhak utk bhgia. Bhgia bersama anak2 tak sama dgn bhgia dgn suami tercinta.

    0

    0
  33. ARZU says:

    Anak-anak bukan tak restu atau tak suka.
    cuma yg menjadi isu ialah lokasi / rumah suami mak mah yg terletak di N9. agak jauh utk mak mah berulang KL-N9.
    sebab mak mah dah berusia. mana larat nak berulang alik dah. korang org luar mmg tak akan faham isu anak beranak. bukan tak bagi kawin.

    0

    0
  34. ssssss says:

    aku pun tgk melodi tu..agak kurang ajar aflin ckp mcm tu….sekurang2nye mak mak ade gak peneman…

    0

    0