Mak Mah Nafi Perkahwinan Tidak Direstui Oleh Anak-Anak

Hiburan

Mak Mah Nafi Perkahwinan Tidak Direstui Oleh Anak-Anak

Baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang peneroka Felda minggu lalu, timbul desas-desus bahawa perkahwinan Ruminah Sidek (Mak Mah) kali ini tidak direstui oleh anak-anaknya. Salah seorang daripada anak Mak Mah iaitu Adlin Aman Ramli yang menggelar bapa tiri barunya itu sebagai “suami baru mak” menimbulkan persoalan. Ditambah pula Adlin meninggalkan majlis yang masih meriah secara tergesa-gesa menguatkan lagi desas-desus itu.

mak mahMalah anak bongsu Mak Mah juga tidak hadir dipercayai kerana sebab peribadi dan tidak merestui perkahwinan tersebut. Namun Mak Mah menafikan desas-desus ini dan menganggap pihak tertentu sengaja menyebaarkan cerita berdasarkan tanggapan masing-masing yang tidak mengetahui hal sebenar. Kata Mak Mah menerusi Harian Metro:-

Advertisement

Memang anak bongsu tak datang sebab dia jauh. Kalau mengenai Adlin itu, kata-katanya yang menganggap Al Fatah sebagai suami saya dan bukan bapa tirinya, dia tidak bermaksud begitu.

Lagi pun, apa yang orang cakap hanya berdasarkan apa yang mereka nampak atau dengar mengenai majlis. Orang luar tak tahu cerita sebenar pun.

mak mah

Hmmmm. Restu atau tidak, perkahwinan ini telah sah dan Mak Mah kini adalah isteri kepada Al Fatah. Nak tak nak anak-anak Mak Mah kenalah belajar menerima kehidupan “ayah baru”. Apa pun diharap perkara ini tidak betul dan perkahwinan Mak Mah direstui oleh semua pihak terutamanya anak-anak Mak Mah sendiri. Semoga Mak Mah berbahagia bersama suami tercinta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...