Written by serenity | December 22nd, 2014

Agak mengejutkan juga apabila bapa kepada pelakon Yaya Maembong, Ismail Embong, 66, hari ini telah mengecam majlis perkahwinan anak perempuannya itu dengan pelakon Wan Raja kerana menyisihkan dia sebagai seorang bapa melalui laporan mStar Online.

 

 photo m_p16Dragon.jpg

– Gambar The Star

Ismail meluahkan rasa tidak puas hati kerana pasangan tersebut membazir untuk perkahwinan mereka termasuk mengadakan upacara berinai yang tidak diizinkan untuk diadakan olehnya kerana bercanggah dengan ajaran agamanya sebagai seorang Islam. Katanya melalui Facebook:

Kalau diminta izin, saya tetap haramkan majlis itu (malam berinai) kerana ini bercanggah degan agama saya anuti. Tambah pula, berbagai kritikan diterima, termasuk saya dihina tanpa sebab kerana kononnya ini ritual saya izinkan.

Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 38, dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, bernikah di Masjid Al-Redhuan Hulu Klang pada 12 Disember dengan sekali lafaz.

Majlis resepsi persandingan telah diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dua hari kemudian. Yaya adalah kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong dan Chacha Maembong.

Dalam pada itu Ismail menerusi status Facebook yang sama menjelaskan, dia terkejut ketika berkunjung ke rumah Yaya di Bukti Antarabangsa dekat sini pada 10 Disember lalu iaitu dua hari sebelum anaknya bernikah apabila mendapati pasangan berkenaan mengadakan malam berinai.


Ismail juga kecewa kerana Yaya dikatakan meminta tiga beradiknya, Popo, Chacha serta seorang orang kelainan upaya (OKU) iaitu Amad. yang tinggal bersamanya untuk keluar dari rumah itu kerana dia berhasrat tinggal di kediaman berkenaan dengan Wan Raja selepas berumah tangga.

Berderai juga perasaan saya kerana Amad yang berkerusi roda terpaksa menaiki lif kerana kini mereka terpaksa tinggal di rumah flat.

Keluarga Wan Raja enggan memberi komen berkenaan perkara itu manakala Wan Raja menganggap punca sebenar ayah mertuanya bertindak demikian ialah kerana tiada siapa mengaturkan persiapannya untuk ke upacara akad nikah.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kesemua anak-anak Ismail khabarnya ketika itu sibuk dengan hal masing-masing hingga tidak mempersiapkan ayah mereka untuk hadir ke majlis tersebut.

Saya tahu dia marah kerana tidak ada siapa yang buat persiapan untuk membawa ke majlis akad nikah kerana Yaya ketika itu sibuk malah adik-beradik yang lain ada penggambaran dan hal masing-masing.

Saya tahu ia mungkin salah kami juga.

Dalam pada itu, Wan Raja menjelaskan majlis malam berinai yang diadakan oleh isterinya sebelum pernikahan sebenarnya dilakukan secara tertutup sahaja.

Tambahnya, perkara itu dirancang oleh adik-beradik isterinya yang mahu meraikan perkahwinan tersebut.

Saya tidak masuk campur hal majlis berinai itu kerana ia adalah idea Yaya dan adik beradik dia lain. Saya datang pun sebab singgah selepas habis penggambaran.

Saya tidak tahu hal itu menimbulkan kemarahan bapanya, tetapi sebelum ini ada juga adik beradik dia yang buat majlis berinai, tiada apa-apa masalah pun.

Wan Raja tidak mahu mengeruhkan keadaan dan turut menafikan yang Yaya telah menghalau adik beradiknya keluar dari rumah tersebut bagi membolehkan mereka tinggal bersama, malah keputusan untuk berpindah ke rumah lain adalah keputusan yang dibuat oleh adik-beradik berkenaan sendiri.

Yaya menangis membaca status FB bapanya kerana dia tidak pernah menghalau adik-adiknya malah kami tidak kisah tinggal bersama. Tetapi mereka bertiga yang tetap mahu keluar tinggal di rumah baru itu.”

Inilah yang dikatakan orang rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi.

Apa pun kita berharap agar pertelingkahan keluarga ini berakhir dengan baik. Yang penting, sama-sama kita ambil iktibar untuk menjaga hati bapa  pada hari yang penting seperti majlis perkahwinan memandangkan dia ialah wali pernikahan, tak gitu?

83 responses to Majlis Perkahwinan Yaya Maembong Dan Wan Raja Membazir – Bapa Yaya, Ismail Embong

  1. nok gebuzzz says:

    pelik jer…bukan sebelum nak mengadakan majlis kena bincang dulu ke,mcm mana pulak boleh timbul isu mcm ni….ada yg tak tau pulak….heran2

    0

    0
    • boi says:

      ZAMAN sekarang . mak bapa bilang duduk , anak tetap mahu berdiri ;) kesian ayah dia . dia tak mau macam tu tapi anak pula yang bekeras gila grand .

      0

      0
      • mutiara says:

        kesiannya..bila ayah kata’ berderai perasaan..’ kira derhaka dah ko anak..

        0

        0
        • Anonymous says:

          tak faham, kenapa yaya ni yg jaga adik dia amad tu, chacha ngan popo?? nape bapak dia x jaga anak dia amad tu??? ni la masalahnye bila keluarga bercerai berai, anak sekolah sampai pmr dibiarkan, bila anak jd derhaka bila dh besar salahkan anak2.. mak dia pulak keje ape, buat ape? nape tak jaga anak kurang upaya tu??

          0

          0
        • mutiara says:

          cik anon..kita neh tak tau cite sebenar.
          ntah2 ayah die yg belikan rumah tu..
          ntah2 memang yaya yg setuju pada mulanya nak jaga adik2 die.
          kalau adik beradik boleh jaga tak perlu lah harapkan ayah. ayah pon dah tua, tak kawen laen pulak tu.
          lagipon ayah die bukan abaikan pon anak2..
          kalau anak2 tak nak belajar tak boleh jugak paksa, asalkan anak2 berjaya

          0

          0
        • Anonymous says:

          ye ke ayah dia yg belikan rumah tu? plus anak2 sentiasa jd tjawab ayah tp ayah dia? hurmmm.. ko pun xleh nak tuduh yaya tu anak derhaka sbb ko pun xtau cerita sebenar…. anak2 xnak belajar takleh paksa ye?? bagus la jd mak ayah mcm ni…

          1

          0
        • mutiara says:

          memang derhaka pon

          0

          0
        • Anonymous says:

          bab menfitnah bg la kt ko, fitnah jakim makan suap, ni fitnah org anak derhaka pulak. mereput la ko di neraka mutiara.. hahahah

          0

          0
        • lulu says:

          mutiara ni mmg celaka pun, kutuk org tak abis2, bapak aku keje jakim, nnt kat akhirat jgn lupa merangkak cari bapak aku.

          0

          0
        • Anonymous says:

          mashaaAllah, kesiannya kak yaya. hidup dengan dia bertahun, dia bukan jenis orang yang selfish. janganlah tambah benda2 yang meyakitkan hati mana2 pihak lagi. kesian kat dia tengah nak happy2 jadi pengantin baru.

          0

          0
    • Tipah Kurma says:

      kan dia cakap dia tak setuju dgn majlis berinai..

      0

      0
      • kaka says:

        haah die ckp die x bersetuju dgn majlis mlm berinai..
        ank2 x de ms nak siapkan ayah???
        macam2..menantu die yg sibuk menjawab tu knp?
        bior le c yaya tu yg jwb..nyibuk jer menantu konon nak
        perbetulkan keadaan ler tu…

        0

        0
        • mutiara says:

          haah..seeloknya menaru dok diam dulu.
          neh sebok nak jadi jurucakap.
          ini hal anak beranak..ko pon baru je jadi menantu.
          macam sesuatu kat situ, lebih2 pulak die

          0

          0
        • Anonymous says:

          fyi mutiara, lepas kahwin tjawab isteri dah jatuh pada suami, jadinya suami dia berhak utk jwb bg pihak isteri dia. aku tak side sape2, tapi if ko dah kahwin, ayah ko dah xde hak atas anak perempuan.. tolonglah jgn pertikai bende mengarut.

          0

          0
        • mutiara says:

          hek eleh macam ko sorang tau tanggungjawab tak payah fyi2 sgt lah.
          memang betol pon, sepatotnya menantu tu diam dulu..bukan campur tangan dan banyak cakap. tu bukan tanggungjawab, tu menyebok aka macam die tau sgt masalahnya sebab tu die jawab..anak2 die tak jawab ape pon tetibe orang luar jawab kan. fyi, kalau menatu sekalipon, kira org luar

          0

          0
        • Anonymous says:

          cik anon, boleh bgtau dalam al-quran which page yg cakap once anak perempuan dah kawin, mak ayah dah hilang hak terus ke atas mereka? rasa mcm x pernah jumpa lagi.. if ada boleh share tak?

          0

          0
        • Anonymous says:

          apsal pulak bukan tjwab dia, dh bini dia, tjawab dia la nak jwb, ko ni andartu ke ape? tak tau tjawab laki? dah jadi suami, org luar ape lagi??

          anon, tolong bgtau aku kat page mana alquran yang kata hak anak perempuan masih terletak pada mak ayah selepas berkahwin? pls pegi kursus kahwin dan jgn tido dlm kelas.

          kalau suami buat bodoh, maknanye dayus la suami dia, lagipun bkn suami dia kutuk pak mertua dia ke ape. mak ayah masa tgh punya hak atas anak perempuan, silalah jaga betul2, jgn biar je anak jd yg bukan2 bila dah jd mcm ni baru nak tunjuk kuasa, dia dh ade laki, biar la laki dia plak tanggung dosa dia, nak kecoh ape lagi. lantak la dia nak tunggang ke tebalik, klu nak halang dia buat dosa, sebelum tu lagi dah kuar paper, saya marah anak saya tak tutup aurat, bkn marah buat majlis berinai..

          dan pls la, yaya maembong ni sape pun, xpenah aku tgk dia belakon, kecoh lebih…

          0

          0
        • Tipah Kurma says:

          anon bawak fahaman Milah Abraham..

          0

          0
        • Anonymous says:

          Alamak Tipah takut kita baca komen awk ….
          Takutlah Ajaran sesat ….
          Mcm mana boleh terlepas kat sini ke ? ..

          0

          0
  2. LESONG says:

    si yaya ni dah tua bangka tp prangai melebih lebih mcm bdk2.
    kot klau cantik takpe gak.
    soiiiii!

    kesian si bapak.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Dah umur 38 rupernya patutlah pengantin pompan nampak tua tapi laki dia masih maintain nampak muda and hensem

      0

      0
  3. yana says:

    Bkn mungkin salah kami ttp memang salah kami merupakan ayat y lebih tepat. Kau nak nikah nak bapak kau jd wali tp biar org tua 2 terpinga2 x tahu ape2.sape x marah time nak cr time x nak biar

    0

    0
    • Anonymous says:

      ok…saya amat terpaling tersangatt lah setuju ngan miss yana ni…..kawen bukan bab men2….wali tu salah satu rukun nikah…bukan sesuka hati je nak pakai wali hakim…kena cari bapa sedaya upaya dulu…kalau mmg betul x jumpe akibat terpisah….baru ikhtiar….kawen jgn main2…x sah nanti…

      0

      0
  4. kaka says:

    PULAK DAH…
    INI YG DIKATAKAN RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI…

    0

    0
  5. aku laa tu says:

    bukan ke bapak yg jadi wali..kenape xtau pulak anak nikah kt mane…

    0

    0
  6. Anon says:

    weii majlis punya lah grand yg sudah tentu ambik masa nk buat persiapan, tp bapa yg hanya seorang kau blh trtinggal ? ada betol ke, bukan masa akad nikah bapa kandung perempuan wajib ada ke? benda lagha kau utamakan, wali (bapa sendiri) yg wajib tak diutamakan.

    1

    0
    • sarabanon says:

      sorry to say la..pmpn x educated cmtu la..tak pikir jauh..kemon la..si emma duk pung pang urban sangat tu, xkan bapak pn bole x hengat nak siap..ko adik bradik sibuk mekup baju grand bagai..aptb

      0

      0
    • siti says:

      bapa dia tak tahu majlis berinai lah, bukan kahwin

      0

      0
      • yelahtu says:

        bukan main kat sini pon kau multinick kan bajet2 jadi org yg lain2 komen benda yg provokatif je. kesian

        0

        1
  7. melati says:

    ape bende la pakcik ni oiii.nk publisiti murahan ke mcm mane ni..yg tibe2 nk naik statement mcm ni. motif sangat.biar la dia nk buat ape pun.janji pakai duit dia.ni la susah bile bapak xfaham anak

    0

    0
    • LESONG says:

      oii kepala hotak ko la.
      klau takde si bapak…tak kawin si yaya tu ko tahu tak.
      dasar anak derhaka jugak kot ko ni.

      *ludah kat muke ko*

      0

      0
    • mutiara says:

      nanti ko pon buatlah kat ayah ko macam neh ye melati..derhaka sangat ayat ko

      0

      0
  8. Anon says:

    aku paham kot maksud si bapak, bukan dia marah sgt pun majlis berinai tu cumanya benda tak wajib mcm tu wajib’ sgt nk buat, sedangkan pada hari akad dirinya wali (wajib) tp blh termiss out oleh anak3, bapa mana yg tak hangin..

    0

    0
  9. dian says:

    bawa boyfren ada masa plak bawa bapa sendiri takde mase…sedeyyy

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Susah sangat ke nak tengok anak bahagia?? Sape punye perkahwinan? Bapak ke anak??? Biar anak pilih cara dia nak celebrate hari bahagia. Grand ke tak, asalkan anak happy. Kalau nak bapak yang happy, bapak la gi kawen lagi. Tengok cara bapak happykan diri sendiri macam mane. Lain orang, lain cara. Pariapaaaaa…

    0

    0
    • jemah says:

      Anon oi, nmpk sgt ko ni bkn family oriented sbb tu ko kluarkan komen mcm tu…mmg bukan bapak punya perkahwinan tp dlm msa yg sama bapak tu wali yg sah…and apa benda anak perempuan buat dosa2 still bapak yang tanggung smpi dia berlaki…tu yang paling basic ko tak tahu ke!!!!

      0

      0
      • Anonymous says:

        Dia dah berlaki, bapak plak buat statement macam ni. Nak tengok anak bercerai-berai ke, nak tengok anak bahagia?? Orang tu dh kawen, bapak buat issue plak. Senyap-senyap sudah. Tak kan bau busuk dalam kain pelikat sendiri nak didedahkan.

        0

        0
        • anon says:

          anonymous ni mesti yaya,tak pon laki dia,jenis ko ni la yang lupakan emak bapak kan?

          0

          0
        • jemah says:

          Sian kat ko anon…bertekak dengan ko pun xguna…so aku doakan yang baik2 utk ko…moga ko diberi hidayah and petunjuk dari Allah untuk berfikir dengan waras and sayangi parents ko if masih ada…bapak ni kita ada sorang je dalam dunia ni dan xkan ada pengganti berbanding suami..suami if bercerai leh cari lain, tapi bapak xboleh….

          2

          0
        • jemah says:

          Sian kat ko anon. bertekak dengan ko pun xguna, so aku doakan yang baik2 utk ko. Moga Allah berikan petunjuk and hidayah dkt ko supaya bleh berfikir secara waras n sayangi parents ko sekiranya mereka masih ada…..suami if bercerai kita boleh lagi cari pengganti…bapak???if dh xde, memang xkan ada pengganti…..seburuk2 perangai dia pun, dia masih lagi seorang bapak tau yang memang seorang je dalam dunia nih….

          0

          0
        • lesung batu says:

          Oiii…ko ni ckp elok sket la…klau xde ayah xde nye ko kt dunia ni..xdenye ko nk merasa kawin ni sume..ade phamm.

          0

          0
        • Islam itu Sngt Indah says:

          Cik lesung apa kata awk gunakan lesung batu awk tu lumat2kn komen si anon tu. Mjls itu sblm nikah jd bapa boleh masuk campur. Knpa bakal suami ada skali bergmbr dlm mjls spt sudah bernikah?. Itu yg bapanya marah. Jk prmulaan prkhwinan ada maksiat. Mngharapkn Bahagia?. Erti kata lain Adakh ada Harapn Bahagia dr sudut agama atau duniawi tp mndpt laknat dan murka Allah ?. Diharap pasangan dpt bertaubat agar tidak di timpa bala. Seeloknya selesaikn di rumah shj. Ksian kluarga ini. Kita doakn Psngn dn Bapanya berbaik smula dn Bhgia hingga ke Jannah.

          0

          0
    • Anon says:

      kalau aku lah non, if parents (both side la) tak happy, rasa kawen mcm takda makna. perkahwinan utk mengembangkn umat manusia, mengeratkan silaturrahim, dua keluarga bersatu – bukannya meminggirkan keluarga sndiri. orang tua walau dia kata tak berkenan kalau kita sebagai anak muda pandai mujuk dia, lembut juga hatinya. lgpun bukannya Bapa Yaya ni tak bg dorang kawen cumanya dia kecewa je sebab dia mcm dipinggirkan, tula awal2 patut berbincang, kawen ni bukan soal 2 hati je…Bapa tu penting kot, haaaa aku bab2 orang tua ni memang emosi sikit.

      0

      0
    • Biskut says:

      Anon ooo anon, kalo bab2 kawen ni pttnya mak bapak la tmpt rujukan kita. apa2 kita nk buat ada baiknya kita rujuk dgn mereka dulu lebih2 lagi kalo ko pompuan. ko nk kawen dh pon…apa slh nya ko minta pendapat mak ayah ko utk kali terakhir sblom dorg serahkan kau d bwh jagaan suami kau? susah sgt ker? ayah dia ni pun dh bg alasan sbb majlis berinai tu bercanggah dgn agama. tu maksudnya ayah dia syg dia n tak mau dia buat benda yg berdosa. jgn ingat nk grand jer smpai lupa apa tuntutan agama…

      1

      0
    • ZUuuuE says:

      Kau tunggu kau ada anak nnti yaya. Anak kau sebijik perangai kau. Haaa time tu pergi la melukut tepi longkang sana.

      0

      0
  11. Anonymous says:

    Yaya ni blakon drama apa ye????wan raja tu plak sape???glamor ke???kikiki…

    1

    0
  12. katenyee says:

    Hmmmm…macam2 hal…
    perkara nie boleh bawak berbincang…
    hal anak beranak..
    cari jalan penyelesaian…

    1

    0
  13. restu org tue penting says:

    dah ade isu pulekk…ok..bercerai lah pas nih…next!!!!!

    0

    0
  14. Anonymous says:

    bpak dia marah mayb sbb berinai tu utk utk wanita je,, laki haram hukum nya berinai mcm wanita.

    0

    0
  15. ain suzana says:

    kita pun tak tahu perkara sebenar. semoga mereka dapat menyelesaikn masalah ini tanpa pengetahuan umum.

    1

    0
  16. joyah rongak says:

    kalau tgk balik gbr malam berinai tu temanya kurang sesuai dah, siap ada api bagai, sapu kepala. mungkin itu yg di maksudkan si bapa. jadikan perkara ni peringatan kepada kita semua, jangan lupa ibu bapa kita dalam apa jua situasi.

    1

    0
  17. Sibuk sangat ke anak-anak sampai takde masa nak uruskan ayah pergi majlis pernikahan? maybe ayah tu tak boleh drive ke, takde kereta nak pergi ke. Kalau dah ayah cakap jangan buat majlis berinai, nak juga buat! Tengok la nanti sejauh mana perkahwinan si yaya ni. Memang bercerai nanti! aku bukan doakan, tapi kalau ayah tak restu macam mana nak berkat. Adik beradik dia ni semua sekolah tak abis. PMR & SPM pun tak amik. Tu sebab ayah nasihat tak nak dengar! Nak glamour je lebih!

    0

    1
  18. Anonymous says:

    majlis berinai tapi semua pkai mcm kelly ng..

    0

    0
  19. Kiah popia says:

    Aku tak rasa mende ni publisiti ke ape ke.. cuma yang aku kesiankan, kenapa lah buat semua mende tanpa bincang dgn mak bapak dulu.. ni sebelum nak khawin dah raja-rajakan si suami tu.. dah kebetulan pulak namanya wan raja.. Ha, Kiah pun nampak.. adik beradik deme semua ni.. amboi, kemain berinai-inai, haaa.. yang belum nikah tu pun.. kemain exsited bawa boyprend.. dengan bakal mak mertua.. hmm hmm.. gambar bapaknya takde pulak… cuba deme-deme pikior.. camne nak bahagia kalau tanpa restu mak bapak? hmm hmm .. yang si suami tu pula.. amboi kemain statement.. si anak tu kemana? sorok dalam kain ke apa? hmm hmm .. bolak balik mende same .. habih, kalau fikir-fikir mende dah publish.. kau rasa? hmm .. semua keluarga makan caci maki free .. daripada mende boleh sorok dalam kain .. kau bukak kain .. habih macam-macam bau ada .. dah lama kiah tak berkenen dgn family deme ni.. entoh ngape.. tapi ade je mende .. hmm hmm .. bukan jeles ke ape .. tapi gitu lah .. mohon keypad warriors jangan bash kiah popia ni.. ni statement tak record..

    harap-harapnya.. lepaih ni.. ade lah berite gembire.. idok ler nak gaduh-gaduh.. kejam jugak si yaya muka bengih ni.. halau adik-adik dia.. ni mesti hasutan maha raja.. opsss!! kiah tercelupor pulak..

    1

    0
  20. menoname says:

    mmm… ” Saya datang pun sebab singgah selepas habis penggambaran.” – mungkin Wan Raja nie ada shooting drama Bollywood sebab tu dia ada persalinan mengikut tema ”malam berinai” tu… kalau tak pun, mungkin yaya & adq-beradq yg lain dh siapkan persalinan untuk Wan Raja bila dah smpai kat tempat untuk ”malam berinai” tu… bersangka baik jerlah, dan mmg tak dinafikan Wan Raja mengambil inisiatif untuk menjawab kemelut yg melanda antara yaya dan ayahnya kerana dia tidak mahu kehadiran dirinya dlm keluarga Maembong menjadi punca keretakkan hubungan antara bapa mertua dan isterinya.

    rasa2 kalau apa yg ditegah ayahnya dituruti mungkin tak lah menjadi isu seperti ini, ada sebab kenapa si ayah menegah si anak dari berbuat sesuatu dan yg peliknya adakalanya si anak nie benda yg ditegah tu yg nk sgt dia buat n benda yg wajib dibuat tu yg diaorg lengah2 kan atau buat dek jer. hati seorang ayah nie kalau dah berderai atau remuk nie ada kalanya lebih parah kerana rasa kecewa seseorang ayah tu jarang mereka nk luahkan kecuali dgn memberi beberapa gambaran sahaja.

    Semoga mereka dpt atasi dan selesaikan kemelut yg melanda nie dgn cepat dan di dlm keadaan tenang.

    1

    0
  21. Pujangga says:

    masalah keluarga. xyah la masuk campur. biar diorg setel sdiri k..

    0

    0
  22. Jemah says:

    1 mak 1 bapak bole jage 10 anak tp 10 anak xley jage 1 bapak dan 1 mak. sabarlah ye pakcik.

    1

    0
  23. kasihan says:

    Belakangkan ibubapa? Ape hukumnya???

    How can one be busy with all other preparation sampaikan tertinggal dan terlupa akan the most important person in majlis walimah?? Doesn’t make sense.

    Harap mohonlah keampunan secepat mungkin (not just this couple tapi siblings yg lain juga). Hormati and jaga lah perasaan seorg Ayah.

    1

    0
  24. mor says:

    Korang tgok tak bapak dia pakai baju apa masa nikah and sanding? Tengok kat situ dah la…..malas nak ckp la. Diri sendiri berliplap pakai, bapak pakai tshirt aje ngan vest. Tak kiralah bapak kecil hati sebab tak ada org nk bawak gi menikah, sepatutnya bapak didahulukan… ni gedik aje lebih…..
    Saya tak marah, tapi ingatlah, restu mak bapak, rahsia kebahagiaan keluarga. Jangan besar kepala. Tanpa dorang, ada ke kita kat dunia ni?

    1

    0
    • kasihan says:

      kan.. seriously mcm tak umpamakan ayah.. sedih sgt..
      jgn kerana kita dah berjaya dlm hidup kita terlupa akan jasa dan perngorbanan both our parents. suka sgt dgn nasihat awak, saling mengingati.
      thank you.

      1

      0
  25. murukuya sateri says:

    Maslah komunikasi ni…shabeery cheek patut masuk campor

    0

    0
  26. murukuya sateri says:

    Yaya ni nikah tak guna wali? ( jandakah dia?)
    Yaya ada rumah di bukit antarabangsa? ( kayakah dia?)
    Yaya tinggal dengan chacha ? ( emma tinggal dengan sapa?)
    siapa yaya?

    0

    0
  27. Anonymous says:

    Tengok gambar adik beradik perempuan diorang menakutkan..

    Buka aurat,kekayaan,keluar dgn boyfren..

    Tp ayah yang satu..entahlah.
    apa pon,semoga membuka mata semua keluarga maembong.
    keluah hati seorang ayah.

    0

    0
  28. anonymous says:

    berusahalah menjadi ibubapa yg dihormati dan disayangi anak2…

    0

    0
  29. Anonymous says:

    aku tak kenal pun dia ni. kenal sebab nama maembong tu, maknanya adik bradik emma maembong. Giler glamour.

    0

    0
  30. budak gemuk says:

    mstar nie memang tempat membuka pekung di dada, menepuk air di dulang dan mencincang air kan? mana-mana pasangan / parents yang ada masalah akan pergi ke mstar untuk membuat aduan. contohnya kes afiq muiz – ibu dan kes romi- hanez suraya.

    0

    0
  31. Anonymous says:

    Adik beradik Emma Maembong ni ramai. Semua perempuan sorang je lelaki. Kalau tak salah la. Tak kan sorang pun tak ambik berat tentang bapa mereka. Harapkan kulit je putih tapi rupanya tak berhati perut. Ayah sorang pun tak boleh jaga. Asyik nak melaram je. Nampak sangat mereka ni tak bersatu. Sebagai orang tua, perasaan mereka memang cepat tersentuh. Cepat kecil hati. Bila anak ramai tapi tak de satu pun yang ada rasa tanggung jawab, tentula bapa mereka sedih. Agaknya sebab tu la Zizan fikir 10 kali nak kawin dengan Emma tak. Takut emak dia diperlakukan begitu. Sepatutnya ibu bapa patut didahulukan dalam apa perkara sekalipun bukannya majlis atau jemputan.

    0

    0
    • EA says:

      Mmg adik beradik Emma ramai. Lebih 12 orang kalau tak silap, itu pun ada yg meninggal. Dan Amad tu bukan sorang je lelaki. Dia ada abang (Bakri Flop Poppy & Mukhsal yg sy kenal). Adik beradik dia pun ramai yg sy kenal. Effa, Yaya, Coddy, Baby. Family mmg baik2. Cuma biaselah, time kenduri mcmni adelah yg terlebih terkurang kt memana. Apapun masalah dia sekeluarga, kita sesama Islam doakan je yg baik2. Semoga yg keruh dpt dijernihkan. Insya Allah.

      1

      0
  32. lynda says:

    ishh..ishhh…kite doakan yg terbaik wokey…

    0

    0
  33. Wan Rojak says:

    Adoi Abang Wan. Ko tumpang rumah bini ke? Ko takde rumah sendiri ke?

    0

    0
  34. Sha says:

    Ini semua salah MarkZuckerberg

    0

    0
  35. caca marba says:

    kita bila nak kahwin, restu mak bapak adalah perkara paling penting..plan nak kahwin juga perlu..kebiasaannya dibincang bersama2 dlm keluarga..bukan boleh pakai buat ikut suka saja..bapak dia adalah tunjang keluarga (mak dia dah takde di Msia, bercerai rasanya)..w/pun bapak dia di Tganu anak2 di KL, logik ke bapak dtg sendiri ke rumah anak seolah2 takde sapa tahu kedatangan bapa? Bapak dia dah kata JGN BUAT MALAM BERINAI..bukankah malam berinai tu tak perlu..belum kahwin dah berinai sama2, tgk aurat sesama sendiri, malah ramai yg siap bergambar2 mendekati maksiat..majlis mcm ni pun membazir..ini semua bukan amalan dalam Islam, tapi Hindu..dah kenapa ramai org Islam sekarang ni bodoh sgt nak ikut cara org non-muslim? kalau benda yg elok, tak apa laa..ini benda tak elok..jd betul lah teguran bapaknya tu..dan si menantu baru pulak SEDAR BAPAK MERTUANYA tak dipedulikan sebelum, semasa dan selepas majlis..ini bukan saja menunjukkan tabiat dan tatacara ANAK2 ISMAIL EMBONG terhadap bapanya, malah menantu apatah lagi..bukankah anak2 dan menantu sepatutnya mendahulukan keperluan si bapa? apa yg menyelesakan si bapa tu lah yg sepatutnya dibuat, selagi tak melanggar syariat..kalau dah bapak sendiri takde sapa kesah, mmg patut lah bapaknya kecil hati..mmg patut lah bapanya marah bila apa yg ditegah tetap dibuat dibelakangnya..dalam masa sama, ini mungkin juga masa muhasabah diri buat si bapa yg kelihatan terlalu memberi kebebasan buat anak2 nya yg tampil dgn pelbagai perangai mendekati maksiat..bukan sorang, tapi ramai..anak2 Ismail Embong juga patutnya ambil masa ni berfikir, apa salah korang pada bapak korang..Yaya yg kahwin ni fikirlah sikit, perkahwinan yg menyebabkan hati ibu bapa terhiris tak berkat..pergilah minta ampun dgn bapak kau tu..kau dah kahwin pun, kesalahan dah dibuat pun, jadi mohon ampun aje dari dia..anak2 lain juga sbb bersekongkol..termasuklah menantu2 dan menantu baru yg tiba2 jd jurucakap ni..tak manis dik oi..awak tu baru je masuk keluarga org, tup2 jadi spoke person pulak? belajar2 la sikit adab sopan dgn bapak mertua..make sense ke bakal bini buat majlis tapi bapak mertua tak ada? haishhh…keluarga 69 ke apa ni?

    1

    0
  36. kopi o kaw says:

    nampak sgt anak2 membelakangkan bapa..ingatlah, restu mak bapa tu yg utama..dikendung yg ‘itu’ dulu barulah boleh kendung yg lain2..

    1

    0
  37. anti anak maembong says:

    haaa…. padan muka.. ari tu si beby maembong tu kutuk aku dan siap buat hashtag pedajal aku kt ig ezuwan ismail..bukan kt aku je.. kt mana2 ig seller yg penah bg gift kt emma maembong. si beby buat hashtag apa babi ntah.. ,katanya ig emma tu bukan tempat buat amal jariah/ sedekah nk promote gift2 yg peminat bagi (mcm ni la maksud dia, aku x hafal la 100% ayat beby tu) nah. rasakan.. malu satu malaysia kot. bapak sendiri kecik hati dengan anak… tu la . belagak sombong sangat. kan dh kena sembuq dengan ayah sendiri.. bye !

    0

    0
  38. kak semah says:

    asal berinai jer.. semua nak indian style dr baju smp ke perhiasan … aptb…

    0

    0
  39. az says:

    Majlis Berinai depa nie aku tgk lain mcm, bapak dia dah pelepas tanggungan kpd laki dia..mampuih la hang nak jwb nanti

    0

    0
  40. IS says:

    bapak die pulak feeling. dah duit die, suke ati la.. sebok pasal ape.

    orang tua zaman skrg semue feeling nk diorg je betul. kalau salah pon betul, kalau betul pon betul. tolong la, jgn nk feeling sgt la nok. kalau mcm tue, bile kau jd ibu bapa jer kau akan jadi orang yg tak akan salah sampai bila2 la.. anak kau jerla yg salah.

    0

    0
  41. azura says:

    isk…malu lar hal kluarga satu malaysia tahu, patutnya bincang antara sendiri sudahlah…. da publish mcm ni… jatuh air muka. xtertanggung malu rasanye. klau ye pun smua adik beradik xberpelajaran, xkan skit pun xde ilmu agama dan rasa malu.

    0

    0
  42. Anonymous says:

    Dah la tu, x de untung pn bergaduh pasal family dia. Doakan semoga diaorang berbaik2 semula. Itu lebih baik. Punca asal ayah dia kuar status ni.pn korang x tahu kenapa.

    0

    0