Tempoh seminggu yang diberikan oleh Sharnaaz Ahmad buat Fauzi Nawawi dan Nisdawati untuk memohon maaf kepadanya nampaknya akan berlalu begitu sahaja. Ini kerana Fauzi Nawawi hari ini menerusi Harian Metro memakluman yang tuntutan Sharnaaz adalah mengarut dan tidak berasas sama sekali. Nampak gayanya akan berpanjanganlah kontroversi antara mereka bertiga ini.
Fauzi Nawawi dengan tegasnya menyatakan tidak akan ada perkataan maaf yang akan terpacul dari mulutnya buat Sharnaaz. Kata Fauzi:-
Takkan ada perkataan maaf daripada saya. Maaf saya sudah habis. Jadi kita tunggu dan lihat. Saya berada di pihak yang benar. Saya hanya pertahankan isteri dan bersedia hadapi apa-apa yang akan berlaku.
Kalau dia nak minta maaf kerana menengking dan menyerang Lisda, saya okay saja, tapi untuk saya pergi minta maaf, saya takkan buat begitu.
Kalau boleh biarlah kemelut ini diselesaikan secara baik. Kalau dah bawa ke mahkamah, memang makin panjang ceritanya. Tak salah pun nak bermaafan sesama sendiri. Abang Nara tak nampak ini sebagai isu besar. Apa kata anda bertiga berjumpa dahulu dan bincang hati ke hati sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang. Tak gitu?
P.S: Cantiknya Vivy Yusof menghiasi majalah Hijabista terbaru ini. Memang sesuai sangat-sangat. Kalau tak sabar nak baca mengenai pengasas FashionValet ini, apa kata anda muat turun majalah ini di tablet dan smartphone anda menerusi Emall Karangkraf. Harga pun jauh lebih murah daripada yang dijual di kedai-kedai buku.