Written by AbangNara | July 2nd, 2015

Majalah JELITA sememangnya legendary sekiranya anda berusia di sekitar umur Abang Nara (sweet 32). Teringat masa kecil-kecil dulu memang penuh rak meja dengan majalah JELITA hasil pembelian mak ayah. Masa bulan Ramadhan memang syok tengok kuih-muih, lauk-pauk dan resipi-resipi di dalam majalah JELITA. Sambil-sambil tue bagi ‘hint’ kepada ibu tercinta nak makan lauk yang ada dalam majalah itu untuk berbuka. Hehehe.

majalah jelita

Namun bak kata pepatah, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Selepas berpuluh tahun mewarnai dunia majalah tanah air, akhirnya JELITA telah pun ditamatkan penerbitan. Turut menerima nasib yang sama ialah Malaysian Business, Madam Chair dan Anjung Seri. Kesemua majalah ini adalah terbitan Berita Publishing.
majalah jelita

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Juhaidi Yean Abdullah keputusan itu dibuat atas beberapa faktor terutama pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Antara fakta menarik ialah daripada 30,000 majalah yang dicetak, 28,000 dipulangkan kembali kerana tidak terjual. Itu satu fakta yang amat menyedihkan sebenarnya. Akibat tamatnya riwayat majalah-majalah ini, seramai 50 orang telah kehilangan kerjaya mereka.

majalah jelita

Agak menyedihkan apabila sebuah majalah ikonik seperti JELITA ini bertemu pengakhirannya dengan cara begini. Namun itulah yang dinamakan dunia perniagaan. Jika kita tidak berevolusi dan mengambil inisiatif mengikuti perkembangan semasa, memang padah jawabnya. Semoga ia menjadi pengajaran buat mereka yang terbabit di masa hadapan.

59 responses to Majalah JELITA Ditamatkan Penerbitan Kerana GST

  1. Anonymous says:

    Siapa cakap GST x menyusahkan rakyat?

    0

    0
    • Aku Pun X Paham says:

      Ahmad Maslan xlepas SPM kot. Ntah apepe hentah punya hotak idea mcm budak tadika, tiap kali dia cakap pasti nampak kebodohannya tu,nape lah Malaysia, Najib, UMNO dan BN boleh lantik org bodoh sebodoh itu? Patutla Malaysia ni makin lama makin teruk.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Negara ada macam² sumber, emas,petroleum,arang batu,biji timah,kelapa sawit, getah..dsbg. Buat malu jek buat gst ni..macam terdesak sangat. Hasil dari sumber tu kerajaan buat apa? Dah tak cukup mintak pulak pada rakyat..alasannya demi nak membantu rakyat..membantu ke membantut??

        0

        0
        • megat says:

          aku org bn tetapi sekrg aku menyesal kerana pilih menteri yg menindas rakyt skrg sumpah aku tk kn undi lagi bn selgi njib pegang.

          0

          0
        • mat rem says:

          Menteri-menteri BN bukan nak paham masaalah rakyat. Najib bukan pemimpin berjiwa rakyat. Tengoklah betapa egonya isteri2 mereka. Yang nak bayar GST bukan mereka, rakyat biasa yang akan bayar. Gaji2 mereka naik, gaji orang2 biasa??? 5 tahun kerja belum tentu naik.

          0

          0
        • Ratna Sarumpaet says:

          Malaysia- Indonesia sama aja lah lantas, jangan hina kami di Malaysia ya lebih2 lagi kami yg datang berkerja dirumah2 kalian. Kita semua sama saja tiada beda nya ya. Malaysia bukan lagi negara terbilang. Dulu iya tapi itu dulu. Kini Malaysia selevel Timor Leste dalamannya. hehehehehe.

          0

          0
        • amoi says:

          skrg ni nak beli makan pun kena berhati2…GST punya pasal..knp lah masih ramai syg pada be end…nak tunggu next pru, makin ramai bangla nepal indon bagai masuk malaysia..sah2 laa si ajib tu sogok kaw2 punya…dunia nak kiamat…wujudnya pemimpin zalim..sapa lg kalau bukan NAJIB..bini plak haihhh…cmne la leh dpt no 2 tercantik! budak2 tgk muka dia pun dah ckp muka jahat..kalau korg x caye, cube korg tunjuk gmbr kakmah kat budak kecik..ape komen dorg..

          0

          0
        • jadi rakyat bijak says:

          masaalahnya,org2 kita undi BN-UMNO sebab se bangsa/agama. jadi, kena telan la apa mereka buat pd rakyat. walaupun calon tu bodoh/munafik/ego/berlagak..melayu2 tetap akan undi demi bangsa sendiri. ini la masaalah kita di msia. aku undi calon2 yg mampu buat kerja. x kira la cina ke, india ke, khadazan ke, kalau undi YB melayu2 perangai cam ahmad maslan, nazri dan bung moktar tu, mcm mana negara ni x hancur?

          0

          0
        • Anonymous says:

          Next —–> URTV, Media Hiburan, Mingguan Wanita dan Maskulin.

          #Nazak #RIP #GaliLahat

          0

          0
        • Gadis Fed Up says:

          mcm mana x bangkrup…majalah penuh iklan2 je.

          0

          0
        • Anonymous says:

          Next – majalah semi porn Mangga

          0

          0
        • Anonymous says:

          dlm sejarah kan dah kate hasil muka bumi Malaysia nie penjajah dh tarah smpai hbis. kt ditinggalkan terkontang kanting selepas merdeka. tapi bangkit dgn sumber lain seperti petroleum.. petroleum lak sumber yg xleh diperbaharui. klape sawit getah da pasang surut hrga. x stabil. jdi kat cnie kite memerlukan PM yg bijak memperbaharui sumber yg lain… so Najib ngah gune sumber baru sebaik mgkin la nie iaitu RAKYAT! tue yg dia perah,gali,korek kite smpai kering. haa…bijak x kat ctue???!!! (sabar3x……)

          0

          0
      • Anonymous says:

        Orang umno bn mana boleh faham,yg mereka tahu hanya menhisap darah rakyat,rasuah ,pemborosan,penbaziran. tidak d kawal,orang umno bn kalau d suruh makan tahi najib pun mereka kata bau harum…sudah pun berbagai barangan d naikan..rakyat d bebankan kos kehidupan yg tinggi..ttp peminpin umno bn menperkayakan diri mereka dengan menindas rakyat..

        0

        0
    • Abang Sahdo says:

      Sistem GST batalkan 10% cukai dari keluaran kilang atau barangan import & 6% cukai dikenakan kepada pelangan. Walaupun cukai -4%, namun cukai barangan tersebut adalah dicaj pada harga yang telah dinaikan atau ‘mark up’ oleh pemborong pemborong & pekedai termasuk lagi kos penghantaran & sebagainya, Barangan seperti pakaian, makanan import, mainan & sebagainya ini adalah 50% ke atas daripada harga keluaran kilang. Barangan hardware ada yang dinaikan 1000% kerana kos penghantaran yang mahal. Jadi walaupun 6%, terkesan la rakyat biasa.

      0

      0
      • Bodyguard TMJ says:

        Tun Mahathir lebih faham kepada rakyat. Tun Mahathir deserves most of Malaysian respect and love.

        Saya berharap Najib pemimpin pertama jadi ketua pembangkang. Enough is enough. Mana pergi duit 1MDB? Until now cannot answer…..

        0

        0
        • Kamariah Mt Dom says:

          Jika SSTdulu telah di caj terhadap harga barangan, sepatutnya hari ini harga barangan di tolak dgn 10% dan barulah di campur dgn gst 6%. Tapi apa yg berlaku skg ialah harga barangan2 dah dinaikan awal2 oleh pengusaha2 dan pengilang2 ..campur dgn 6% GST pula.

          Mana untungnya utk rakyat?

          0

          0
        • Mak Som says:

          Dah la ada GST,… simpanan KWSP dan duit Tabung Haji orang awam pun nk di songlap juga. Inilah pemimpin2 Melayu bawah Najib. Time persidangan UMNO boleh jerit pekik terlolong konon nk tolong bangsa/agama. Semuanya berlakon je. Padahal, pikir nk membuncitkan perut masing2. Aku dah fed-up la dgn permainan orang2 politik ni. Cakap je, hasilnya…berbilion-bilion hutang. Podahhh.

          0

          0
        • Anti-DAP says:

          Komen paling poyo … kalau DAP memerintah baru ko tahu langit tinggi rendah

          0

          0
      • Anonymous says:

        Betul bang. GST 6% kepada kilang + GST 6% kepada pemborong + GST 6% kepada Pengguna = 18%. Kerajaan kutip CUKAI BERJUMLAH 6%+6%+6% = 18% dari SEMUA PERINGKAT. Bagaimana timbul isu 10% lebih tinggi dari 6% ? GST ler lebih TINGGI kutipan cukai yang dikenakan oleh KERA-JAAN kepada RAKYAT ….iaitu TOTAL KUTIPAN CUKAI IALAH 18%….!!!! Reti ilmu kira-kira dan matematik tak Tuan YB Ahmad Maslan? Pasal terLEBIH reti dan terlebih pandai putar alam kot?

        0

        0
    • Kak Joy says:

      Sejak GST, makanan2 kat restoren2 makin x sedap. Kueh2 raya jangan cakap la. Dulu biskut2 contohnya, peniaga2 taruk badam penuh atas biskut. Sekarang, badam pun sekecil hama boleh bilang. Save budget. Kita paham la, kos nak buat kueh tinggi. GST ni membuatkan kueh raya hakak tahun ni makin x sedap. Go to hell Ahmad Maslan. Nyusahkan orang je.

      0

      0
      • lol says:

        kenapa aku makan sedap je ? tuh rezeki allah kasi kau makan tak sedap sebab kau asyik complain je . cube kau redha kau makan kuih karipap pon rasa nikmat sedap tu. :P just saying . jangan la kite nak salah kan kepada suatu masalah tanpa tengok masalah diri kau sendiri. ouch .

        0

        0
        • dir says:

          aku sokong kak joy…ko ingt kak joy tu x bersyukur ke?? dia just bgtaw apa yg terjadi..realiti ok..bkn fantasi…n ‘lol’ ko ni msti kroni ahmad maslan yg bangang tu kan..ayat sedibik sejibon mcm ahmad maslan n menteri2 bodoh kt msia dok laung2kan tu..klu mahal..jgn mkn luar..buat nasi goreng ahmad maslan..klu dah taw minyak mahal..xyah la balik kg..g la ko terjun longkang ngn abg maslan kau tu ‘lol’.

          0

          0
  2. zabedah zabit says:

    ini semua salah pemimpin kita.

    rakyat mmg berjimat cermat.majalah tak PERLU beli..ko mr yeap pi maki sekilo kat jibul

    0

    0
    • Anonymous says:

      Betul2 contohnya gula naik dekat mydin sampai RM3.04 satu kilo.. Kedai biasa jual RM2.70..bukan 6% lebih dari itu… untungnya perkilang ,pemborong juga penjual… Rakyat miskin macam mana….mana dia kata perinhatin… mana rakyat didahulukan… Mana…. Mana… 50 tahun perintah rakyak semakin miskin…

      0

      0
  3. Kiah says:

    Majalah2 di Malaysia terlalu cliche penuh dengan produk2 kecantikkan dan iklan2 yg menyemak ruang. Artikel2 pulak yg semua orang dah tahu dan pernah baca. Iklan2 lebih banyak drp info. Lebih baik baca blog…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    my favourite magazine dah temui ajalnyerrrr……..sob sob sob

    0

    0
  5. Puyu says:

    Ade lg ke org baca majalah skrg. Setahu aku kertas2 majalah tu buat bungkus pad adalah. Baik baca online. Menjimatkan penggunaan kertas & dpt menyelamatkan eko-system.

    0

    0
  6. Bobby says:

    TU LA NARA, SOKONG LG SI NAJIB TUH

    0

    0
  7. Radhia says:

    Tapi memang betul pun..Sebelum ada GST, setiap bulan tak pernah miss beli Anjung Seri.Sekarang, saya terus stop beli Anjung Seri. Maklumla sebagai rakyat marhaen, kenala cut cost banyak benda, kalau nak survive hidup dengan semua benda mahal. Dengan harga minyak naik lagi.

    0

    0
  8. AwanNano says:

    Hahaha…

    0

    0
  9. Midah says:

    No more Najib -UMNO. Never keep the promise. Bgi duit BRIM. Tapi kutip blk dgn cara lain. Low down harga ni but increase harga tu. Pandai game dia. Menyalak mcm hanjing No.1. Settle all the problem..jgn undi mereka. Berlagak sangat. Orang munafik penindas rakyat patut disingkirkan saja.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    bagus la tamat. orang2 kampung nk beli ke anjung sari?
    nak tukar bulb lampu rosak pun tunggu gaji bulan depan. mana tak bungkus nya majalah2 camni? semuanya utk golongan atasan mcm geng2 datin semah.

    0

    0
  11. Miss Bunga says:

    Anjung Seri mak aku selalu beli kalau p 7 evelen so skrng dah x jual laa lgi kn.. Ini semua salah Najib !!!!

    0

    0
  12. lala says:

    GST tu je ke penyebabnya? berapa harga sebelum dan selepas GST majalah ni?

    tak fikir ke content majalah tu up to date ke tak? tak reti bersaing macam over sea ke? dorang buat digital book bagai. tak perlu pun tutup. content tak best. kat internet, kat pinterest bersepah boleh dapat idea lebih baik daripada majalah2 hard copy ni.

    tak de market la majalah2 ni. buat la apps, senang peminat nak baca, dimana2 sahaja dan bila2.. tak perlu nak kendong ke hulu hilir majalah gedabak cam tu.

    siapa business planner company ni? tak innovatif langsung

    0

    0
    • wAwA says:

      Sebenarnya magazine ni maseh relevan. Lgpon bukan ramai yg ada pasang internet 24hrs kat smartphone. Nak kene tunggu liputan free wifi. Tu pun kalau line clear. Kalo tersekat2… hehehe… Lain la kalo Malaysia ni mcm Korea ke…kat mana2 je ada wifi.

      Mungkin instead of buat majalah besar berat gedabak…maybe leh mini kan sket majalah tu. Kui3x. Aperpon cadangan apps tu memang bagos cuma lom boleh diaplikasikan secara menyeluruh.

      Cuma pendapat je yer… #tolongjangankecam

      0

      0
  13. huhuhhu says:

    rm 7.00 senaskah… baik haku makan nasi goreng tanpa GST. makan kertas bukan kenyang … :D

    0

    0
  14. kutu says:

    majalah jelita tu serius membosankan..mungkin ada sesetengah golongan je yg suka baca..
    iklan 1 produk kecantikan sampai 2 full pages..
    fesyen2 baju sampai 4 5 pages..sikit2 dah la.

    sbg contoh majalah yg masih diterima ialah mingguan wanita.walaupun keluar tiap2 minggu tp content tak pernah membosankan.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    betul cakap Kiah, iklan2 menyemak.

    0

    0
  16. Ibu says:

    Satu factor org ramai guna khidmat website mungkin majalah ni jadik kureng

    0

    0
  17. lia says:

    Rasanya bukan sebab GST 100%. isi kandungan, iklan yang banyak, topik pun penyumbang kenapa orang tak beli majalah tu.

    satu lagi, orang baca blog je sekarang ni. semua ada.. fesyen, resepi, semua ada

    0

    0
  18. newgirl says:

    majalah dan suratkhabar mmg dh outdated, dah off season kata orang.. siapa yg beli majalah/ paper lg skrang? dulu org bc mangga, urtv, skang bkk beautifulnara, forum cari dh tau terus gosip terkini.. sama dgn paper, kat fb keluar dulu sblm media mainstream, so yg kuar berita dh basi..tu sbbnya majalh/paper bungkus..aku mmg rasa terbeban dgn gst, tapi rasanya ada faktor penyumbang lain jgk.. cer check penyata kewangan berita publishing ni, confirm penurunan mendadak 3-4 tahun ke belakang ni..

    0

    0
  19. bojojo says:

    Magazines BUKAN BAHAN ILMIAH serta BUKAN BARANGAN KEPERLUAN. Ini adalah BARANGAN KEHENDAK jadi bayarlah GST.

    0

    0
    • Sabri Ali @ Nick says:

      Betul.. Majalah BAHAN ILMIAH merangkumi keagamaan berapa kerat orang saja yang baca..

      0

      0
  20. Sabri Ali @ Nick says:

    Moga-moga lepas ni semua jenis majalah berunsur hiburan berkiblatkan selebriti tanpa mengira bahasa akan berkubur. Baca dari Internet saja cukup.

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Tajuk tu misleading … majalah ditamatkan sebab tak laku … bukan sebab GST

    0

    0
    • amoi membaca says:

      aku pon rasa benda sama. if majalah RM 10 ade gst baru RM 10.60 . Tapi if isi majalah tuh hebat orang beli je kot . ni isi kandungan suam suam kuku orang pon tak hadap nak beli. perancangan yg salah . editor tak creative pastuh salahkan GST.

      0

      0
      • amah membaca says:

        Betul tu amoi membaca … nak fitnah tentang GST pun berpada-padalah

        0

        0
      • Anonymous says:

        oi,,,,cik kak…org da jimat cermatla skrg sbb ade gst….so xdela beli majalah ni lg…sbb ade lg keperluan yg lagi penting…so ni pon antara kesan gst…

        0

        0
  22. Anti-DAP says:

    Kepada yang doakan BN berkubur … kalau DAP memerintah baru ko semua tahu langit tinggi rendah

    0

    0
  23. mimi says:

    baca surat kabar n majalah company ..free.. GSt mmg bodoh rakyat xde pilihan trpaksa ikat perut untuk hidup… Rosmah tetap trus kaya dan kaya..nk jadi Imelda Marcos .. cakap tak nak pada Umno.. tak undi dah lepas ni…lantak apa nk jadi kat Malaysia ni..hidup rakyat dalam ketakutan.. sekeliling kita ni sume mintak duit cukai…

    0

    0
  24. cinta says:

    minat dengan anjung seri, tapi living cost mendesak sangat sekarang ni…. tipu jer kata harga barang tak naik, in fact melambung naik… lain cerita gstnya, lain cerita naik harganya….

    0

    0
  25. Jelita says:

    Saya peminat Jelita & Anjung Seri. Saya dah kenal lama majalah ni since dulu lagi. Zaman mak saya pun dah ada Jelita. Dulu kandungannya memang best tapi lama-kelamaan rasa boring sungguh. Jelita byk benda yg tak relevant menyebabkan saya pun dah tak beli setiap bulan. Tak banyak isu, tak macam Keluarga dan majalah keluaran Karangkraf.

    Saya banyak menang hadiah daripada pertandingan dalam Jelita tapi saya lately ni, hadiah yang dimenangi setahun baru dapat surat. Emm… saya pun dah lupa yang saya masuk contest tu.. Nasib baik saya ni wujud lagi.. hahahaha.. Tapi paling sakit hati, surat terpilih yang menjanjikan penginapan hotel, sampai sekarang tak dapat pun voucher nya.. Mungkir janji! Itu baru saya.. kalau bad news ni bertebaran, kan rugu tu..

    Dulu sapa tak kenal Anjung Seri? Tapi kenapa tak boleh bersaing degan Impiana? Saya rasa kandungan Impiana sentiasa menarik. Isinya boleh diguna pakai untuk semua golongan.. Kalau tak percaya, sila buat perbandingan. Saya tau sebab saya peminat setia Jelita & Anjung Seri satu ketika dahulu.. Beli setiap bulan. Tapi kenapa saya berhenti membeli? Dalam hal ni jangan salahkan GST lah plak. Kenapa yg lain boleh survive, anda tidak? Tepuk kepala, cuba fikir ya..

    0

    0
  26. Macai Detected says:

    Macai Detected here. Itu naik ini naik pun still be penjilat pungkoq najib

    0

    0
  27. Najiib & Rosmah mmg dasar....... says:

    Habislah BN lepas ni semua gara gara kegilaan manusia tamak yang kejar kaya tak ingat dunia…tak tahu erti susahnya rakyat bawah. Memang teruk sangat sejak pemerintahan Najib betul kata Tun M lebih teruk dari pemerintahan Abdullah B. Jangan gara gara ketamakan amat sangat Jib ngan Mah maka terkuburnya UMNO. Apalah nasib kita semua lepas ni. Bukan je rakyat beban n tertindas malah macam macam perkara berlaku. Banyaklah kita berdoa semoga Najib letak jawatan dan ekonomi kita kembali normal. Semoga Tun M dipanjangkan umur agar dapat terus membantu & melindungi rakyat. Aminnnn

    0

    0
  28. aku yg masak ko yg panas says:

    Sorry but majalah2 dUMNO nie ada lagi ke org nak baca?mak2 datin adalah!

    0

    0