Written by AbangNara | August 10th, 2010

indulge till you fly

Selalunya bila kita ada flight kat KLIA, kita hanya akan datang 2 jam awal untuk check in dan terus naik kapal terbang. Tapi hari ini Abang Nara telah lepak satu hari di KLIA bersempena dengan Indulge Till You Fly daripada pagi sampai la sekarang nie(4 petang).

Penat pusing satu hari dan Abang Nara dapat jumpa beberapa benda yang tak pernah diketahui atau jarang diketahui sebelum nie di KLIA. Antaranya:-

1. Hutan di tengah-tengah Bangunan Satellite KLIA

indulge till you fly
Siapa cakap kat tengah-tengah airport tak boleh ada hutan? Memang nampak tak masuk akal tapi itulah kenyataanya. Esok pagi bangun Abang Nara nak try jalan-jalan kat dalam hutan nie. Nampak macam menarik. Petang tadi perasan ada 2 3 orang Mat Saleh yang muka kepuasan masa keluar kat pintu nie. Maybe best sangat kot.

2. Wrapping service untuk bagasi anda
indulge till you fly

Siapa yang rasa beg dia ada banyak barang berharga anda memang perlu tahu kewujudan servis nie. Murah je pun caj dia. RM10 je. Beg korang pasti akan lebih selamat. Tak perlu nak risau kot-kot pecah brooch kat dalam tue.

3. Air Transit Hotel
indulge till you fly

Bagi Abang Nara ini memang terbaik untuk mereka-mereka yang ada flight transit lebih dari 6 jam. Harga sewa bilik dia boleh ikut jam so memang berbaloi. Dapat mandi, tidur atas katil dan ada spa lagi. Yang penting memang selesa. Malam nie Abang Nara akan tidur kat sini.

4. Spa dan Refleksologi
indulge till you fly
Perkhidmatan nie memang Abang Nara tak tahu ada. Katakan korang nak terbang gi jumpa awek Korea kat Seoul, Abang Nara memang nasihatkan pergi spa dan buat facial dulu. Kasik awek tue terus tangkap cinta dengan korang. Dan kalau korang memang jenis traveller, refleksologi kaki memang terbaik untuk kasih hilang lenguh tue.

5. Ruang rehat dengan LED TV yang besar bagak
indulge till you fly

Anda seorang lelaki macho yang tak suka bershopping? Atau anda malas nak ikut bini/awek anda membeli barang-barang murah di kedai Duty Free? Inilah tempat terbaik untuk anda lepak dan melayan TV sambil tunggu kapal terbang anda. Abang Nara siap tengok ada orang terbaring tidur atas sofa tue. Empuk sangat kot.

Banyak lagi benda-benda best yang tak diketahui ramai kat sini. Abang Nara pun tak habis explore lagi. Tapi dari pamplet katanya ada Kiosk Digi dan Celcom. So kalau korang nak bantuan buat roaming ke apa tak perlu risau sangat. Pergi je terus kat kaunter diorang.

Nantikan lagi update terkini dari Abang Nara esok. Esok Abang Nara akan terjah LCCT pulak bersempena dengan Indulge Till  You Fly nie. Oh ye sebelum terlupa korang boleh menang percutian ke London, Sydney dan Cape Town kalau bershopping kat KLIA sekarang!!!

P.S: Abang Nara baru tahu yang KLIA pernah menang Anugerah Airport terbaik sebanyak 3 tahun berturut-turut. Bangga sekejap jadi anak Malaysia.

30 responses to Macam-Macam Ada Di KLIA, Kagum Abang Nara Dibuatnya

  1. BlackBerry00 says:

    ooo….rupe2nye byk jgk kmudahan kat klia…

    0
    0
  2. NatsuDragneel says:

    X mahal ker??…

    0
    0
  3. flizzy86 says:

    fuh..boleh thn gak la apa y ada kt citu ^^
    baru tau jgk~

    0
    0
  4. yaya_yumi says:

    kagum

    0
    0
  5. farra says:

    hutan tu mmg da lm ade..sejak awl2 KLIA bukak…konsep klia ni…airport dlm hutan (klapa sawit etc),hutan dlm airport….igt lg dl..dlm thn 1998…1st tym p klia..ms ngah tggu tu round2,tgk gk utan ni…ok la gak…tp skg lg cantekkk….

    0
    0
  6. lambretta says:

    wala weyyyy caya lahh bro..aku selalu gak travel…tp x pernah lak aku explore mcm lu ne,,,aku selalu g ke mc d jerrr mkn…k tq 4 ur…..information….gd info…

    0
    0
  7. AbangNara says:

    harga makanan mahal sikit sini. tapi kalau nak shopping benda-benda lain mmg lagi murah. macam handbag, perfume dan lain-lain tue mmg murah sebab dia duty free. nanti esok akan post lagi pasal nie

    0
    0
  8. jimmy says:

    walaupun dh byk kali pergi klia, tak perasan lak semua tempat kat atas (kecuali wrapping service).. damn… kena explore lagi ni.. uhuks~

    0
    0
  9. fit harun says:

    hutan dlm airport…menurut cerita org kampung,org asli,jaga & pekerja di klia..hutan tu adalah tanah perkuburan org asli…ketika pembinaan hanya kawasan itu yg tak dpt nak clear…so jalan paling senang,pagar n biarkan aje….ade juga prnah dgr crite org jaga cctv nmpak budak2 main dlm hutan tu tp bile gi tgk,pintu berkunci

    0
    0
  10. Betul3x, mmg mcm2 ada kat KLIA… ari tu aku punye flight kol 8 lebey2 (delay le punye psl) ke kuching, tp kol 5 pg dah smpi ke KLIA, apa lai round2 le, wpun seawal pg tp ade gak yg dah bukak, tak tido ke cian… satu je tak tahan, sejuk giler beb dah le seawal pg…

    0
    0
  11. Warga KLIA says:

    Abg Nara;
    Bukan Sport je yang ada tau…Movie lounge pun ada, kemudahan cas handphone pun ada…free lagi. Ermm pasal complaint makan mahal dan juga parking mahal tu, bagi pendapat peribadi saya jika kita compare ngan KLCC, KLCC lagi mahal kot. Parking pun sejam pertama dah RM5 tp di KLIA sejam pertama baru RM3.50, jam berikut2nya….makin murah ler.
    Yess, KLIA pernah menang sebagai World Best Airport 3 tahun berturut2 dan sekarang masih struggle untuk mendapatkan gelaran tu balik. Sama2 lah kita bangga menjadi rakyat Malaysia sebab KLIA adalah tempat pertama pelancong kita akan lalui. Kalau KLIA best, of course untuk diaorang Malaysia memang best. Sama2 lah kita bersama-sama menjaga KLIA bila dah berada disini sebab KLIA hak semua orang Malaysia.

    0
    0
  12. raghbir says:

    da muak dah duk klia ni ha..

    0
    0
  13. dome says:

    brg2 kat eraman airport niaga je y murah kalu nak beli perfume n coklat, minuman, rokok…kedai lain mahal. jadi beli kat eraman je lah.jgn beli kedai lain!~

    0
    0
  14. sunshine says:

    betul tu..KLCC..pavillon and alike actually lagi mahal sebab they all tak de duty free…check out harrod..tengah sale babe…tak yah gi london…
    actually food kat klia yang mahal only kat satellite sbb target market tourist yang can afford but check out the fast food macam McD, Old Town, Burger King, MarryBrown, Dunkin Donut and KFC coz the price dah sama macam KL city…enjoyyssss…
    jangan lupa kalau nak fly go to airport 4 hours early…boleh la warm up shopping….kalau tak pun pi massage kat Ayer Spa…

    0
    0
  15. Pokcik Teh says:

    Poning palO pokcik nie haa,,, pokcik bukan paham omputih. pokcik pun tak sangka, bolum naek kapal tobang, upanya udah sampai di negaro mat salleh, berapo banyak bahasa omputeh dari bahaso minang??, Mano gi abih peniago melayu kito?? jenamo omputeh jooo. Teringin jugok makcik Lemah yang duk kat umah flat di Damasara tu nak niago… ado chance ko??

    0
    0
  16. […] 1. LCCT Pun Tak Kurang Hebatnya Berbanding KLIA 2. Bershopping Dengan Harga Lebih Murah Di KLIA 3. Macam-Maca Ada Di KLIA, Kagum Abang Nara Dibuatnya […]

    0
    0
  17. aez ezriza says:

    there are more to come… juz tunggu dan lihat.. x lama lagi harga tanah kat sini melambung naik… semua ada .. FOS, hypermarket, in fact utk KLIA2 yang baru ada mall sebesar SOGO lagi kat sebelah… hotel … golf course pun akan ada…

    hopefully ASQ rating tahun-tahun akan datang meningkat baik la….:)

    0
    0
  18. zaida says:

    TQ AbangNara…..i as i off the Malaysia Airports staff sgt berbangga bile AbangNara sudi promote KLIA…..cayala…nih yg buat i lg syg beutifulnara nih…..

    0
    0
  19. Beautiful blog with nice informational content. This is a really interesting and informative post. Good job! keep it up, hope to read your other updates. Thanks for this nice sharing.

    0
    0
  20. porno izle says:

    Thank you for this blog. Thats all I can say. You most definitely have made this blog into something thats eye opening and important. You clearly know so much about the subject, youve covered so many bases. Great stuff from this part of the internet. Again, thank you for this blog.

    0
    0
  21. Contestants, in the meantime, are expressing no sign of backing down.

    0
    0