Maharaja Lawak Mega 2014 Kembali, Zizan Akan Bergabung Dengan Jambu

Hiburan

Maharaja Lawak Mega 2014 Kembali, Zizan Akan Bergabung Dengan Jambu

Yeah~~~ Rancangan kegemaran Abang Nara dan jutaan rakyat Malaysia kini kembali lagi. Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) akan memeriahkan Jumaat malam anda tidak lama lagi. Ada beberapa percaturan menarik daripada Astro untuk MLM2014 kali ini. Dengan membawakan tema ‘superhero’, MLM2014 menyaksikan rombakan besar-besaran kepada beberapa kumpulan yang bergelar otai di rancangan realiti kesukaan ramai ini.

mlm jambu

Advertisement

Jika sebelum ini dianggotai oleh Yus dan Tauke, kali ini kumpulan Jambu menyaksikan kemasukan Zizan. Seperti yang anda sedia maklum, Zizan sebelum ini sering berganding bahu dengan Johan dalam kumpulan Jozan. Namun Johan kali ini tidak menyertai MLM2014. Manakala untuk kumpulan Sepahtu, Rahim R2 tidak dikekalkan sebaliknya digantikan dengan Ilya Senario. Rahim pula akan membentuk kumpulan baru bersama Along dan Joey. Untuk MLM2014, tiada lagi kumpulan dari Indonesia.

mlm jambu

Kumpulan-kumpulan lain seperti Bocey, SYJ dan Nabil akan turut sama menyertai MLM2014. Jika MLM2013 menyaksikan kemenangan Sepahtu, adakah kali ini sejarah yang sama akan berulang kembali? Tak sabar rasanya menanti persembahan para pelawak untuk minggu pertama MLM2014. Adakah anda excited seperti Abang Nara? Apakah ramalan anda? Kongsikan di ruangan komen.

[flowplayer id=”29980″]

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...